09 November 2010

MALAYSIA KEKURANGAN PELAUT


Sekarang Malaysia mempunyai seramai 20 000 pelaut tempatan dan bergantung kepada 15 000 pelaut luar terutama dari Indonesia dan Filiphina, kebanyakan nya yang dari luar ini adalah memegang jawatan pegawai di atas kapal samada Kapten, Pegawai Deck dan Pegawai Jurutera. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku ??.

Seperti yang telah saya paparkan sebelum ini. Kos untuk seorang pelaut biasa untuk menjadi pegawai adalah terlalu tinggi, tetapi kos untuk seseorang menjadi pelaut adalah tidak terlalu tinggi, Jika ada yang berminat untuk menjadi pelaut apa yang perlu di lakukan pertama sekali adalah :-
  1. Membuat Passport kosnya rm 100 bagi 2 tahun
  2. Medical Check Up [ rujuk laman web Jabatan Laut bagi senarai klinik ] kosnya antara rm 70 ke rm 200 bergantung klinik.
  3. Membuat Seaman Card dan Seaman Book [ keduanya di buat di Jabatan Laut ] kosnya rm 
  4. Mengikuti Kursus BST Basic Safety Training selama 5 hari kosnya rm 1450 *
  5. Mengikuti Kursus TFA Tanker Familirazation selama 4 hari dan kosnya rm 1300 *
Setelah semua perkara di atas telah di lakukan barulah boleh mencari syarikat perkapalan yang memiliki kekosongan untuk jawatan Deck Crew ataupun Engine Crew.

Sekiranya  bercita ingin menjadi seorang pegawai, perlu ada pengalaman berkerja di atas kapal sekurangnya 3 tahun, setelah cukup 3 tahun dan cukup duit yang dikumpul barulah boleh mendaftarkan diri di institut pelaut yang ada dan mengikuti kursus dan kelas pembelajaran yang diwajibkan serta perlu lulus peperiksaan lisan dengan pegawai Jabatan Laut. Namun ada juga usaha yang dilakukan oleh Universiti menawarkan kursus untuk menjadi pegawai kepada lepasan SPM ( kursus ini diiktiraf Diploma ). Sebenarnya jika ingin bekerja dengan kerajaan adalah tidak menjadi masaalah, tetapi untuk syarikat swasta ianya tidak boleh diterima. Seperti yang telah dinyatakan, seseoarang itu perlu mempunyai pengalaman, sekiranya tidak maka akan jadilah seperti pelaut yang dari Indonesia dan Filipina ( hanya separuh ) yang datang terus menjadi Pegawai tetapi tidak pandai membuat kerja hingga didalam dunia maritim pelaut dari negara ini sudah dianggap tiada kualiti hanya kuantiti.

Namun bagi yang bekerja dengan kerajaan, pihak kerajaan terpaksa menghantar mereka semula mengikuti  kelas pembelajaran untuk menjadi pegawai. Mereka ini tidak memerlukan kursus kerana hanya boleh menaiki kapal kerajaan sahaja. Saya ingin sarankan kepada yang memiliki keputusan SPM yang bagus dan ingin menjadi Pegawai diatas kapal, pohonlah kepada ALAM dan bagi yang tidak menepati kritiria buatlah seperti yang dinyatakan di atas. Tidak perlulah memohon untuk mengikutinya melalui mana - mana Universiti kerana anda akan merasai kerugiannya nanti

Ada pula setenggah syarikat yang suka mengambil Pegawai dari Indonesia kerana dengan alasan mereka tidak melawan apabila diarah dan tidak berani meminta, dan apabila ditanya olah Jabatan Laut kenapa terlalu ramai Pegawai dari Indonesia maka jawapanya mudah tiada orang Malaysia yang mahu bekerja. Sebenarnya di dalam perkapalan tidak boleh 100% mengikuti telunjuk orang yang di pejabat. Perlu ada bantahan sekira ianya tidak menepati peraturan di laut dan juga perlu meminta untuk keselesaan dan kemudahan krew di atas kapal samada untuk bekerja atau beriadah.

* Saya sarankan agar mengikuti kursus di PELITA kerana kosnya murah jika ingin dibandingkan dengan tempat lain.


SALUTE TO SEAFARER'S