20 October 2013

TERUSKAN PERJUANGAN


Tahniah kepada yang menang. Untuk Mukhriz, masih ada lagi peluang dimasa akan datang. Walaupun kalah, ianya memberikan saingan yang senggit terhadap Hisam ckmm. Walaupun ckmm mendapat sokongan moral dari sepupunya Najib dan juga ketua wanita dan pemuda UMNO yang mengarahkan ahli meraka menggundinya. Namun ramai yang tidak termakan pujukan tersebut. Mukhriz kalah bermaruh kerana mengharunggi berbagai rintangan. Hisam menang tetapi bacul kerana dibantu sepupunya serta ketua wanita dan pemuda UMNO.

Hisam ckmm dah tak boleh tersenggih je kerana ramai perwakilan yang tidak suka pada beliau. Beliau kena berubah dari lembik kepada keras, dari amaran kepada tindakan. Tapi mampukah beliau ????.

Kupasan dari bloger lain :-

http://medantempurkedah.blogspot.com
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com
http://parpukari.blogspot.com
http://jinggo-fotopages.blogspot.com
http://mstar.com.my

Keputusan rasmi penuh :-

http://aku-tak-peduli.blogspot.com

18 October 2013

PENJELASAN MENGGENAI KALIMAH ALLAH S.W.T


Salam 2 all.

Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.
Semuanya akibat mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah mensyirikkan dan mengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.
Antara isu dan persoalan yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah seperti berikut:

1. 'Arab kristian dah lama pakai!

Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.
Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.

Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: الله
Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:
Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.

Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?
Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.
Tetapi bila melihat tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

Bahasa Melayu membezakan 'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.
Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.

Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu:  الله
Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'.
Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.

Itulah perbezaannya. Ini namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.
Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!

Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad.
Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.
Untuk bacaan seterusnya sila ke :-

03 October 2013

TAHNIAH KERANA AKTA PENCEGAH JENAYAH DILULUSKAN


Semalam, ahli parlimen berbahas sehingga awal pagi hanya kerana ingin meluluskan akta pencegahan jenayah yang akhirnya diluluskan dengan 116 menyokong manakala 99 menentang. Selepas ini pihak berkuasa sudah mendapat kembali taringnya, maka bertambah gusarlah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah.

Namun apa yang agak dikesalkan adalah bekas menteri KDN tidak hadir diparlimen, rupanya sibuk berkempen untuk PAU akan datang, sapa lagi jika bukan hisamuddin ckmm. Nampaknya agenda diri sendiri lebih penting dari agenda keselamatan negara. Macam ini ke pemimpin yang perlu disokong pada PAU nanti ?.

Harap pihak perwakilan berfikirlah dengan waras siapa yang akan dipilih nanti. Pilihlah pemimpin yang mengutamakan perjuagan agama bangsa dan negara, bukanya pemimpin yang mengutamakan perut sendiri saja.

Untuk lebih lanjut sila ke:-

theflyingkick.blogspot.com
pendekarawang1.blogspot.com
khairulryezal.blogspot.com

SIAPA DIA OMAR ONG ???.


Apa yang istimewa sangat mamat nie ?. Apa yang telah dia buat sampai bloger the unspinner marah sangat. Sila klik link dibawah untuk lebih lanjut.

Kisah pembatalan ISA
Kisah CEO baru FGV
Kisah Trojan Horse DAP
Kisah Petronas

02 October 2013

DANGA BAY BERMASAALAH ??.


Apa masaalahnya dengan danga bay nie ?. Apa yang istimewa sangat sampai ditegur dalam laporan audit 2012 bagi Kerajaan Johor ?. Nak tahu lebih lanjut boleh la ke:-

dtenggara.blogspot.com