25 November 2014

MAHUKAH NAJIB BERUNDUR ???.

Wayang cina terangan.

Kerana jika suami Rosmah itu terus berada di takhta Presiden UMNO dan PM, selepas ini kerajaan akan:

1) HAPUSKAN AKTA HASUTAN kerana kerajaan Najib telah berjanji kepada golongan liberal sama ada di dalam atau di luar UMNO.

2) TANDATANGANI TPPA kerana hingga setakat ini pentadbiran Najib hanya membicarakan hal-hal positif saja mengenai jerat ekonomi dari USA itu.

3) SJKC TERUS DIPERKASAKAN kerana itu juga janji Najib kepada MCA.

4) BR1M AKAN DITERUSKAN walaupun terpaksa cekau duit cukai rakyat untuk diberi secara kurang terkawal dan kurang tepat kepada kelompok sasaran, bahkan ianya secara jangka pendek sahaja.

5) IMEJ SERTA KELAKUAN ROSMAH akan terus menjadi bahan modal bukan hanya pembangkang malah Melayu-Islam yang mendukung UMNO sendiri.

6) GOLONGAN LIBERAL dalam UMNO akan terus bermaharajalela terutama dalam kepimpinan sayap Pemuda UMNO kerana Najib tidak berhaluan kanan serta sering tekankan konsep kesederhanaan tafsiran para penasihatnya.

7) PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT NAJIB terus mempengaruhi keputusan kerajaan terutama dalam isu yang melibatkan kepentingan Melayu-Islam-Bumiputera dalam ekonomi serta sosial yang makin terancam dengan KETERBUKAAN kepada pihak asing.

8) SLOGAN 1 MALAYSIA akan terus menjadi duri dalam daging serta modal untuk golongan minoriti menuntut hak kesama-rataan yang akhirnya melanggar PERLEMBAGAAN NEGARA.

9) GAYA UCAPAN NAJIB dengan "irama" nadanya akan terus menghantui telinga-telinga kita yang mendengarnya. And frankly, it is SUCKS!

Diambil dari FB PAS & UMNO Bersatu.

 Komen saya pula..

1) Hapuskan Akta Hasutan. Najib sering berkata mendengar denyut nadi rakyat. Majoriti rakyat TIDAK MAHU Akta Hasutan DIHAPUSKAN. Jadi denyut nadi rakyat mana yang Najib dengar ??. Malah Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana pun tidak bersetuju dimansuhkan. Adakah Najib hanya mendengar pandangan punasihat pemandu disekeliling nya saja atau mendengar denyut nadi Pakatan Rakyat, rakyat juga kan.

2) TPPA. Mustahil tidak ada keburukannya, Amerika tidak pernah menghormati apa saja perjanjian yang telah dipersetujui. Telah banyak terjadi bahawa pihak Amerika melangar perjanjian. Didalam isu ini pula sudah pasti ada jerat yang telah terpasang untuk memerangkap Malaysia.

3) Yang lelain tu malas nak komen, takut terkeluar ayat yang tidak sedap dibaca pula.

4) PAU akan berlangsung, sudah pasti ada pak menteri yang kononya nak jadi wira Melayu, nak mempertahankan Islam di atas pentas. Bila abis je PAU, terus jadi melayu layu, terus jadi islam liberal.

08 November 2014

ADAKAH PONDAN BAKAL DIIKTIRAF ?.


Rasanya semua sudah tahu keputusam mahkamah rayuan terhadap isu lelaki berpakaian wanita. Hari ini diizinkan berpakaian seperti wanita, jadi adakah besok lusa dibenarkan pula menukar jantina terus.

Cuba baca penerangan dari Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia,

KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Berkaitan Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak berperlembagaan)

Bertarikh: 8 November 2014

Kepada semua media
Untuk Siaran Segera

PPMM berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti.

Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan sekyen tersebut tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut: 

“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu. PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan.

Pada kebiasaan hakim-hakim akan membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan mahkamah.

Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.

Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Trengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam.

Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna ‘precepts of Islam’ bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam.

Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.

Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.

Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam.

Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi). Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa.

Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk dipenuhi.

Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya.

Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain.

Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation). Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sesama sendiri.

Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambilkira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan.

Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

Memusnahkan strucktur asas ini akan mengakibatkan jatidiri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah.

Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.

PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan.

PPMM juga mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan itu. PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan “amicus curae” di dalam prosiding tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan di dalam rayuan tersebut.

PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak.

Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja.

Keputusan ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di negeri-negeri lain.

MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada undang-undang di negeri berkenaan.

PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya dalam perkara ini.

PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya.

Adzly Ab.Manas
Setiausaha Agung
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Jadi jika merujuk seksyen 66, memang jelas lelaki bersalah jika memakai atau menyerupai wanita, jadi memang pelik hakim boleh membenarkannya. Semakin hari semakin Malaysia menuju ke arah Liberal.

04 November 2014

SEKOLAH AGAMA SUDAH MULA DIPERSOALKAN


Sumber : http://www.suara.tv

Kalau bodoh bertanya, maka jadilah bodoh sombong. Macam mana la si bodoh nie boleh jadi wakil rakyat. Bangsa Melayu sudah sering dipertikaikan sebagai tuan tanah di bumi Malaysia, sekarang nie sekolah agama pulak nak dipertikaikan.

Memang kafir tidak sedar diri.