21 May 2015

KRISIS TOP-UP, PENGGUNA JUGA YANG KENA


Macam mana la rakyat tak marah, inilah mentaliti menteri yang ada sekarang ini. Takut sangat dengan syarikat telekomunikasi. Apa yang rakyat nak Beli Rm 10 Dapat Rm 10, Bukanya Beli Rm 10.60 dapat Rm 10 atau Beli Rm 10 dapat Rm 9.40. Pusing sana pusing sini pengguna juga yang kena.

Kenapa masa SST dulu boleh pulak beli Rm 10 dapat Rm 10 ???. Bukankah formulanya buang SST ganti GST, sama saja. Menteri takut sangat nak bertegas, pecat saja menteri macam gini, lebih mementingkan syarikat telekomunikasi dari kepentingan rakyat yang memberi undi.

14 May 2015

DUA BULAN SELEPAS PELAKSANAAN GST P 2


Kesalah fahaman menggenai GST terhadap pengeluaran wang di mesin ATM yang berlainan kerana berpunca dari hanya dengar cakap orang yang tidak memahami dan tidak merujuk dari sumber yang tepat. Sehingga kan saya sendiri terpedaya dengan cakap orang bahawa GST dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan, maka dengan itu saya adalh mengulas bahawa GST tidak patut dikenakan terhadap pengeluaran wang bagi berlainan mesin ATM.

Semalam baru saya berkesempatan menggeluarkan duit di mesin ATM yang berlainan dan apa yang saya dapati rupanya cas yang dikenakan hanyalah Rm 0.06 iaitu cas 6% dari Rm 1.00 yang memang sudah dikenakan sebelum ini. Jadi sekiranya ini lah cas GST yang dikenakan, rasanya tidak la perlu di kecohkan sangat. Anggap la saja ianya satu amal jariah 6 sen itu.

10 May 2015

DUA BULAN SELEPAS PELAKSANAAN GST




Terus terang saya katakan yang saya memang setuju GST ini dilaksanakan, namun ada banyak kelemahan yang perlu segera diperbaiki dan dikaji semula. Bagi saya apa yang perlu dikaji ada lah seperti teguran Sultan Johor sebelum ini bahawa perkhidmatan PBT dikenakan GST. Bukankah PBT itu perkhidmatan kerajaan, kenapa dikenakan GST juga. Setakat ini yang saya tahu hanya kerajaan Negeri Johor saja menanggung GST yang dikenakan.

Dua bulan pelaksanaanya masaalah tambah nilai prabayar masih tidak selesai lagi. Setahu saya sebelum terlaksananya GST, setiap tambah nilai yang kita beli sudah dikenakan SST 6 %. Tetapi kenapa setelah terlaksananya GST harganya perlu ditambah 6% pula. Bagi saya disini berpunca dari ketamakan syarikat komunikasi untuk menggaut keuntungan, malahan menteri yang terlibat pula nampak sangat lembik tidak boleh menggarahkan syarikat komunikasi supaya menggekalkan harga sedia ada.

Apa yang saya ingin tambah lagi adalah GST dikenakan terhadap pengeluaran wang dari mesin ATM yang berlainan. Begitu juga pemindahan wang ke bank yang lain juga dikenakan GST. Kenapa perkhidmatan ini dikenakan GST sedangkan yang dikeluarkan dan dipindahkan itu adalah duit rakyat hasil titik peluh bekerja. Disini nampak sangat yang kerajaan kemaruk mahu makan duit rakyat. Kenapa saya tidak setuju kerana setiap bandar kecil atau kampong belum tentu memiliki kesemua perkhidmatan ATM. Untuk pergi ke bandar lain sudah tentu melibatkan kos, walaupun GST hanya 6%, tetapi rakyat akan terasa ditindas kerana duit mereka dicuri didepan mata.

Saya berharap agar kaji sebaiknya apa lagi yang tidak perlu didalam pelaksaan GST ini. Memang benar dalam masa tiga atau empat tahun baru nampak kesan baiknya GST, GST juga dapat menggelakan peniaga, pemborong dan pembekal yang tamak dan lari dari cukai. Namun tidak perlu rasanya duit hasil titik peluh yang dimasukkan ke dalam bank dan ketika ingin dikeluarkan di ATM yang berlainan dikenakan GST atau ingin dipindahkan ke akaun isteri yang berlainan bank dikenakan GST juga.