Salam 2 all.
Teman melihat betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit
Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik
Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar
sudah mahu dipasak!
Tarikhnya
makin dekat. Keputusan Mahkamah yang dijadualkan pada 09 Jan 2012 ini,
hanya tinggal 3-4 hari sahaja lagi. Anwar tahu kali ini kalau kena
hukum, dia akan meringkok dalam penjara sekurang-kurangnya 10-12 tahun
penjara. Dengan umur sudah mencapai 65, campur 10-12 tahun dalam
penjara, Anwar tahu kalau tidak mati pun, dia akan reput dalam penjara!
Sudah pasti Anwar kini berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Putrajaya yang dimimpikan, Sg. Buloh yang mendatang!
Sebab
itu Anwar lancarkan kempen terdesak dia: Bebas 901! Teman menerima
maklumat daripada rakan dalaman PKR yang esok Khamis 05 Januari 2012
Anwar akan panggil semua wakil rakyat (MP & ADUN) Pakatan biaDAP,
PKR & PAS berhimpun di Hotel DePalma, Ampang untuk memberi
penerangan tentang kes dia meliwat Saiful! Seorang pensyarah
undang-undang dengar khabarnya akan membentangkan kertas kerja mengenai
kedudukan politik Anwar dari segi undang-undang!
Sebab
ramai yang sudah mula persoalkan kedudukan Anwar jika disabit
kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab
Anwar langsung tidak membela diri dia. Tambahan apabila ada kenyataan
dalam Mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan
Saiful adalah atas dasar suka sama suka!
Masadepan
Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap!
Gerhana penuh politik Anwar sudah berlaku! Talqin untuk Anwar sudah mula
dibaca! Paku terakhir keranda politik Anwar sudah diketuk!
Sebab
itu Anwar mahu rakyat membela dia di mahkamah jalanraya. Sebab itu
mahasiswa dan pelajar juge diheret sama untuk membela dia dijalanraya.
Saya mahu dibela di Mahkamah Jalanraya, begitu lalakan Anwar! Anwar tahu
dia tidak akan menang dalam pilihanraya, maka dia perlu mendapat kuasa
melalui politik jalanraya!
Persoalannya,
adakah wajar rakyat, pelajar, mahasiswa dan lain-lain diheret dan
diperdaya untuk membela Anwar di jalanraya, kononnya di Mahkamah
Jalanraya?
JAWAPANNYA TIDAK WAJAR! TIDAK PATUT!
Kerana
apa? Disini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat
membela Anwar dijalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku
terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!
1.
Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa
diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan
bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam
Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia
dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya
dipatahkan!
Tapi
kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar
langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan
Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!
Tapi
teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan
kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk
buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar
berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat
kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan
dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!
Dalam
keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat
sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara
itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh
soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada
dilondehkan dalam kandang saksi!
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia
dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela
Anwar di jalanan!
2.
Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang
membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan
sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan
"kesucian" Anwar?
Bukankah
Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah
Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar
perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis
mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega
ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL
yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?
Mengapa
tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan
peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil
Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam
Mahkamah!
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr
sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat
mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!
Dalam
kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam
Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong
kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!
Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!
Mengapa
Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat
Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin
sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat
dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal
baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai
perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke
Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri
tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu
diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?
Sedangkan
pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada
bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu,
Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat!
Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil
Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!
Bukan
itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998
Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!
Mengapa
tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes
liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman
Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?
Adakah
kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah
atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap
berlaku, walaupun suka sama suka?
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh
yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes
2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di
jalanan!
5.
Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan
alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu?
Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?
Kenapa
Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak
dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar
dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah
berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan
Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua
adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak
datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan
mereka ini semua rapat dengan Anwar?
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar
sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat
mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!
Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.
Rahimi
dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato'
Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu
diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!
Malang
bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan
membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu
untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri
mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong
memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan
sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis
dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang
mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti,
mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
7.
Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan
memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui
didalam dubur Saiful.
Kes
kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu
DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!
Kali
ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari.
Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor
pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini
disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan
lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh
seorang ahli kimia Lim Kong Boon!
Kalau
benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful,
mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa
sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA
airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan
yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta.
Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang
mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam
Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di
jalanan!
8.
Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah
konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB
PM!
Malah
Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya
dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri.
Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi
keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa
YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula
rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
9.
Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi
kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa
Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui
Saiful!
Malahan
YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada
datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil
sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!
Persoalannya,
mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa
YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung
tidak dipanggil sebagai saksi?
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang
memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam
Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di
jalanan!
10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!
Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!
Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.
Saiful
telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat
oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika
palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!
Begitu
berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan
ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada
yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut
berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.
Tau-tau
keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil
Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira'
mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan
terkentut!
Sebaliknya
Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri
dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada
ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri
dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful,
mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
Inilah
sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat
Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan
untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa
Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia
sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan
dia kehadapan Mahkamah ALLAH?
Malah
teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana
secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang
menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan
siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong,
berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!
Tetapi
kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah
doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala
kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani
yop? Teman cabar mike semua yop!
Pokok
pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela
Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan
dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!
Terkedu ChinaDOLL nampak belalai,
digenggam geram ditiop kuyop,
Kalimah ALLAH dah pun dema gadai,
Mahkamah ALLAH dema takutlah yop;
Dalam kondo belalai belayar,
depan belakang lubang digali,
Anwar bernafsu nak ke Putrajaya,
tapi Sg Buloh makin menghampiri;
Bebas 901 rekaan Anwar
Mahkamah jalanan menjadi medan
Umat dah tahu rakyat dah sedar
09 Januari Anwar wajib ditalqinkan!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
10 Safar 1433 / 04 Januari 2012