bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

31 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 55


Dalam sibuk kita menyambut hari kemerdekaan dalam bulan Syawal, ada pulak beberapa manusia yang tidak dapat menggunakan akal dengan betul kerana sibuk nak menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain yang seiras bendera singapura dan indonesia.



Siapakah dalang disebalik ini semua ?.. Memang tidak boleh diterima. Sudahla bendera yang ditunjuk seiras dengan bendera indonesia, monaco, singapore dan poland.

 
 Bendera Indonesia

 Bendera Monaco

Bendera Singapore

Bendera Poland

Apakah alasan yang boleh diterima kerana ingin menukar bendera ?. Adakah alasannya kerana Jalur Gemilang serupa dengan bendera Amerika ?. Namun bukan saja Amerika, Jalur Gemilang juga serupa dengan bendera Liberia.

Bendera U.S.A

Bendera Liberia

Di masa penciptaan Bendera Malaysia, kita boleh menerima mungkin secara kebetulan yang bendera kita menyamai bendera negara lain. Tetapi dizaman dunia semakin maju dan canggih serta maklumat dihujung jari adalah satu kebodohan dan kebanggangan kerana ingin mengubah bendera dengan bendera yang menyerupai bendera negara lain. Terus terang ini menunjukan seseorang yang ingin mengubah bendera Malaysia adalah seorang yang kemandulan idea kerana hanya tahu meniru bendera negara lain.

Adakah tangan ghaib yang mendalangi perkara ini ?.. Kalau tengok dari bendera, mesti ini usaha negara di belah selatan kerana negara tersebut mempunyai 'adik' dinegara kita. 

Jalur Gemilang tetap dihatiku

Untuk lanjut sila ke GERAKAN ANTI PKR

02 August 2012

KEBANJIRAN PELAUT ASING DI MALAYSIA

Pandangan menarik oleh saudara Ahmad Badri Alwi disiarkan oleh BH 31.07.12

Tapi disini saya nak komen satu perkara, kenapa gambar yang dipaparkan kenyataanya adalah '' Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memadam api pada Kapal Mt Bunga Alpinia yang meletup dan terbakar''. Saya pun berterima kasih kepada pihak BH kerana menyiarkan pandangan saudara Ahmad Badri, tetapi kenapa kenyataan dan gambar yang diletak pada artikel tersebut tidak tetap ?.

Masyarakat akan berpandangan bahawa supply tug yang sedang memadam kebakaran tersebut adalah milik Jabatan Bomba dan Penyelamat, sedangakan ianya milik swasta dan tiada kena mengena dengan Jabatan Bomba..

Saya berharap agar wartawan sila ambil tahu sekiranya anda tidak tahu apa jenis kapal yang sedang menjalankan tugas, ramai pelaut yang boleh membantu anda antaranya pelaut dari FB Komuniti Perkapalan Malaysia.