bis

bis

penguna bijak

penguna bijak
Showing posts with label Laut. Show all posts
Showing posts with label Laut. Show all posts

14 March 2013

ANU WAR MAHU JADI HERO ISU DI LAHAD DATU ?


Baca dan nilaikanlah betapa banggang pencacai PKR berserta dengan pemimpin mereka..

Malas nak komen banyak,. Bodoh tidak boleh diajar.
Sekolah 5 tingkat bodohnya 10 tingkat...

Namun pada 12hb lepas 2 lagi anggota keselamatan telah gugur, keduanya dari Angkatan Tentera Malaysia :-


Prebet Ahmad Hurairah Ismail gugur ketika bertempur dengan pengganas di sungai nyamuk, lahad datu.


 Prebet Ahmad Farhan Roslan meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika menghantar bekalan makanan kepada para pejuang di perbatasan.

Kedua arwahyarham telah pun dinaikan pangkat dari Prebet kepada Koperal. Al-Fatiah kepada kedua arwahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat......Amin.


04 March 2013

GILIRAN TENTERA MENYERANG BALAS

Perarakan penembak tepat Tentera Darat sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke 80 di Port Dickson. Gambar diambil dari laman web rasmi ATM

Setakat ini seramai 8 anggota polis telah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Lahad Datu dan Semporna Sabah.

Mereka yang terkorban di Lahad Datu :-


1. Inspektor Zulkifli Mamat
2. Koperal Sabaruddin Daud

Allahyarham adalah ahli pasukan Komando Polis VAT69

Manakala yang terkorban semasa serangan hendap di Samporna


1. Supt Ibrahim Lebar [ Pegawai Caw Khas Bukit Aman ]
2. Asp Michael Padel [ Ketua Caw Khas IPD Semporna ]
3. Sjn/D Baharin Hamit [ Pegawai Caw Khas IPK Sabah ]
4. Sjn Aziz Sarikun [ PGA Batilion 14 Tawau ]
5. Kpl Salam Togiran [ IPD Tawau ]
6. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran [ PGA Batilion 14 Tawau ]

Al-Fatihah kepada semua para pejuang yang telah terkorban.....Amin dan R.I.P bagi yg bukan beragama Islam..

Kini giliran Angkatan Tentera pula mengambil tindakan keatas penceroboh, masa rundingan telah pun tamat. Yang ada adalah masa untuk menghapuskan kesemua penceroboh.. Marilah kita berdoa semoga pencerobohan ini dapat ditamatkan denga segera, inilah saja bantuan yang dapat kita berikan.

02 August 2012

KEBANJIRAN PELAUT ASING DI MALAYSIA

Pandangan menarik oleh saudara Ahmad Badri Alwi disiarkan oleh BH 31.07.12

Tapi disini saya nak komen satu perkara, kenapa gambar yang dipaparkan kenyataanya adalah '' Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memadam api pada Kapal Mt Bunga Alpinia yang meletup dan terbakar''. Saya pun berterima kasih kepada pihak BH kerana menyiarkan pandangan saudara Ahmad Badri, tetapi kenapa kenyataan dan gambar yang diletak pada artikel tersebut tidak tetap ?.

Masyarakat akan berpandangan bahawa supply tug yang sedang memadam kebakaran tersebut adalah milik Jabatan Bomba dan Penyelamat, sedangakan ianya milik swasta dan tiada kena mengena dengan Jabatan Bomba..

Saya berharap agar wartawan sila ambil tahu sekiranya anda tidak tahu apa jenis kapal yang sedang menjalankan tugas, ramai pelaut yang boleh membantu anda antaranya pelaut dari FB Komuniti Perkapalan Malaysia.

30 July 2012

MANGSA TERAKHIR MT BUNGA ALPINIA DIJUMPAI


Mangsa terakhir Mt Bunga Alpinia telah pun dijumpai, mayatnya berada didalam kapal, di bahagian mana tidak pasti. Allahyarham Muhammad Nazrin Khamsani berusia 20 tahun berasal dari Kuala Lumpur, rank Deck Cadet..

Takziah kepada keluarganya dan Al Fatihah kepada mangsa.......................Amin.

29 July 2012

TRAGEDI MT BUNGA ALPINIA

MT Bunga Alpinia
 
Pada 0230 bertarikh 26.07.12, penduduk pulau Labuan dikejutkan dengan gegaran yang amat kuat sehingga ada yang menyangka gegaran adalah kerana gempa bumi, namun sangkaan mereka meleset kerana ianya berpunca dari letupan tangki kapal MT Bunga Alpinia.

Ada sumber menggatakan letupan tersebut berpunca dari panahan kilat yang mengenai deck kapal tersebut, namun belum ada pengesahan dari pihak berwajib apakah puncanya.

rakaman kilat pada pukul 0230 dari taman mutiara labuan, mungkinkah kilat ini yang menghentam deck kapal ?.

Berhampiran PML Jety ( Petronas Methanol Labuan ), terdapat 3 buah harbour tug longside ketika tidak melakukan operasi, tug tersebut adalah Badang 9, Piranha dan Barakuda. Kawan saya yang berada di salah satu tug tersebut yang mendengar letupan dan melihat ianya terbakar terus mengarahkan krewnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan dan terus menghidupkan enjin tug. Dia terus menggemudi tug kearah kapal dan sampai berhampiran, ia melihat krew Bunga Alpinia berkumpul di deck belakang sambil melambai meminta tolong.

Kawan saya datang menghampiri dan memberi bantuan. Setelah kesemua krew berada di atas tug, mereka melakukan pengiraan dan hanya terdapat 20 crew saja dimana krew keseluruhan seramai 29 orang. Kesemua crew yang terselamat di hantar ke jety Amstell dan rakan saya terus memulakan operasi memadam kebakaran.


di awal kebakaran hanya Badang Sembilan saja yang memadamkan kebakaran dan kapal masih lagi terikat di jety PML 1.

 gambar diambil pada waktu pagi dan kelihatan 2 supply tug memberi bantuan iaitu Pacific Hawk dan Lewek Petrel. Kelihatan kedudukan kapal telah berubah kerana hanyut dibawa arus.

menerima bantuan dari sebuah lagi supply tug.

 antara krew yang terselamat

Namun hanya 5 crew saja yang hilang dan 4 telah dijumpai dan telah terkorban, mereka adalah

Allahyarham Shahril Azmi Baharuddin Greaser 28 tahun dari Melaka
Allahyarham Mohd Hanafi Khalil O.S 24 tahun dari Melaka
Allahyarham Zahari Hasim Pumpman 46 tahun dari Negeri Sembilan
Colanggoy Errol Calaluan A.B 22 tahun dari Filipina

Seorang lagi yang masih hilang ialah Muhammad Nazrin Khamsani Deck Cadet dari Kuala Lumpur 20 Tahun.

Setelah 3 hari terbakar dan usaha memadam kebakaran, barulah api dapat dipadamkan dan pihak Bomba baru dapat naik ke Bunga Alpinia untuk melakukan siasatan lanjut.

Bomba menggunakan bot Jabatan Laut untuk menghampiri kapal

Apa yang saya ingin nyatakan dan kesali adalah kenapa apabila berlaku bencana terhadap kapal terutama yang melibatkan kompeni besar seperti MISC dan PETRONAS, berita atau info yang sampai kepada masyarakat adalah tidak berapa tepat. Sebagai contoh BH 27.07.12 kenyataan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menyatakan Jabatan Laut telah menunda kapal tersebut untuk langkah keselamatan supaya tangki minyak diterminal tidak terjejas, namun hakikatnya pada waktu berlaku kebakaran, kesemua tali yang digunakan untuk longside kapal telah terbakar dan terputus mengakibatkan kapal tersebut hanyut dan terkandas dikawasan cetek.

Malah  keterangan bergamabr yang dipaparkan oleh BH salah dan tidak tepat seperti di bawah


Sebenarnya No 2 itu adalah Jety PML 1 dimana kapal tersebut meletup dan terbakar, manakala No 1 adalah ram jety lama yang sudah tidak digunakan lagi dan digunakan pula oleh harbour tug untuk longside sekiranya tidak ada operasi. Kapal Alpinia hanyut dan terkandas berhampiran kawasan No 1.

Saya tidak menyalahkan wartawan, kerana wartawan mendapat maklumat dari pihak berkuasa, tapi adakah pihak berkuasa jujur dalam menyampaikan maklumat ?. Adakah satu kesalahan menyampaikan maklumat yang tepat ?.

Dalam kenyataan lain pula kenapa hanya diberikan kredit kepada Jabatan Kerajaan saja ?. Walaupun siasatan masih lagi dijalankan, apa salahnya diberikan kredit sekali kepada pihak swasta yang terlibat terutama kepada harbour tug dan supply tug yang bersusah payah memadam kebakaran.

Saya juga kesal kenapa tidak banyak pendedahan dari berita baik RTM dan Media Prima mengenai mayat yang telah dijumpai. Sedangkan ada mayat yang telah selamat dikebumikan. Ini berbeza apabila berlaku kemalangan kenderaan sama ada di darat atau udara seperti helikopter, bukan main lagi pihak wartawan mendedahkan temuramah dengan pihak keluarga dan sanak saudara serta kenalan rapat yang megenali mangsa. Tetapi kenapa ini tidak berlaku apabila mangsa adalah pekerja kapal ?..

Malah rakan saya yang membantu dalam operasi ini telah dihubungi pihak atasan supaya jangan menerima sebarang temuramah dari wartawan. Adakah atas alasan kerana masih lagi dalam siasatan atau ada pula pihak lain yang tidak mahu berita ini diperbesarkan.

Sampai bila PELAUT MALAYSIA diperlakukan sedemikian, hak mereka untuk bersuara seperti dihalang oleh pihak tertentu. Adakah jasa mereka semua selama ini tidak dihargai ?.

Jabatan Laut sibuk mempromosi supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia menyertai bidang perkapalan, tetapi usaha ini seperti sia - sia apabila ada isu seperti ini tidak didedahkan. Sekurangnya dengan pendedahan besaran, maka akan timbul lagi minat untuk menjadi pelaut.

Wartawan juga perlulah berilmu mengenai laut supaya berita yang disampaikan tidaklah menunjukan kebodohan wartawan tersebut. Tidak tahu sila tanya orang yang terlibat dengan perkapalan. Maka tidaklah terjadi pangkat salah seorang mangsa 'tukang grease', kalau tukang masak boleh juga diterima.

Tahniah kepada para pelaut yang membantu dalam usaha menyelamat dan memadamkan kebakaran.


Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam................Amin

01 August 2011

MV OCEANIA BERLANGAR DENGAN MV XIN TAI HAI


JOHOR BAHRU 30 Julai - Seramai 23 kru kapal MV Oceania terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila karam setelah berlanggar dengan kapal MV Xin Tai Hai di kedudukan lapan batu nautika (14.4 kilometer) Barat Daya Pulau Pisang, Pontian di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, semua mangsa terpaksa menyelamatkan diri dengan berhimpit-himpit menaiki dua rakit penyelamat selama dua jam.
Mereka kemudian diselamatkan oleh sebuah kapal dagang MV Ikaruga yang kebetulan melalui laluan tersebut sebelum kesemuanya dibawa ke Singapura.
Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, kedua-dua kapal itu didaftarkan di Malta dan Panama dan dalam perjalanan ke Singapura.

"Berdasarkan maklumat diterima, kapal MV Oceania berada di hadapan MV Xin Tai Hai. Bagaimanapun MV Oceania dikatakan tiba-tiba memperlahankan kelajuan dan menyebabkan MV Xin Tai Hai tidak dapat mengelak lalu melanggar MV Oceania.

"Difahamkan, MV Xin Tai Hai meneruskan pelayaran selepas pelanggaran dan bersauh di kedudukan 1.5 batu nautika (2.7 kilometer) di selatan Tanjung Piai dan kapal MV Oceania pula tenggelam pada pukul 12.30 tengah malam tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pukul 11.50 malam sebelum menggerakkan dua bot Maritim Malaysia iaitu Petir 51 dan Kilat 18 ke lokasi terbabit.
Tambahnya, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan dan sebuah bot Maritim Malaysia ditempatkan di lokasi bagi memantau keselamatan kapal-kapal lain yang melalui kawasan berkenaan.

Sumber UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Komen:-

Tiba - tiba memperlahankan kelajuan, nie yang musykil nie. Macam mana boleh tiba - tiba pulak ?. Ada berek ke pada kapal tu. Mesti kapal di hadapan memperlahankan kelajuan atau dengan kata lain reduce speed dengan menggurangkan RPM. Mungkin pegawai kapal dibelakang tidak monitor pergerakan kapal tersebut pada radar dan apabila sudah terlalu dekat baru perasan yang kapal di hadapan semakin perlahan, apabila mengelak tetap berlaku pelanggaran.

Pegajaran buat semua watch keeping officer dan assitant watch keeping, nyawa krew lain dan harta kompeni terletak pada bahu anda...

09 November 2010

MALAYSIA KEKURANGAN PELAUT


Sekarang Malaysia mempunyai seramai 20 000 pelaut tempatan dan bergantung kepada 15 000 pelaut luar terutama dari Indonesia dan Filiphina, kebanyakan nya yang dari luar ini adalah memegang jawatan pegawai di atas kapal samada Kapten, Pegawai Deck dan Pegawai Jurutera. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku ??.

Seperti yang telah saya paparkan sebelum ini. Kos untuk seorang pelaut biasa untuk menjadi pegawai adalah terlalu tinggi, tetapi kos untuk seseorang menjadi pelaut adalah tidak terlalu tinggi, Jika ada yang berminat untuk menjadi pelaut apa yang perlu di lakukan pertama sekali adalah :-
  1. Membuat Passport kosnya rm 100 bagi 2 tahun
  2. Medical Check Up [ rujuk laman web Jabatan Laut bagi senarai klinik ] kosnya antara rm 70 ke rm 200 bergantung klinik.
  3. Membuat Seaman Card dan Seaman Book [ keduanya di buat di Jabatan Laut ] kosnya rm 
  4. Mengikuti Kursus BST Basic Safety Training selama 5 hari kosnya rm 1450 *
  5. Mengikuti Kursus TFA Tanker Familirazation selama 4 hari dan kosnya rm 1300 *
Setelah semua perkara di atas telah di lakukan barulah boleh mencari syarikat perkapalan yang memiliki kekosongan untuk jawatan Deck Crew ataupun Engine Crew.

Sekiranya  bercita ingin menjadi seorang pegawai, perlu ada pengalaman berkerja di atas kapal sekurangnya 3 tahun, setelah cukup 3 tahun dan cukup duit yang dikumpul barulah boleh mendaftarkan diri di institut pelaut yang ada dan mengikuti kursus dan kelas pembelajaran yang diwajibkan serta perlu lulus peperiksaan lisan dengan pegawai Jabatan Laut. Namun ada juga usaha yang dilakukan oleh Universiti menawarkan kursus untuk menjadi pegawai kepada lepasan SPM ( kursus ini diiktiraf Diploma ). Sebenarnya jika ingin bekerja dengan kerajaan adalah tidak menjadi masaalah, tetapi untuk syarikat swasta ianya tidak boleh diterima. Seperti yang telah dinyatakan, seseoarang itu perlu mempunyai pengalaman, sekiranya tidak maka akan jadilah seperti pelaut yang dari Indonesia dan Filipina ( hanya separuh ) yang datang terus menjadi Pegawai tetapi tidak pandai membuat kerja hingga didalam dunia maritim pelaut dari negara ini sudah dianggap tiada kualiti hanya kuantiti.

Namun bagi yang bekerja dengan kerajaan, pihak kerajaan terpaksa menghantar mereka semula mengikuti  kelas pembelajaran untuk menjadi pegawai. Mereka ini tidak memerlukan kursus kerana hanya boleh menaiki kapal kerajaan sahaja. Saya ingin sarankan kepada yang memiliki keputusan SPM yang bagus dan ingin menjadi Pegawai diatas kapal, pohonlah kepada ALAM dan bagi yang tidak menepati kritiria buatlah seperti yang dinyatakan di atas. Tidak perlulah memohon untuk mengikutinya melalui mana - mana Universiti kerana anda akan merasai kerugiannya nanti

Ada pula setenggah syarikat yang suka mengambil Pegawai dari Indonesia kerana dengan alasan mereka tidak melawan apabila diarah dan tidak berani meminta, dan apabila ditanya olah Jabatan Laut kenapa terlalu ramai Pegawai dari Indonesia maka jawapanya mudah tiada orang Malaysia yang mahu bekerja. Sebenarnya di dalam perkapalan tidak boleh 100% mengikuti telunjuk orang yang di pejabat. Perlu ada bantahan sekira ianya tidak menepati peraturan di laut dan juga perlu meminta untuk keselesaan dan kemudahan krew di atas kapal samada untuk bekerja atau beriadah.

* Saya sarankan agar mengikuti kursus di PELITA kerana kosnya murah jika ingin dibandingkan dengan tempat lain.


SALUTE TO SEAFARER'S

09 October 2010

BOT IKAN DILANGGAR


 
Menurut utusan malaysia sebuah bot nelayan telah dilanggar oleh sebuah kapal dagang, ketika kejadian dikatakan bahawa krew bot ikan tersebut sedang tidur dan bot tersebut dalam perjalanan pulang membawa hasil tangkapan.

Apa yang ingin dikata adalah kita tidak mengetahui perkara sebenar, kerana kita tidak tahu siapa yang bersalah atau siapa yanfg tidak mengikuti Rule Of the Road (ROR). Boleh jadi kapal dagang tersebut yang salah atau mungkin bot ikan tersebut yang bersalah. Situasi di laut tidak sama dengan di darat, jauh bezanya.

Setiap pegawai kapal dagang sudah pastinya megetahui dengan mendalam apa itu ROR dan apalagi pada masa kejadian pada pukul 0340 pagi dimana pegawai yang bertugas adalah 2nd Officer yang boleh dikatogeri pegawai yang berpengalaman dan pastinya dibantu oleh seorang kelasi. Kemungkin pegawai dan kelasi tersebut tidak dapat mengesan kehadiran bot ikan atau pada masa kejadian keduanya tertido hingga tidak sedar apa yang terjadi. Kemungkinan juga mereka sedar kehadiran bot tetapi telah melakukan kesilapan dalam untuk menggelakan berlakunya perlanggaran tetapi sebaliknya berlaku perlanggaran.

Bagi bot ikan pula mungkin ianya tidak mengikuti peraturan - peraturan yang terdapat di dalam ROR, ini kerana ada segelintir nelayan tidak pun mengetahui wujudnya peraturan tersebut, walaupun ada usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan memberi pengetahuan kepada nelayan namun kita tidak dapat pastikan bahawa semasa kejadian adakah kelasi yang dipertanggungjawabkan mengendali bot memahami peraturan di laut ?. Sekiranya beliau memahami peraturan di laut adakah pada waktu itu ianya benar - benar mengikutinya. Ini Kerana ada segelintir bot ikan sengaja tidak mengikuti peraturan tersebut kerana bagi mereka yang besar perlu mengelak yang kecil, tetapi di laut tidak kira besar atau kecil sebaliknya kesemua perlu mengikuti peraturan yang terdapat di dalam ROR.

Ini adalah andain saya sahaja, apap pun saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa..

05 October 2010

BIASISWA PELAUT


Pada 30hb 9 yang lepas bertempat di pejebat jabatan laut wilayah tengah telah di adakan sembutan hari terbuka pelaut malaysia sempena hari raya berserta sambutan pelaut sedunia pada 26 hb 10 2010. Bertemakan "salute to seafarers", mengharapkan supaya pelaut - pelaut di malaysia tidak dipandang remeh oleh setengah pihak yang tidak memahami dengan sebenarnya pengorbanan seorang pelaut.

Pada hari tersebut juga telah disampaikan biasiswa kepada 6 orang pelaut untuk digunakan bagi menampung pembelanjaan mengikuti kursus Officer in Charge of a Navigational Watch 500GT or more in Near Coastal Trade Voyage [ WKO ] di Pelita Akademi yang terletek di Kuala Kubu Bahru. Dalam waktu ini ada seramai 26 pelaut malaysia berbangsa melayu ( termasuk diri saya )sedang mengikuti kursus tersebut. Ada diantara mereka yang di tanggung oleh syarikat tempat berkhidmat dan ada pula yang menggunakan kewaangan sendiri.

Sememangnya kos yang di perlukan bukanlah sedikit,. Kos untuk kursus selama 6 bulan adalah sekitar Rm 10 600 tidak termasuk duit makan dan minum, rumah sewa, bayaran kereta dan bagi yang sudah berumah tangga pula perlu memberi tanggung kepada anak dan isteri, ini kerana 70 % yang mengikuti kursus adalah yang sudah berumah tangga.

Untuk mengikuti kursus ini pula seseorang itu perlulah telah berkhidmat di laut ( atas kapal ) sebagai seorang kelasi sekurangnya selama 3 tahun, kerana pengalaman bekerja perlu, ini kerana apabila selesai menghadiri kursus ini dan setelah lulus peperiksaan oral dengan pegawai jabatan laut, pelaut ini akan menjadi pegawai di atas sebuah kapal. Pengalaman sebagai kelasi amat di perlukan apabila menjadi seorang pegawai.

Dengan ada nya biasiswa ini walaupun buat permulaan hanya 6 orang yang di taja, walaupun maklumat untuk mendapatkan biasiswa bagi tahun 2010 tidak sampai kepada kebanyakan pelaut, hanya segelintir saja yang mengetahuinya. Diharapkan bagi tahun akan datang semakin ramai pelaut memohon untuk mendapatkannya. Supaya semakin ramai pegawai dari rakyat malaysia untuk menggantikan pegawai - pegawai sekarang yang kebanyakkannya dari luar malaysia. Biasiswa ini ditaja oleh Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut ( KWPPL )


Usaha yang dilakukan Pelita Akademi jugak adalah dibanggakan kerana ingin membantu anak bangsa, Pelita Akademi telah menggenekan yuran yang agak murah jika ingin dibandingkan dengan sebuah lagi institut laut iaitu ALAM di melaka. Perbezaan yuran yang begitu ketara menyebabakan Pelita menjadi pilihan pelaut. ALAM pula menumpukan dalam melahirkan kadet - kadet yang berkualiti untuk menjadi pegawai bagi kapal Foreign Going..


SALUTE TO SEAFARER'S

12 August 2010

PEKERJA BANK DAPAT DURIAN RUNTUH. PELAUT PULA TIADA BELAAN



Beraya sakan la nampaknya pekerja - pekerja bank tahun ini, kerana seramai 4 000 pekerja akan mendapat tunggakan sekitar Rm 3 700 sehingga Rm 12 000. Separuh dibayar sebelum hari raya dan selebihnya dalam masa 60 hari dari tarikh perjanjian iaitu semalam. Tahniah kerana NUBE memang benar - benar memperjuangkan nasib pekerja - pekerja bank di malaysia.

Bagaimana pula nasib pekerja - pekerja lain yang tiada persatuan untuk melindunggi mereka ?...

Inilah yang berlaku kepada pelaut - pelaut di Malaysia kerana tiada persatuan yang dapat mempertahankan hak - hak mereka. Yang ada sekarang adalah ITF iaitu International Transport Workers' Federation yang membantu pekerja - pekerja didalam sektor pengangkutan tidak kira darat, laut dan udara yang beribu pejebat di Unitad Kingdom. Tetapi apa yang kita perlukan adalah Persatuan Pelaut Malaysia sendiri untuk membela nasib pelaut Malaysia.

MV Bunga Pelangi yang dulunya adalah kebanggaan MISC

Sejak penubuhan MISC pada 1968 dan memperolehi kapal pertama dari negara Japan pada 1971 yang diberi gelaran MV Bunga Raya sehingga sekarang pelaut Malaysia tidak ada persatuan, yang hampir adalah sekitar akhir tahun 80 an apabila pelaut - pelaut MISC ingin melancarkan persatuan pelaut kerana terasa di tindas. Tetapi apa yang berlaku adalah apabila MISC melakukan tindakan awal dengan menawarkan kerusi di pejabat dengan gaji yang lumayan kepada ketua pemimpin mereka. Ketua yang diharapkan menjadi pengerusi persatuan telah menerima tawaran tersebut dan dengan itu berkuburlah harapan untuk melihat pelaut mempunyai persatuan.

 MV Bunga Raya di perlabuhan eropah, kapal kontena dikatakan tidak lagi membawa keuntungan kepada MISC

Semenjak dari peristiwa itu maka tiada lagi pelaut yang berminat untuk menubuhkan persatuan kerana kecewa terhadap orang yang di harapkan. Sehingga sekarang walaupun sudah ramai pelaut - pelaut muda dan semakin banyak syarikat perkapalan, namun tidak nampak usaha untuk menubuhkan persatuan. Mungkin sesetengah syarikat menghalangnya seperti apa yang pernah di lakukan oleh MISC.

 MV Seri Alam kapal LNG yang menjadi kebaggaan MISC kerana memperolehi keuntunggan yang tinggi

Sebagai contoh salah satu dari dikriminasi apabila pekerja luar lagi ramai dari pekerja rakyat Malaysia di dalam sesebuah syarikat perkapalan, wal hal Jabatan Laut pernah memberitahu bahawa setiap syarikat perlu melaksanakan format 70 / 30 iaitu bagi setiap syarikat perlu mempunyai 70 % pekerja Malaysia dan selebihnya barulah diberi kepada pekerja luar. Namun oleh kerana belum dikuatkuasakan, perkara seperti ini tidak terjadi tetapi berlaku sebaliknya. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya pelaut mempunyai persatuan kerana persatuan boleh memaksa atau meminta undang - undang yang menguntungkan pelaut dilaksanakan dengan segera.

Satu contoh lagi adalah perlaksanaan MLC2006 yang akan menguntungkan pelaut - pelaut Malaysia kerana
sekiranya dilaksanakan atau apabila pihak Kerajaan menandatanggani perjanjian tersebut, maka secara sendirinya semua syarikat perkapalan yang berdaftar diMalaysia perlu mematuhi kandugan perjanjian tersebut yang antaranya gaji pelaut diselaraskan sama seperti yang diperolehi pelaut - pelaut negara maju. Banyak lagi faedah yang akan dinikmati oleh pelaut. Tetapi perkara ini tidak terjadi apabila dikhabarkan syarikat perkapalan yang besar telah menggunakan pengaruhnya untuk menghalang pihak Kerajaan dari menandatanggani perjanjian tersebut, kerana mereka merasa rugi terpaksa membayar gaji yang lebih dan juga perlu menanggung banyak perbelanjaan untuk keselesaan pelaut.

Kenapa MISC tidak mencontohi syariakat perkapalan MAERSK yang terus membeli kapal yang besar dan memperolehi keuntungan dari membawa kontena ?.

Selepas 2006 tidak ditandatanggani, pihak Kerajaan bercadang menandatanggani perjanjian tersebut pada 2011 yang akan datang. Diharap pihak - pihak yang mementingkan diri tidak menghalang perjanjian tersebut demi untuk keselesaan dan kemajuaan pelaut - pelaut yang telah banyak berkorban masa, tenaga, menggadaikan nyawa mengharunggi badai laut yang ganas demi untuk keuntungaan syarikat tempat berkhidmat.

 Supply Vessel dan Crew Boat menjadi pilihan pelaut kerana perjanjian kerja yang kurang manakala gaji menyamai dari berkhidmat di kapal yang besar.

Hargailah jasa pelaut walaupun mereka tidak pernah meminta untuk dihargai.
Jasa pelaut terlalu besar bagi seluruh rakyat Malaysia.
Tanpa pelaut maka tiadalah sebuah kapal boleh bergerak dengan sendirinya yang memebawa barang - barang keperluan untuk rakyat Malaysia.

26 May 2010

MT BUNGA KELANA 3 berlangar dengan MV WAILY

 Kiri MV WAILY di kanan MT BUNGA KELANA 3

Pada 0610 hrs pada tarikh 25 may 2010 sebuah kapal tanker MT BUNGA KELANA 3 yang berdaftar di Malaysia telah berlangar dengan MV WAILY yang berdaftar di St Vincents and The Grenadines yang menyebabkan 2 000 ton crude oil telah tumpah di singapore strait.
Apa yang ingin saya sentuh di sini bagaimana perlangaran boleh berlaku,. Kita sedia maklum bahawa singapore strait adalah laluan yang sempit dan sibuk dengan kapal yang bergerak dan berlabuh. Selalunya apabila di perairan tersebut setiap Kapten akan berjaga dengan lebih perhatian kerana tidak mahu sebarang kemungkinan berlaku tidak kira masa, dan sudah pastinya apbila berlaku perlangaran faktor utamanya adalah human error. Memang benar kerana manusia yang sering tersilap dan bukannya mesin atau faktor lain.
Perlangaran sudah berlaku dan tiada yang hilang nyawa, cuma yang hilang adalah sumber rezeki bagi nelayan yang beroperasi berhampiran tempat kejadian.Saya berharap moga benar la minyak yang tumpah tidak bergerak ke pantai Malaysia,kalau ke pantai singapura bagus jugak.
Apapun pihak yang berwajib sedang berusaha membersihkan tumpahan tersebut dan ianya bukan lah satu tugas yang senang, kerana saya pernah terlibat walaupun tidak secara langsung.

* Sedikit info
Untuk pengetahuan, pada masa berlaku perlangaran tersebut adalah masa bertugas Chief Officer iaitu orang no 2 selepas Kapten.
KAPTEN - Ketua keseluruhan di atas sebuah kapal, selalunya melakukan kerja di pejabatnya,. Sekiranya ada perkara penting atau pegawai yang bertugas memerlukan bantuan di anjungan atau bridge, bolehla meminta bantuan darinya.
CHIEF OFFICER - Pegawai no 2 di atas kapal, tugasnya menjalankan pegawasan selama 4 jam di bridge dari 0400 hrs ke 0800 hrs, dan sebelah petangnya dari 1600 hrs ke 2000 hrs.
SECOND OFFICER - Pegawai no 3 di atas kapal, tugasnya sama tetapi masanya dari 0000 hrs ke 0400 hrs, dan sebelah petangnya dari 1200 hrs ke 1600 hrs.
THIRD OFFICER - Pegawai no 4 di atas kapal, tugas yang sama dan masanya dari 0800 hrs ke 1200 hrs, dan pada malam hari dari 2000 hrs ke 0000 hrs. Yang sebenarnya waktu duty 3rd officer adalah waktu duty kapten, tetapi oleh kerana setiap kapal memang ada 3rd officer, maka duty tersebut diambil oleh beliau.
Pada setiap waktu malam, setiap pegawai yang bertugas ( duty officer ) hanya akan dibantu oleh seorang krew yang bertugas sekali, ini digelar asssitant watchkeeper.

** Info tambahan
MT BUNGA KELANA 3 adalah dioperasikan oleh AET Tanker Holding Sdn Bhd, yang mana ianya telah menjadi anak syarikat kepada MISC. MISC pula telah diketahui umum telah menjadi anak syarikat kepada PETRONAS.
Ada maklumat yang menggatakan, misc membeli aet tanker yang dulunya kepunyaan syarikat america, kesemua kapal tanker dibawah penyeliaan misc dipindahkan di bawah penyeliaan aet kerana sekiranya berlaku pertumpahan minyak kerana perlanggaran dan sebagainya, maka misc tidak akan dipersalahkan,. Kerana setiap kali berlaku perkara tersebut banyak wang digunakan untuk membayar segala kemusnahan yang berlaku.

24 August 2009

PENGANGKUTAN LAUT

SUPPLY TUG
 
  
  
CONTAINER SHIP
 
TANKER SHIP

  
  
LNG SHIP
 
SHIP PROPELER