Beraya sakan la nampaknya pekerja - pekerja bank tahun ini, kerana seramai 4 000 pekerja akan mendapat tunggakan sekitar Rm 3 700 sehingga Rm 12 000. Separuh dibayar sebelum hari raya dan selebihnya dalam masa 60 hari dari tarikh perjanjian iaitu semalam. Tahniah kerana NUBE memang benar - benar memperjuangkan nasib pekerja - pekerja bank di malaysia.
Bagaimana pula nasib pekerja - pekerja lain yang tiada persatuan untuk melindunggi mereka ?...
Inilah yang berlaku kepada pelaut - pelaut di Malaysia kerana tiada persatuan yang dapat mempertahankan hak - hak mereka. Yang ada sekarang adalah ITF iaitu International Transport Workers' Federation yang membantu pekerja - pekerja didalam sektor pengangkutan tidak kira darat, laut dan udara yang beribu pejebat di Unitad Kingdom. Tetapi apa yang kita perlukan adalah Persatuan Pelaut Malaysia sendiri untuk membela nasib pelaut Malaysia.
MV Bunga Pelangi yang dulunya adalah kebanggaan MISC
Sejak penubuhan MISC pada 1968 dan memperolehi kapal pertama dari negara Japan pada 1971 yang diberi gelaran MV Bunga Raya sehingga sekarang pelaut Malaysia tidak ada persatuan, yang hampir adalah sekitar akhir tahun 80 an apabila pelaut - pelaut MISC ingin melancarkan persatuan pelaut kerana terasa di tindas. Tetapi apa yang berlaku adalah apabila MISC melakukan tindakan awal dengan menawarkan kerusi di pejabat dengan gaji yang lumayan kepada ketua pemimpin mereka. Ketua yang diharapkan menjadi pengerusi persatuan telah menerima tawaran tersebut dan dengan itu berkuburlah harapan untuk melihat pelaut mempunyai persatuan.
MV Bunga Raya di perlabuhan eropah, kapal kontena dikatakan tidak lagi membawa keuntungan kepada MISC
Semenjak dari peristiwa itu maka tiada lagi pelaut yang berminat untuk menubuhkan persatuan kerana kecewa terhadap orang yang di harapkan. Sehingga sekarang walaupun sudah ramai pelaut - pelaut muda dan semakin banyak syarikat perkapalan, namun tidak nampak usaha untuk menubuhkan persatuan. Mungkin sesetengah syarikat menghalangnya seperti apa yang pernah di lakukan oleh MISC.
MV Seri Alam kapal LNG yang menjadi kebaggaan MISC kerana memperolehi keuntunggan yang tinggi
Sebagai contoh salah satu dari dikriminasi apabila pekerja luar lagi ramai dari pekerja rakyat Malaysia di dalam sesebuah syarikat perkapalan, wal hal Jabatan Laut pernah memberitahu bahawa setiap syarikat perlu melaksanakan format 70 / 30 iaitu bagi setiap syarikat perlu mempunyai 70 % pekerja Malaysia dan selebihnya barulah diberi kepada pekerja luar. Namun oleh kerana belum dikuatkuasakan, perkara seperti ini tidak terjadi tetapi berlaku sebaliknya. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya pelaut mempunyai persatuan kerana persatuan boleh memaksa atau meminta undang - undang yang menguntungkan pelaut dilaksanakan dengan segera.
Satu contoh lagi adalah perlaksanaan MLC2006 yang akan menguntungkan pelaut - pelaut Malaysia kerana
sekiranya dilaksanakan atau apabila pihak Kerajaan menandatanggani perjanjian tersebut, maka secara sendirinya semua syarikat perkapalan yang berdaftar diMalaysia perlu mematuhi kandugan perjanjian tersebut yang antaranya gaji pelaut diselaraskan sama seperti yang diperolehi pelaut - pelaut negara maju. Banyak lagi faedah yang akan dinikmati oleh pelaut. Tetapi perkara ini tidak terjadi apabila dikhabarkan syarikat perkapalan yang besar telah menggunakan pengaruhnya untuk menghalang pihak Kerajaan dari menandatanggani perjanjian tersebut, kerana mereka merasa rugi terpaksa membayar gaji yang lebih dan juga perlu menanggung banyak perbelanjaan untuk keselesaan pelaut.
Kenapa MISC tidak mencontohi syariakat perkapalan MAERSK yang terus membeli kapal yang besar dan memperolehi keuntungan dari membawa kontena ?.
Selepas 2006 tidak ditandatanggani, pihak Kerajaan bercadang menandatanggani perjanjian tersebut pada 2011 yang akan datang. Diharap pihak - pihak yang mementingkan diri tidak menghalang perjanjian tersebut demi untuk keselesaan dan kemajuaan pelaut - pelaut yang telah banyak berkorban masa, tenaga, menggadaikan nyawa mengharunggi badai laut yang ganas demi untuk keuntungaan syarikat tempat berkhidmat.
Supply Vessel dan Crew Boat menjadi pilihan pelaut kerana perjanjian kerja yang kurang manakala gaji menyamai dari berkhidmat di kapal yang besar.
Hargailah jasa pelaut walaupun mereka tidak pernah meminta untuk dihargai.
Jasa pelaut terlalu besar bagi seluruh rakyat Malaysia.
Tanpa pelaut maka tiadalah sebuah kapal boleh bergerak dengan sendirinya yang memebawa barang - barang keperluan untuk rakyat Malaysia.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANG.SAYA SETUJU PENDAPAT YANG DI LUAHKAN.SEBAGAI PELAUT DI SINI KITA TAK BOLEH NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN KENAPA DAN MENGAPA NASIB PELAUT MALAYSIA TAK TERBELA,IKHLAS PADA DIRI KITA BANGUN BERDIRI SENDIRI BERGANDING BAHU BERSATU MENJADI SATU UNTUK MENBELA NASIB KITA SEBAGAI PELAUT,AMBILLAH SEDIKIT RUANG DAN MASA DALAM BERPERSATUAN.KESATUAN DAN PERSATUAN PELAUT YANG ADA MASIH KETANDUSAN DENGAN PEMIPIN,JAWATAN YANG DI AMANAHKAN HANYA KEPENTINGAN PERIBADI .MARILAH IKHLAS PADA DIRI KITA BERSATU BERGANDING BAHU BERSAMA-SAMA UNTUK MEMBELA NASIB KITA SEBAGAI PELAUT.JANGAN TAKUT PADA GAGAL,DALAM GAGAL ADA KEJAYAAN JIKA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH PASTI BERJAYA.DALAM PERSATUAN BANYAK PERKARA DAPAT MEMBATU NASIB PELAUT JIKA PEMIPIN YANG DI LANTIK IKHLAS PADA DIRI DALAM BERJIHAD . BERJIHAD MEMBELA NASIB KITA SEBAGAI PELAUT KERANA ALLAH S.W.T.
ReplyDeleteMarilah bersama kami di Persatuan Maritim Malaysia..Hubungi Kami di 03 3080 0039 PERSATUAN MARITIM MALAYSIA.
ReplyDelete