bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

13 August 2010

BUANG BAYI


Setiap hari ada saja mayat bayi yang di jumpai atau ada lagi yang masih bernyawa. Yang terbaru mayat bayi peremapuan dijumpai dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama di sebuah kolej di Kelantan.
Mereka yang membuang bayi dan menyebabkan bayi ini meninggal adalah pembunuh yang kejam. Sudahlah dosa berzina di tambah lagi dengan dosa membunuh

Jadi memang tepat lah keputusan kabinet supaya mereka yang didapati bersalah di dalam kes ini akan dijatuhi hukuman mati, serta ujian DNA akan dijalankan supaya jantan - jantan yang tidak berguna dapat ditangkap dan juga didakwa sekali kerana tidak bertanggungjawab, supaya mereka ini tidak terlepas.

Satu lagi saya ingin mencadangkan agar jantan - jantan yang tidak berguna ini apabila dapat dibuktikan bersalah dan sebelum dikenakan hukuman mati atau mana - mana yang tidak dikenakan hukuman mati perlu disebat di khalayak ramai dan disiarankan secara langsung supaya menjadi pengajaran pada yang lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Jika hanya dijatuhi hukuman dan orang ramai tidak melihat hukuman yang dilalui pastinya tidak akan mendatangkan kesan atau tidak akan memberi apa - apa pengajaran kepada yang lain.

Perkara ini memang selalu terjadi pada orang ramai. Pesdulikan bila ada orang memperjuangkan hak asasi ke, tidak mahu keluarga menanggung malu ke, tapi masa buat perkara yang keji tidak pula merasa malu. Jika perkara ini tidak ditanggani maka percaya la satu hari nanti pastinya Malaysia yang tercinta akan dilanda malapetaka yang dasyat. Hukuman perlu setimpal dengan apa yamg dilakukan dam hukuman kepada jantan yang tidak berguna perlu la lebih berat lagi..

Subhanallah....

No comments:

Post a Comment