bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

19 October 2012

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Bulan Bahasa Kebangsaan

Sekali lagi kita rakyat Malaysia menyabut bulan bahasa kebangsaan, ianya disambut setiap tahun.

Namun apa yang saya ingin ulas disini adalah penggunaan bahasa didalam pengiklanan media elektronik yang selalu kita tonton. Sebagai contoh satu iklan biskut yang mana ianya menggunakan harimau sebagai lambang. Dengan tema ''sekuat tiger'', iklanya sering keluar dikaca television, adakah setiap iklan tidak melalui pemantauan dari pihak berkuasa atau dari Dewan Bahasa dan Pustaka.. Bukankah tiger itu bahasa english, kenapa tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan nama harimau atau sekiranya sebutan terlalu panjang, gantikan dengan rimau, maka jadilah ''sekuat rimau''

Yang peliknya pula perkataan ''baharu'' yang telah digantikan dengan ''baru'' telah digunakan kembali didalam setiap iklan dikaca television dan juga akhbar tempatan, termasuk juga perkataan yang dicedok dari negara jiran iaitu ''parkir''. Sebagai contoh, pembaca berita selalu menyebut '' sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan '', bukankah elok kita menggunakan bahasa asal '' sebuah kereta yang diletak ditepi jalan ''. Bukankah ''parkir'' itu berasal dari perkataan english iaitu parking.

Yang terbaru adalah iklan Lipton Ice Tea, ini pula cubaan melacurkan bahasa english. perkataan yang diucapkan adalah '' be cool LAH '' dan '' you got lipton ice tea WHAT ''. Bukankah perkataan ''LAH'' itu dari bahasa pasar melayu. Macam mana pula boleh perkataan what di akhir percakapan, apakah maksudnya ??. Ayat tersebut satu pertanyaan atau pun satu kenyataan ????.

link ke video iklan di you tube

Akhir kata, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bertindak dalam menggawal bahasa yang digunakan didalam setiap iklan dan juga perlu mencari perkataan baru bagi menggantikan perkataan lama yang agak panjang untuk disebut. Syarikat pengiklanan juga perlu bertanya pada DBP perkataan apa yang perlu digunakan untuk iklan mereka..

16 October 2012

PAS FAHAM KE TAK NIE ?.

Adakah mereka ini faham maksud ''crossed fingers'' yang ditunjukkan itu ?.

Nampaknya PAS telah menggunakan simbol ''crosing finger'' dalam usaha menuntut royalti minyak dari kerajaan pusat untuk negeri kelantan. Namum simbol tersebut adalah simbol yang telah digunakan oleh penganut agama kristian sejak dari zaman dulu lagi.

''Crossed Fingers''

Untuk maksud sebenar, boleh ke wikipedia, dan fahammilah maksudnya.
Janganlah kita hanya menjadi manusia yang suka mengikut tanpa memeriksa apakah maksud sesuatu itu.. Ini menunjukkan yang diri terlalu senang diperbodohkan oleh pihak tertentu..

ALAHAI MAT SABU

Gambar dari Darul Ehsan Today

Inikah pemimpin yang disanjung oleh penyokong PAS ????.. Dikatakan mat sabu menggeluarkan kenyataan tersebut pada satu acara majlis makan malam yang dihadiri oleh Lim Guang Eng dan ahli DAP.

Mat Sabu diminta berucap, maka keluarlah kenyataan tersebut dari mulutnya.