bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

01 August 2011

MV OCEANIA BERLANGAR DENGAN MV XIN TAI HAI


JOHOR BAHRU 30 Julai - Seramai 23 kru kapal MV Oceania terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila karam setelah berlanggar dengan kapal MV Xin Tai Hai di kedudukan lapan batu nautika (14.4 kilometer) Barat Daya Pulau Pisang, Pontian di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, semua mangsa terpaksa menyelamatkan diri dengan berhimpit-himpit menaiki dua rakit penyelamat selama dua jam.
Mereka kemudian diselamatkan oleh sebuah kapal dagang MV Ikaruga yang kebetulan melalui laluan tersebut sebelum kesemuanya dibawa ke Singapura.
Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, kedua-dua kapal itu didaftarkan di Malta dan Panama dan dalam perjalanan ke Singapura.

"Berdasarkan maklumat diterima, kapal MV Oceania berada di hadapan MV Xin Tai Hai. Bagaimanapun MV Oceania dikatakan tiba-tiba memperlahankan kelajuan dan menyebabkan MV Xin Tai Hai tidak dapat mengelak lalu melanggar MV Oceania.

"Difahamkan, MV Xin Tai Hai meneruskan pelayaran selepas pelanggaran dan bersauh di kedudukan 1.5 batu nautika (2.7 kilometer) di selatan Tanjung Piai dan kapal MV Oceania pula tenggelam pada pukul 12.30 tengah malam tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pukul 11.50 malam sebelum menggerakkan dua bot Maritim Malaysia iaitu Petir 51 dan Kilat 18 ke lokasi terbabit.
Tambahnya, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan dan sebuah bot Maritim Malaysia ditempatkan di lokasi bagi memantau keselamatan kapal-kapal lain yang melalui kawasan berkenaan.

Sumber UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Komen:-

Tiba - tiba memperlahankan kelajuan, nie yang musykil nie. Macam mana boleh tiba - tiba pulak ?. Ada berek ke pada kapal tu. Mesti kapal di hadapan memperlahankan kelajuan atau dengan kata lain reduce speed dengan menggurangkan RPM. Mungkin pegawai kapal dibelakang tidak monitor pergerakan kapal tersebut pada radar dan apabila sudah terlalu dekat baru perasan yang kapal di hadapan semakin perlahan, apabila mengelak tetap berlaku pelanggaran.

Pegajaran buat semua watch keeping officer dan assitant watch keeping, nyawa krew lain dan harta kompeni terletak pada bahu anda...

No comments:

Post a Comment