bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

15 March 2020

MALAKAT MALL


Alhamdulillah, akhirnya pada 13 Mac 2020 telah dibuka dengan rasminya pasaraya milik Islam Melayu Bumiputera di Malaysia. Pasaraya ini akan mengutamakan usahawan Bumiputera.

Diharap supaya semakin banyak cawangannya yang akan dibuka di masa akan datang. Malah diharap juga supaya kita umat Islam Melayu Bumiputera membantu dan memastikan akan kejayaan pasaraya ini.

Klik Malakat Mall untuk ke laman web, klik sini untuk pergi ke fb Malakat Mall.

Inn Shaa Allah kejayaan milik kita bersama.

10 September 2019

KEMPEN BUY MUSLIM FIRST


 Kempen Buy Muslim First

Seingat saya sekitar tahun 2013 telah dimulakan kempen ABCD ( Asal Bukan Cina Dap ) yang mana kempen itu menyarankan orang ramai supaya memboikot barangan Cina Dap dan utamakan barangan dan perkhidmatan Muslim Melayu. Kemudian kempen ditukar ke Boikot Barangan Cina Dap.

Blog dan juga fb juga dicipta, Namun page fb yang telah dicipta pada 26.02.2014, hanya mempunyai pengikut seramai 104 692. Selepas beberapa tahun, kempen ini mula menjadi suram.


Antara produk yang dicipta sempena kempen Boikot

Namun pada kempen kali ini, segalanya berubah mungkin kerana sloganya berubah dari boikot kepada Beli Baragan Muslim. Jadi namapk lembut sikit bahasanya dari 'boikot'.

Malah fb page BMF yang dicipta pada 16.01.2019 telah diikuti seramai 1 600 763. Ianya suatu yang begitu memberangsangkan, mungkin juga situasi ini terjadi dengan suasana politik sekarang. Dimana kita dapat lihat bahawa kerajaan sekarang seolah tidak memihak kepdaa Islam dan Melayu itu sendiri.

Jadi rakyat mula menunjukkan kuasa beli mereka, terutama Melayu kuasa beli yang palng besar.


 Antara keluaran barangan Muslim Melayu

Malah fb Muslimbrands juga diwujudkan untuk memberi kesedaran tentang produk muslim beserta laman web nya. Malah turut ada aplikasi untuk di install ke dalam phone sebagai rujukan dan memudahkan untuk membeli barangan Muslim.

Diharap bahawa kempen ini akan berterusan selamanya. Aminnnn




13 April 2019

APA SUDAH JADI DENGAN BAHASA IBUNDA



Apabila kerajaan sendiri yang meletakkan Bahasa Malaysia pada kedudukan paling bawah sekali, apa sudah jadi ?.

Inilah Kerajaan Baru maka semuanya baru dan duduklah Bahasa Ibunda paling bawah sekali.

11 August 2018

GOLONGAN NYAH BAKAL DI IKTIRAF ????.


Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang nie. Adakah golongan nie suatu hari nanti akan diiktiraf di bumi Malaysia ?.

Kenapa menteri nak rakyat hormati mereka ini ?.

Sepatutnya menteri perlu menasihat si Nisa ni supaya tinggalkan perjuangan mereka kembali ke pangkal jalan, bukannya nak rakyat terima mereka di tempat kerja ke di tempat awam ke perjuangan mereka ke.

Ini permulaan untuk mereka di iktiraf, sikit demi sikit mereka minta. Takkan menteri tak nampak untuk jangka mangsa panjang.

Nak solat tu dia nak masuk ruang solat lelaki ke perempuan ?. Kalau lelaki kenapa mereka sibuk nak jadi perempuan, kalau perempuan hakikatnya mereka tu lelaki. Abis takkan nak buat ruang solat khas untuk mereka.

Kalau dah datang nak solat tapi masuk ruang perempuan, memang la kena halau. Masuk pun tandas perempuan, memang la kena halau. Aduhai pak menteri.

Aduhai pak menteri, baru saja dapat pujian dari Mufti dah lain pula jadi nya.

Kalau tidak mahu di dikriminasi, tidak perlu la sibuk menggubah ciptaan ALLAH S.W.T.

Inn Sha ALLAH jika mereka berusaha untuk berubah macam mana mereka berusaha untuk jadi nyah, sudah pasti usaha itu akan berjaya.

21 July 2018

MELAYU DI HINA



Bukan main gelak lagi Menteri Pendidikan yang baru nie, bual bicara pasal "Apa lagi cina mahu ?". tapi yang kau hina melayu tidak boelh hidup tanpa BRIM tu apa kes.

Bila kau kata Melayu beerti semua Melayu la yang berada di Malaysia nie termasuk aku. Menteri kayu, dari mula BRIM satu sen aku tak tuntut pasal tak layak dan aku pun tak terhegeh nak merayu kerana aku mampu hidup tanpa BRIM.

 Nak buat lawak pun agak - agak la, jangan main isu bangsa. Kau tu dah jadi menteri, video masuk you tube satu dunia boleh tengok.

Banggang....

16 May 2018

RAMADHAN AL MUBARAK DAN JANGAN LUPA SEGALA JANJI MANIS

Kadar bayaran Zakat Fitrah di Negeri Johor

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada selutuh umat islam. Sempena ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada PH kerana berjaya menjadi kerajaan baru. Sudah jadi kerajaan jangan lupa tunaikan segala janji manis yang telah dibuat.

Kalau tak ingat apa janji manismu, boleh lihat kat bawah nie.

Janji 100 hari Pakatan Harapan

Di bawah ini pula manifesto bulan dan bintang Pakatan Harapan











Tunggu dan lihat apa kesudahannya pilihan anak muda yang mahukan perubahan kononya akibat kesukaran untuk hidup di zaman BN yang lepas.

Sekiranya semakin baik maka alhamdulillah.
Sekiranya sebaliknya, anda yang memilih.

Akhir kata...

Sama Rata Sama Rasa
Depan Belakang Sama Saja

12 March 2018

BUNGA TAIK AYAM



 Sekali berjanji sedap jer didengar.


Sebulan Rm 50, berapa ramai bakal penerima ?. Berapa jumlahnya sebulan ?. Setahun ?. Dana mana datangnya ?. Dah la PH berjanji nak mansuhkan GST balik semula ke SST yang banyak cukainya disakau tauke yang kaya raya. Nak bagu subsidi lagi supaya harga minyak murah.

Kalau macam gini ar, sepenggal jer PH memerintah memang sah Malaysia akan jadi seperti Venuezela. Abis lingkup negara. Nie bukan nak bina semula negara yang dah terbina sejak merdeka, nie nak pelingkup negara.

Nie la namanya janji bunga taik ayam, pada jauh nampak cantik menawan bila dihidu baunya memang tertawan.


28 March 2017

PERIHAL NASI LEMAK

* Gambar dari steemit.com

Terdapat pelbagai varisai nasi lemak dan juga cara untuk menjualnya. Telah banyak di tularkan di media sosial mengenai penjual nasi lemak. Jika dulu lagi yang paling popular adalah nasi lemak antarabangsa, di zaman belum ada lagi facebook, twitter, whatapp. Namun di zaman sekarang dengan kuasa tular, perlbagai gaya dan nama untuk melariskan jualan nasi lemak.

Antara yang popular nasi lemak anak dara,nasi lemak bujang, nasi lemak spiderman. Tidak kurang juga peniaga nasi lemak di tepi jalan yang di tularkan untuk orang ramai membantu perniagaan nya. 

Nama apa pun dan macam mana rasanya pun tidak kisah lah. Ianya mencari rezeki yang halal. Tetapi ada satu lagi peniaga nasi lemak yang di tularkan, peniagaanya halal namun caranya salah.


Tu dia, nasi lemak pondan. bangga pondan tu nasi lemaknya laku. Meniaga nasi lemak tu tak salah, malah bagus kerana pendapatan yang halal. Namun caranya tu, takut dari halal menjadi haram. Masyarakat kita pulak seolah tidak peka dengan isu pondan nie. Ramai yang mempertahankan tindakan pondan. walau macam mana sekalipun pondan itu tetap haram dan salah. Sekiranya jualan laris kerana nasi lemak yang sedap, tak perlu la di jaja nasi lemak pondan. Letak saja terus namanya yang telah diberikan kedua ibubapanya. Tetapi jika kerana title pondan, bagi saya itu sudah salah.
Pondan tidak diiktiraf di dalam Islam dan juga di negara kita, cuma segelintir masyarakat kita saja yang mengiktiraf nya.


Bangga ke bang dapat bergambar dengan pondan ??.

Lihat 2 gambar di atas, apa motif peniaga tersebut menunjukkan payudaranya, adakah beliau bangga sudah memiliki payudara dengan mengubah ciptaan tuhan. Adakah hasil pendapatan perniagaan nya nanti akan digunakan untuk membuang kemaluanya pula ??. Nauzubillah....

“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Jelas seksyen di atas menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh peniaga tersebut. Apatah lagi di dalam Islam.

Dalil pengharamnya
   
Perbuatan berlagak lelaki atau perempuan haram berdasarkan hadith,


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.


Begitu juga hadith,

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”


Begitu juga hadith,

عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَالمَرْأَةَ تَلْبِسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ.

Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)


Semakin ramai golongan pondan ini menonjolkan diri. Sudah la sekian lama ramai golongan ini bekerja sebagai make up artis, pereka fesyen, ada juga kerja sebagai menjahait baju, mak andam. Perniagaan yang dijalanakan itu tidak salah, tetapi caranya dan pemakaianya itu salah. Kamu lelaki, jadi lah lelaki. Percayalah, rezeki itu ada saja, kita perlu usaha mencarinya.

Tidak perlu hendak mempertikaikan  sapa saya sapa kita yang hendak menghukum, kerana sudah jelas ianya satu kesalahan.

Saya harap kepada kesemua pondan atau bapok yang ada di muka bumi malaysia ini bertaubat la, berubah lah jadi lelaki sejati semula sebelum terlambat.

03 June 2016

SELAMAT BERPUASA


Lama sungguh tidak update di blog ini, sempena puasa yang akan tiba dalam 2 hari jer lagi. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan diharap dapat menunaikan ibadah puasa dengan menggikut ajaran yang sebenarnya.

Jangan jadi macam geng mufti yang satu nie pulak. Mahu berbuka puasa, tetapi kena bayar harga meja. Mejanya boleh dibawa balik kot.

Yang kiri tu poster asal, bila dah kene kecam jadilah yang kanan tu.

Yang nie lagi dasyat, siap ada pakej lagi Platinum, Gold, Silver, Bronze. Dah tu ada lagi pakej meja dan kerusi. Agaknya memang meja tu dibuat dari paltinum, gold, siver dan bronze kot.