bis
penguna bijak
30 December 2010
MALAYSIA BOLEH
Akhirnya berjaya juga pasukan Malaysia menjulang piala AFF SUZUKI CUP selepas menanti selama 14 tahun. Walaupun tewas 2 - 0 di Stadium Bung Karno namun Malaysia tetap menang dengan aggregat 4 - 2.
Pemain dapat melakukan dengan baik walaupun menerima bermacam provokasi dari rakyat Indonesia sehinggakan hanya dapat berlatih dikawasan hotel penginapan.
Lebih menarik lagi apabila Safee Sali menjadi penjaring gol terbanyak dengan 5 gol.
Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti
Jaringan gol Safee Sali
27 December 2010
MALAYSIA 3 - 0 INDONESIA
Tahniah tahniah kerana berjaya membenam Indonesia, tapi perjuangan belum selesai. Masiah ada 90 minit lagi di Stadium Bong Karno. Diharapkan pemain dapat meneruskan rentak permainan di tempat lawan nanti. Bagi ingin menonton jaringan gol Malaysia
Gol pertama
Gol kedua
Gol ketiga
Bagi warga Indonesia, anda yang memulakan dulu pancaran laser, sila lihat video ini
MALAYSIA BOLEH !!!!
MALAYSIA BOLEH !!!!
MALAYSIA BOLEH !!!!
19 December 2010
TAHNIAH
Tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak negara kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir piala AFF. Tahniah dan juga terima kasih kepada PM kerana sudi duduk di atas jalan menonton bersama rakyat.
Untuk gambar yang lain disini dan disana.
12 December 2010
PERANGKAP ANWAR
Untuk lebih lanjut tekan sini...
Ha ha ha ha ha ha ha ha..
anuWAR menyalahgunakan anugerah tuhan dengan menjadi 6P
Perasuah Penderhaka Pengkhianat Pembohong Peliwat Penzina..
09 December 2010
KEDAULATAN MELAYU
Patik setuju dengan titah Tuanku supaya ketuanan melayu digantikan dengan kedaulatan melayu..
Klik sini
Dengar cerita si Kj bakal jadi menteri penuh, kemungkinan menteri belia dan sukan. Kalau betul la, Dato Najib dah tiada orang lain ke nak di jadikan menteri, nampak sangat UMNO nie kekurangan pemimpin yang berwibawa. Perlu di ingat bahawa Kj nie adalah antara faktor BN kalah banyak pada pilihan raya lepas. Takan PR 13 nak tengok lagi banyak yang terlepas kot ????.
P.S Saiful baru pulang dari menunaikan Haji
ANUwar bila lagi, sibuk ke Australia, USA, Indonesia tapi belum ada seru ye nak pergi Haji....
Isk isk isk
09 November 2010
MALAYSIA KEKURANGAN PELAUT
Sekarang Malaysia mempunyai seramai 20 000 pelaut tempatan dan bergantung kepada 15 000 pelaut luar terutama dari Indonesia dan Filiphina, kebanyakan nya yang dari luar ini adalah memegang jawatan pegawai di atas kapal samada Kapten, Pegawai Deck dan Pegawai Jurutera. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku ??.
Seperti yang telah saya paparkan sebelum ini. Kos untuk seorang pelaut biasa untuk menjadi pegawai adalah terlalu tinggi, tetapi kos untuk seseorang menjadi pelaut adalah tidak terlalu tinggi, Jika ada yang berminat untuk menjadi pelaut apa yang perlu di lakukan pertama sekali adalah :-
- Membuat Passport kosnya rm 100 bagi 2 tahun
- Medical Check Up [ rujuk laman web Jabatan Laut bagi senarai klinik ] kosnya antara rm 70 ke rm 200 bergantung klinik.
- Membuat Seaman Card dan Seaman Book [ keduanya di buat di Jabatan Laut ] kosnya rm
- Mengikuti Kursus BST Basic Safety Training selama 5 hari kosnya rm 1450 *
- Mengikuti Kursus TFA Tanker Familirazation selama 4 hari dan kosnya rm 1300 *
Sekiranya bercita ingin menjadi seorang pegawai, perlu ada pengalaman berkerja di atas kapal sekurangnya 3 tahun, setelah cukup 3 tahun dan cukup duit yang dikumpul barulah boleh mendaftarkan diri di institut pelaut yang ada dan mengikuti kursus dan kelas pembelajaran yang diwajibkan serta perlu lulus peperiksaan lisan dengan pegawai Jabatan Laut. Namun ada juga usaha yang dilakukan oleh Universiti menawarkan kursus untuk menjadi pegawai kepada lepasan SPM ( kursus ini diiktiraf Diploma ). Sebenarnya jika ingin bekerja dengan kerajaan adalah tidak menjadi masaalah, tetapi untuk syarikat swasta ianya tidak boleh diterima. Seperti yang telah dinyatakan, seseoarang itu perlu mempunyai pengalaman, sekiranya tidak maka akan jadilah seperti pelaut yang dari Indonesia dan Filipina ( hanya separuh ) yang datang terus menjadi Pegawai tetapi tidak pandai membuat kerja hingga didalam dunia maritim pelaut dari negara ini sudah dianggap tiada kualiti hanya kuantiti.
Namun bagi yang bekerja dengan kerajaan, pihak kerajaan terpaksa menghantar mereka semula mengikuti kelas pembelajaran untuk menjadi pegawai. Mereka ini tidak memerlukan kursus kerana hanya boleh menaiki kapal kerajaan sahaja. Saya ingin sarankan kepada yang memiliki keputusan SPM yang bagus dan ingin menjadi Pegawai diatas kapal, pohonlah kepada ALAM dan bagi yang tidak menepati kritiria buatlah seperti yang dinyatakan di atas. Tidak perlulah memohon untuk mengikutinya melalui mana - mana Universiti kerana anda akan merasai kerugiannya nanti
Ada pula setenggah syarikat yang suka mengambil Pegawai dari Indonesia kerana dengan alasan mereka tidak melawan apabila diarah dan tidak berani meminta, dan apabila ditanya olah Jabatan Laut kenapa terlalu ramai Pegawai dari Indonesia maka jawapanya mudah tiada orang Malaysia yang mahu bekerja. Sebenarnya di dalam perkapalan tidak boleh 100% mengikuti telunjuk orang yang di pejabat. Perlu ada bantahan sekira ianya tidak menepati peraturan di laut dan juga perlu meminta untuk keselesaan dan kemudahan krew di atas kapal samada untuk bekerja atau beriadah.
* Saya sarankan agar mengikuti kursus di PELITA kerana kosnya murah jika ingin dibandingkan dengan tempat lain.
SALUTE TO SEAFARER'S
13 October 2010
GILA MEROYAN
Nampaknya anuWar meroyan lagi di Indonesia. Kenapa sibuk sangat nak mempromosi diri di sana. Apa masa menggundi nanti rakyat Indonesia ke yang akan menggundi. Tak perlu lah ingin menjadi hero, masalah diri sendiri makin bertambah dan tak selesai lagi asyik tertangguh je ni dok sibuk nak mempromosi diri kononya dapat selesaikan masalah Malaysia Indonesia hanya dalam masa beberapa minggu jika beliau jadi PM Malaysia.
Ha ha ha ha ha, tak habis meroyannya anuWAR nie,. Sudah - sudah la meroyan, pekong semakin banyak terbelah, sudah membusuk bernanah dah satu Malaysia baunya. Asyik selalu saja pergi ke Indonesia, jangan - jangan nak cuba jadi Presiden Indonesia kot ??. Elok jugak rasanya kerana di sana lebih demokrasi sehinggakan anak sendiri boleh pilih nak menganuti agama apa, mak bapak tidak boleh halang. Tu belum lagi masuk bab - bab yang lain, cari la sendiri.
Sumber Utusan Malaysia
SUDAH AJALNYA
Tragedi 10.10.10 di km 223.2 utara selatan
Terima kasih kepada pemberi gambar..
10 October 2010
KEBIADAPAN WAYTHA MOORTHY
Sungguh biadab apabila pengerusi hindraf p.waytha moorthy mengeluarkan kenyataan dengan menganggap Sultan Ibrahim adalah jurucakap kepada Perkasa dan juga menuduh baginda mencemar permisahan kuasa dan demokrasi berparlimen. Memang waytha tidak memahami apa saranan yang sebenarnya, apa yang di tahu adalah menghentam sapa saja yang cuba mempertahankan kaum melayu.
Saya memang setuju 100% bahawa dikenekan tindakan supaya waytha tidak dibenarkan kembali lagi ke Malaysia dan juga tarik saja kerakyatan beliau kerana waytha tidak lagi menghormati institusi diraja yang menjadi penaung di bumi Malaysia ini. Orang seperti ini tidak diperlukan di Malaysia, tiada jasa yang dibuat tetapi hanyalah pembuat kacau kepada keharmonian yang telah lama wujud di bumi Malaysia.
Sultan Ibrahim begitu disayanggi oleh rakyat negeri Johor, sesungguhnya rakyat Johor tidak akan dapat menerima kenyataan yang dibuat oleh maytha..
DAULAT TUANKU !!!
DAULAT TUANKU !!!
DAULAT TUANKU !!!
DAULAT TUANKU !!!
09 October 2010
BOT IKAN DILANGGAR
Menurut utusan malaysia sebuah bot nelayan telah dilanggar oleh sebuah kapal dagang, ketika kejadian dikatakan bahawa krew bot ikan tersebut sedang tidur dan bot tersebut dalam perjalanan pulang membawa hasil tangkapan.
Apa yang ingin dikata adalah kita tidak mengetahui perkara sebenar, kerana kita tidak tahu siapa yang bersalah atau siapa yanfg tidak mengikuti Rule Of the Road (ROR). Boleh jadi kapal dagang tersebut yang salah atau mungkin bot ikan tersebut yang bersalah. Situasi di laut tidak sama dengan di darat, jauh bezanya.
Setiap pegawai kapal dagang sudah pastinya megetahui dengan mendalam apa itu ROR dan apalagi pada masa kejadian pada pukul 0340 pagi dimana pegawai yang bertugas adalah 2nd Officer yang boleh dikatogeri pegawai yang berpengalaman dan pastinya dibantu oleh seorang kelasi. Kemungkin pegawai dan kelasi tersebut tidak dapat mengesan kehadiran bot ikan atau pada masa kejadian keduanya tertido hingga tidak sedar apa yang terjadi. Kemungkinan juga mereka sedar kehadiran bot tetapi telah melakukan kesilapan dalam untuk menggelakan berlakunya perlanggaran tetapi sebaliknya berlaku perlanggaran.
Bagi bot ikan pula mungkin ianya tidak mengikuti peraturan - peraturan yang terdapat di dalam ROR, ini kerana ada segelintir nelayan tidak pun mengetahui wujudnya peraturan tersebut, walaupun ada usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan memberi pengetahuan kepada nelayan namun kita tidak dapat pastikan bahawa semasa kejadian adakah kelasi yang dipertanggungjawabkan mengendali bot memahami peraturan di laut ?. Sekiranya beliau memahami peraturan di laut adakah pada waktu itu ianya benar - benar mengikutinya. Ini Kerana ada segelintir bot ikan sengaja tidak mengikuti peraturan tersebut kerana bagi mereka yang besar perlu mengelak yang kecil, tetapi di laut tidak kira besar atau kecil sebaliknya kesemua perlu mengikuti peraturan yang terdapat di dalam ROR.
Ini adalah andain saya sahaja, apap pun saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa..
05 October 2010
BIASISWA PELAUT
Pada 30hb 9 yang lepas bertempat di pejebat jabatan laut wilayah tengah telah di adakan sembutan hari terbuka pelaut malaysia sempena hari raya berserta sambutan pelaut sedunia pada 26 hb 10 2010. Bertemakan "salute to seafarers", mengharapkan supaya pelaut - pelaut di malaysia tidak dipandang remeh oleh setengah pihak yang tidak memahami dengan sebenarnya pengorbanan seorang pelaut.
Pada hari tersebut juga telah disampaikan biasiswa kepada 6 orang pelaut untuk digunakan bagi menampung pembelanjaan mengikuti kursus Officer in Charge of a Navigational Watch 500GT or more in Near Coastal Trade Voyage [ WKO ] di Pelita Akademi yang terletek di Kuala Kubu Bahru. Dalam waktu ini ada seramai 26 pelaut malaysia berbangsa melayu ( termasuk diri saya )sedang mengikuti kursus tersebut. Ada diantara mereka yang di tanggung oleh syarikat tempat berkhidmat dan ada pula yang menggunakan kewaangan sendiri.
Sememangnya kos yang di perlukan bukanlah sedikit,. Kos untuk kursus selama 6 bulan adalah sekitar Rm 10 600 tidak termasuk duit makan dan minum, rumah sewa, bayaran kereta dan bagi yang sudah berumah tangga pula perlu memberi tanggung kepada anak dan isteri, ini kerana 70 % yang mengikuti kursus adalah yang sudah berumah tangga.
Untuk mengikuti kursus ini pula seseorang itu perlulah telah berkhidmat di laut ( atas kapal ) sebagai seorang kelasi sekurangnya selama 3 tahun, kerana pengalaman bekerja perlu, ini kerana apabila selesai menghadiri kursus ini dan setelah lulus peperiksaan oral dengan pegawai jabatan laut, pelaut ini akan menjadi pegawai di atas sebuah kapal. Pengalaman sebagai kelasi amat di perlukan apabila menjadi seorang pegawai.
Dengan ada nya biasiswa ini walaupun buat permulaan hanya 6 orang yang di taja, walaupun maklumat untuk mendapatkan biasiswa bagi tahun 2010 tidak sampai kepada kebanyakan pelaut, hanya segelintir saja yang mengetahuinya. Diharapkan bagi tahun akan datang semakin ramai pelaut memohon untuk mendapatkannya. Supaya semakin ramai pegawai dari rakyat malaysia untuk menggantikan pegawai - pegawai sekarang yang kebanyakkannya dari luar malaysia. Biasiswa ini ditaja oleh Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut ( KWPPL )
Usaha yang dilakukan Pelita Akademi jugak adalah dibanggakan kerana ingin membantu anak bangsa, Pelita Akademi telah menggenekan yuran yang agak murah jika ingin dibandingkan dengan sebuah lagi institut laut iaitu ALAM di melaka. Perbezaan yuran yang begitu ketara menyebabakan Pelita menjadi pilihan pelaut. ALAM pula menumpukan dalam melahirkan kadet - kadet yang berkualiti untuk menjadi pegawai bagi kapal Foreign Going..
SALUTE TO SEAFARER'S
Subscribe to:
Posts (Atom)












