bis
penguna bijak
31 July 2011
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Ramadhan menjelma lagi, maka seluruh umat islam wajib menunaikan rukun islam yang ke empat.. Amal ibadah perlu ditingkatkan, kurangkan dosa lebihkan pahala.. Politik - politik jugak, tapi kena la kurangkan ceramah politik untuk elak kurangkan dosa, baik lebihkan ceramah agama baru tambah pahala.
Tapi jangan pulak ada yang berbuka dan bersahur di kelab malam pulak ye, maklumla ada negeri yang membenarkan kelab malam beroperasi seperti biasa, ada yang bagi syarat orang islam tidak boleh masuk sepanjang bulan yang mulia, tapi dorang tidak tau ke, yang jadi bonsor melayu, yang jadi jaga melayu, yang jadi GRO pun melayu, pelangan lagi la ramai melayu, cuma tauke je bukan melayu. Baik la tutup terus dari membiarkan maksiat berlaku.
Sebelum berkuasa bukan main lagi berkokok, bila sudah dapat, lain pulak jadinya, baru kena sergah dah terkencit tidak berani nak melawan.
'Ngata Dulang Paku Serpih'
'Ngata Orang Dia Yang Lebih'
Apapun Selamat Menyabut Bulan Ramadhan,..
22 July 2011
12 July 2011
BERSIH YANG KOTOR 2.0
Lakonan hebat pelakon undangan...
Memang hebat betul demo BERSIH kali nie, macam - macam watak ada, ada yang jadi Sabu Wilchair, ada yang berbalut leher padahal pada mulanya yang sakit kepala. Sampaikan kematian pun dibohongi jugak, nauzubillah.. Malas nak komen panjang dengan puak yang RAJA SEGALA PEMBOHONG nie, elok klik PAPA GOMO untuk baca lebih lanjut.
Al Fatihah buat Arwah Baharuddin Ahmad yang kembali ke rahmatullah
setelah diserang sakit jantung semasa menghadiri perhimpunan haram
BERSIH. Semoga dosanya diampuni Allah swt dan di tempatkan di dalam golongan orang yang beriman amin.
09 July 2011
BERSIH YANG KOTOR
BERSIH telah menjadi KOTOR dan kepada Reformasi ( sila klik ), jadi tidak timbul berdemo untuk meminta SPR menerima tuntutan Bersih tetapi telah menjadi medan untuk memperjuangkan al - juburi yang akan membela diri di mahkamah pada 13 julai nanti.
Maka bertempur la si banggang dengan FRU dan di sambut dengan bom asap semburan semburan air. Suka bebenar gamaknya dapat main air percuma.
Tahniah kepada PDRM kerana dapat mengawal situasi dan telah melakukan tindakan awal dengan menjalakan sekatan jalan dari semalam lagi dan menangkap secara rambang sesiapa yang terlibat serta tidak lupa juga menangkap para pemimpin yang turut serta.
Pemimpin PATRIOT juga tidak ketinggalan di tangkap termasuk KJ sekali. Jumlah tangkapan setakat 1530 seramai 924 dimana 875 lelaki dan 49 perempuan.
Tetapi ada plak pemimpin yang satu nie di bawa ke hospital sampai nak kena wat scan lagi kerana mengalami kecederaan serius. Ish ish ish, xda sapa nak kesian kt al - juburi oii, 1 Malaysia dah tau anda pelakon terbaik, lakonannya sungguh hebat sehingga menyapu BERSIH kesemua katogeri yang di pertandingkan..
Lakonan Papa Hebat memang hebat ha ha hak ptui.
Ini bukan kezaliman polis terhadap rakyat, tetapi rakyat yang Bodoh, Bebal, Banggang, Bonggok, Senggal yang menzalimi diri mereka sendiri kerana terlalu Pandai mengikuti demotrasi memperjuangkan si peliwat tegar.
Bila ditahan mendapat layanan istimewa lagi dari pihak polis.
Gambar dari FB PDRM
Pada 1840 jumlah tangkapan adalah 1667 dimana 1500 lelaki 151 perempuan dan 16 kekanak.
09 June 2011
PENJELASAN TENTANG 4 ORANG SAKSI
“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga”: Hj Hadi, Muktamar Tahunan PAS kali ke -57
Jika inilah peganganya, ramai la kaki zina dan liwat merancakkan aktiviti mereka dan tentunya perogol juga tidak melepaskan peluang yang ada kerana apabila ingin dilakukan pertuduhan perlu ada 4 orang saksi. Bukan senang nak cari 4 orang saksi ketika berlaku perzinaan tersebut. Maka Islam akan di cop tidak adil pada penganutnya kerana tidak dapat membela mangsa yang telah dinodai.
Inikah Islam yang igin dibawa oleh PAS ??.
PAS juga sudah mengubah matlamat perjuagan kepad Negara Islam dan hukum hudud kepada Negara Berkebajikan yang rasanya Kerajaan BN sekarang sudah pun melaksanakan kebajikan rakyat dengan baik walaupun tidak sempurna seluruhnya, kerana setiap perkara ada kelemahan dan halangan yang perlu di perbaiki.
Benar seperti kata Tun Mahathir. " Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan ".
Parti Ajaran Sesat yang telah hilang arah perjuangan.
03 June 2011
ADINDA HEBAT
Hebat budak nie, betul orang dulu berkata Berani Kerana Benar tetapi keberaniaanya kerana termakan persoalaan bekas pakwenya membuktikan yang dirinya Berani Tetapi Bodoh. Tidak perlu la menyalahkan orang lain kenapa diri sendiri disalahkan, silap anda jugak kerana memberitahu seluruh dunia tentang status dara anda.
Mungkin benar ramai budak - budak di bukit bintang yang sudah tiada dara tetapi adakah kerana itu maka ianya perlu jadi ikutan ?. Tidak bolehkah difikirkan dengan waras apakah akibatnya di masa akan datang ?.
Anda masih muda dan anda juga berkata bahawa perjalan anda masih panjang, namum tahu ke ajal anda bila ?. Ajal maut tidak kira usia dan kita tidak tahu bila datangnya.
Kalau rasa terseksa sila banyakkan amal ibadat dan bukanya makin melakukan perkara yang dilarang Islam. Anda juga kata hanya bukan Islam di dalam ic, jadi buktikanya dan yang paling mudah berpakaian la menutup aurat.
:- komen blog tinggalkan satu peluru mengenai budak ini sini dan sini.
:- blog adinda BKB dan BTB di sini.
Kalau la BABI seberani macam adinda, dah tentu senang kerja hakim dan sekarang nie sudah mengginap pun di Buloh Inn............
28 May 2011
HARAMJADAH 2
27 May 2011
HARAMJADAH 1
Haramjadah siapa yang ngaku diri Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.. Kalau di dunia kemungkinan anda boleh terlepas tetapi di akhirat jangan harap nak terlepas.. Tapi rasanya anda pasti tidak percaya hari akhirat kerana rasanya anda bukan orang islam dan kalau anda orang islam sekalipun hati anda sudah pastinya hitam sehitamnya kerana sanggup menghina keagungan Agama Islam..
Moga Allah melaknati anda selagi di dunia ini,,, amin...
15 May 2011
FATWA BARU NIK AZIZ
Tu dia fatwa baru, dasyat sungguh. Mulia sungguh Nuar Berahi di agungkan. Sampai nak masuk syurga kena jilat kaki Nuar dulu,.. Wah macam nie ramai la gay - gay dan china doll berebut jilat kaki Nuar, yela nak masuk syurga. Tawaran istimewa oleh Nik Aziz.. Berita lebih lanjut disini dan sini.
06 April 2011
ALAHAI WAN AZIZAH
Dalam Buletin Utama nampak emosi sungguh Wan Azizah apabila wartawan tanya dimana jam Omega milik Anu war. Kalau betul jam tersebut ada dalam simpanan maka tunjukkan la supaya orang tahu, berani kerana benar apa. Atau tidak sempat nak beli jam tanggan baru untuk gantikan jam yang hilang ?...
Si karpal Sink pun satu, dah kalut maka terus tidak setuju jika ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat sapa hero didalam video yang sedang hangat dipasaran sekarang.. Sudah takut ka ?.. Aiyo yo.. Masa Teo mati bukan main lagi sibuk, sekarang nie tak berani pulak, sudah tau kalah ke jadi awal - awal sudah tidak setuju...
Untuk ke blog yang lebih hangat klik sini, sini, sini, sini dan nak tahu kenapa video tersebut hitam putih sila la ke sini.
Apapun nie ada lirik untuk suami kak jijah, nyanyi la ikut rentak sendiri
lawan tetap lawan
tusuk tetap tusuk
depan boleh belakang pun boleh
lelaki perempuan boleh saja
rasa sama saja
aku anugerah tuhan
apa aku buat tidak salah
yang salah konspirasi ke atas aku
fitnah jahat ke atas aku
pencacai aku ramai
mereka sanggup berdemo demi aku
mereka sanggup mempertahankan aku
walaupun memang aku bersalah
tapi apa aku kisah
aku kan anugerah tuhan
aku kan papa hebat
untuk jadi perdana menteri
apa saja akan aku hadapi
aku tidak gentar
walaupun ianya angan mat jenin
seperti angan 16 september
oh kenapa aku terlupa
dulu aku tertinggal dna
kini aku tertinggal jam
ada rakaman video lagi
ooooo mega mendung menyelubungi
hujan akan turun
adakah lagi sinar cahaya
abis punah la harapan
nak jadi perdana menteri malaysia
anuWAR 6P
Perasuah Penderhaka Pengkhianat Pembohong Peliwat Penzina
08 March 2011
SAMAN EKOR
Isu saman ekor
MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.
Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.
JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.
Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.
Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.
Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.
Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.
Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A.
Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.
ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Dari Utusan Malaysia
Yang ini saya setuju.. Tapi saman saya sudah jelaskan pun. Tidak berani nak ambil risiko walaupun boleh lawan dan memang ada hak untuk menafikanya.
Selama ini memang sudah banyak kali dengar cakap - cakap supaya saman tidak perlu dibayar dan tunggu sehingga surat mahkamah sampai. Di mahkamah baru cerita apa yang terjadi dan berapa mampu bayar.
Kerajaan dan Menteri Amaran Dalam Negeri perlu memikirkan supaya saman ekor ini dihapuskan, dan sudah pastinya isu ini akan dimainkan dengan hebat lagi pada pilihan raya akan datang oleh parti pembangkang.
Jadi saya berharap kerajaan memandang serius isu ini kerana memang benar rakyat semakin bijak tentang undang - undang dan hak diri sendiri apabila di saman..
Subscribe to:
Posts (Atom)




























