bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

20 May 2013

MELAYU SUNGGUH CEO AIR ASIA X NIE...





Orang yang menggaku dirinya lebih melayu dari orang lain sehingga menggata Utusan Malaysia perkauman.

Inilah melayu liberal yang lupa diri. Dalam islam dah terang lagi nyata seorang lelaki tidak boleh menyerupai dan berpakaian seperti seorang wanita. Bila diri sudah kaya, banyak duit, mula la lupa diri dan sibuk nak jadi liberal.


17 May 2013

PERLAWANAN BADMINTON NAJIB LAWAN ANWAR


Diambil dari blog Zulkifli Bin Noordin

Salam 2 all.

Nampak gaya Anwar masih dok meroyan keliling bandar menghasut rakyat yang sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang PRU-13 dan dia yang patut jadi PM. Antara alasannya ialah pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat undi terbanyak, atau dipanggil undi popular.
Ramai jugak rupanya yang sama meroyan macam Anwar dok percaya kelentong dia.
Inilah yang dikatakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar!
Maknanya dema tak faham sistem pilihanraya first past the post yang Malaysia telah diamalkan sejak PRU-1 lagi, yang sama saperti diamalkan oleh banyak negara maju dan moden termasuk Britain dan lain-lain.

Apa makna 'first past the post'?
Maknanya siapa yang dapat kerusi 112 yang pertama dalam PRU akan menjadi Kerajaan Malaysia dan ketuanya Perdana Menteri. Sempoi kan? Senang je nak faham!
Pasal apa?
Pasal Parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Separuh daripadanya ialah 111. Kalau BN 111, pembangkang DAP-PKR-PAS 111, itu namanya 'hung Parliament' - Parlimen tergantung. Dua-dua tidak menang dan tidak kalah. Tapi mana-mana parti dapat 112, iaitu lebih satu daripada lawannya, dia dikira menang dan jadi gomen!
Ada faham yop?

Kita tidak gunakan konsep 'undi popular' sebab kedudukan geo-politik kita tidak sama. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen 108 Shah Alam contohnya, keluasan geografinya kecil tetapi padat, iaitu sebanyak 100,076 pengundi.
Pengundi luar bandar contohnya Parlimen 188 Silam hanya ada 51,590, separuh daripada di Parlimen Shah Alam. Tetapi kawasan geografinya terlalu luas!
Walaupun jumlah pengundi tidak sama, tetapi nilai kerusinya tetap sama - iaitu satu kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen!

Jadi kenyataan Anwar menyatakan pembangkang menang PRU-13 kerana undi popularnya lebih walaupun sedikit kerusi adalah satu kenyataan yang bodoh lagi memperbodohkan rakyat!

Kita ambil contoh begini.
Dalam Final Badminton Piala All-Malaysia diantara Najib -lwn- Anwar, keputusannya saperti berikut:

Set 1: Najib 21 - Anwar 19;
Set 2: Anwar 21 - Najib 3;
Set 3: Najib 21 - Anwar 19.

Mike semua tahu dalam game diatas, juaranya ialah Najib yang menang 2 set menewaskan Anwar yang menang 1 set. Itulah peraturannya, first past the post. Najib melepasi post 2 set, sedangkan Anwar 1 set.

Tapi apa kata kalau Anwar melalak satu kampung kata dia menang sebab jumlah mata poin dia 59, sedangkan Najib 45 mata poin.
Nampak, mike pun dah tersenyum senget. Kalau Anwar kata dia menang, dan mengajak satu kampung pergi berlarak ke jalanraya untuk tuntut kemenangan, tentu mike akan cari wad kosong di Hospital Mental Tanjung Rambutan untuk masukkan Anwar dan para penyokong dia, betul kan yop?

Jadi ringkasnya, janganlah perbodohkan diri sendiri dengan mengikut manusia desperado dan bodoh; yang dek kerana terlalu gila meroyan nak ke Putrajaya, sampai sanggup memperbodohkan rakyat!
Bagitahu Anwar kita tidak sebodoh dia; tolak Anwar seratus satu peratus yop!
Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
05 Rejab 1434
16 Mei 2013

*Ilustrasi badiminton diatas adalah daripada idea kreatif blogger www.rbfonline.net
** Jadi kepada semua pencacai nuar aljub, kenapalah korang meroyan jugak macam nuar aljub yang tak dapat jadi PM. Berfikirla dengan akal fikiran yang matang, terima la keputusan dengan hati terbuka. Ianya adalah takdir yang telah tersurat..

06 May 2013

KEPUTUSAN PENUH PRU 13



INI KALI LAH INNALILLAH
LAIN KALI LAH ALHAMDULILLAH

INI KALI LAH OPSSSS LAIN KALI LAH YER....


Terima kasih kepada pengundi yang mengundi Barisan Nasional. Alhamdullillah Barisan Nasional masih lagi menjadi pemerintah dibumi Malaysia ini. Namun beberapa negeri masih lagi dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat @ Pakatan Haram iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Manakala Kedah kembali ke pangkuan BN.

28 April 2013

ANTARA AKUJANJI DAN MANIFESTO BUKAN JANJI

Akujanji Barisan Nasional

Manifesto bukan janji PKR.DAP.PAS

Semuanya nak dihapuskan, sampaikan manifesto tahun 98 pun dihapuskan jugak. Macam mana pengundi nak terima manifesto baru. Sudah la PKR oiiiiii, manifesto bukan janji tidak seperti akujanji Barisan Nasional. Sudah terbukti janji ditepati..

Pilihan bijak untuk masa depan yang terjamin untuk Agama Bangsa dan Negara

14 March 2013

ANU WAR MAHU JADI HERO ISU DI LAHAD DATU ?


Baca dan nilaikanlah betapa banggang pencacai PKR berserta dengan pemimpin mereka..

Malas nak komen banyak,. Bodoh tidak boleh diajar.
Sekolah 5 tingkat bodohnya 10 tingkat...

Namun pada 12hb lepas 2 lagi anggota keselamatan telah gugur, keduanya dari Angkatan Tentera Malaysia :-


Prebet Ahmad Hurairah Ismail gugur ketika bertempur dengan pengganas di sungai nyamuk, lahad datu.


 Prebet Ahmad Farhan Roslan meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika menghantar bekalan makanan kepada para pejuang di perbatasan.

Kedua arwahyarham telah pun dinaikan pangkat dari Prebet kepada Koperal. Al-Fatiah kepada kedua arwahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat......Amin.


12 March 2013

04 March 2013

GILIRAN TENTERA MENYERANG BALAS

Perarakan penembak tepat Tentera Darat sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke 80 di Port Dickson. Gambar diambil dari laman web rasmi ATM

Setakat ini seramai 8 anggota polis telah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Lahad Datu dan Semporna Sabah.

Mereka yang terkorban di Lahad Datu :-


1. Inspektor Zulkifli Mamat
2. Koperal Sabaruddin Daud

Allahyarham adalah ahli pasukan Komando Polis VAT69

Manakala yang terkorban semasa serangan hendap di Samporna


1. Supt Ibrahim Lebar [ Pegawai Caw Khas Bukit Aman ]
2. Asp Michael Padel [ Ketua Caw Khas IPD Semporna ]
3. Sjn/D Baharin Hamit [ Pegawai Caw Khas IPK Sabah ]
4. Sjn Aziz Sarikun [ PGA Batilion 14 Tawau ]
5. Kpl Salam Togiran [ IPD Tawau ]
6. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran [ PGA Batilion 14 Tawau ]

Al-Fatihah kepada semua para pejuang yang telah terkorban.....Amin dan R.I.P bagi yg bukan beragama Islam..

Kini giliran Angkatan Tentera pula mengambil tindakan keatas penceroboh, masa rundingan telah pun tamat. Yang ada adalah masa untuk menghapuskan kesemua penceroboh.. Marilah kita berdoa semoga pencerobohan ini dapat ditamatkan denga segera, inilah saja bantuan yang dapat kita berikan.

01 March 2013

TIAN CHUA MEMBUKTIKAN YANG DIRINYA MEMANG CELAKA


Malas nak komen banyak, dah memang dasar pengkhianat negara. Segala apa semuanya disalahkan UMNO.. Dasar tidak sedar diuntung.

Link beberapa blog yang marah dengan si chua celaka nie, sila klik Gerakan Anti PKR, House PK, Kem Balak Enterprise.

Ini pula link beberapa blog yang mendedahkan bahawa anuar aljuburi adalah dalang didalam pencerobohan dilahad datu, sila klik Wira Kenyalang, Gelombang Wangsa Maju, Semut Hitam.

Ini pula kronologi pencerobohan tersebut, sila ke Melanau Bloger.

26 January 2013

KEBERANIAN TUN DR MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohammad

Nak baca apa yang Tun telah lakukan semasa ,enjadi Perdana Menteri, sila klik sini ke Blog Sel13.com.

Bukannya seperti Anu War.. yang pandai bemadah berhelah diatas pentas je, hari - hari jaje cerita kononya dialah yang berani dialah yang hebat dialah yang memajukan negara. Bolah jalan dah....