bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

16 August 2013

SUAMI DAYUS DAN BACUL II


Dah belasah isterinya tak mengaku pulak dia yang buat. Adakah video yang telah tersebar tidak boleh dijadikan bukti kerana video adalah besi dan perlukan saksi 4 orang untuk mengesahkan kejadian tersebut ?.

Atau perlaku didalam video tersebut macam dia tapi bukan dia kerana telah diklon dan dilakonkan oleh orang UMNO semata untuk menfitnah dirinya ?.

Cerita lanjut sila ke.
theflyingkick.blogspot.com
gmc-gunungmatcincang.blogspot
http://www.sinarharian.com.my

15 August 2013

SUAMI DAYUS DAN BACUL


Sungguh dayusnya seorang lelaki apabila memukul isterinya, apatah lagi dihadapan anaknya. Apabila laporan polis sudah dibuat dan sudah keluar berita, menghilangkan diri pulak. Mana perginya kejantanan diri ??. Dengan perempuan berani pulak, dengan polis lari pulak hilang telor dan segala keberanian..

Dibawah adalah pengakuan Isteri yang menjadi mangsa

 

Menurut wanita berkenaan, beliau dan suaminya telah lama tidak berkomunikasi diantara satu sama lain disebabkan masalah rumahtangga. Kejadian tersebut juga dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.

Wanita berkenaan juga turut mengakui bahawa suaminya bertindak sedemikian untuk kali pertama sejak mereka berkahwin.

Akibat kejadian itu, wanita berkenaan kini terpaksa menahan kesakitan apabila mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Suami wanita berkenaan berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang yang dimaklumkan merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang kini masih diburu Polis ekoran tersebarnya rakaman CCTV insiden terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

*Update*

Suami dayus dan bacul telah menyerah diri info

13 August 2013

ADAKAH MUHYIDDIN AKAN BERTANDING PRESIDEN PARTI ?..


Itulah harapan saya pada PAU 13. Diharap Muhyiddin berani menentang Presiden sekarang dan harapan juga agar seramai 150 000 melayu ahli UMNO yang layak menentukan barisan kepimpinan UMNO yang baru, berani membuat perubahan dengan memilih Presiden parti yang baru.

Untuk ulasan lanjut sila ke :-
dinturtle.blogspot.com

09 August 2013

PENAFIAN ALAN TANG


Untuk artikel sebelumnya sila ke sini.

Untuk artikel yang menggenai laporan polis yang beliau buat sila ke novandri.blogspot.com

Kita biarkan pihak polis menjalankan siasatan. Diharap selepas ini jangan ada lagi provokasi melampau seperti ini lagi.

08 August 2013

PAK LAH AWAKENING


Lama sangat tidur, PAU 13 dah dekat baru nak terjaga ye..

Untuk ulasan lanjut sila ke :-
sensecredaccountability.blogspot.com
anotherbrickinwall.blogspot.com

DI PAGI SYAWAL YANG MEMBUATKAN UMAT ISLAM PASTI MARAH


Sekali lagi berlaku penghinaan terhadap umat islam. Kenapa makin hari umat islam makin dihina dan dikeji oleh bangsa yang tidak tahu diuntung ini ?. 

Didedahkan oleh badutrakyat.blogspot.com

link ke facebook beliau https://www.facebook.com/alan.tang.5095

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kepada semua rakyat Malaysia terutama para pelaut yang menyambutnya di atas kapal menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kita juga pelaut yang bekorban demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia..

Maaf Zahir Dan Batin

07 August 2013

IKLAN HARI RAYA AIDILFITRI AH JIB GOR ?.



Nak tengok iklanya ?.
Sila ke the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

* Dengar cite pak lah dah sedar dari tidur ?. Bukunya bakal diedarkan lepas raya nanti. Ada yang kata buku tersebut menghentam Tun M, kita tunggu apa kata Ayahda Tun M pulak. Jangan Pak Lah tak terjawab libasan Tun M sudah la yer.

04 August 2013

NAZRI DULU DAN KINI

Ini duluuuuu.

Ini sekarang.

Ini pemimpin tiada jati diri ke ?. Tiada pendirian. Ini semua kerana PAU bulan oktober, memasing nak tunjuk hero nak tunjuk jaguh. Semuanya nak dapatkan undi perwakilan dari orang Melayu. Boleh percaya ke bila dah menang besok jika bertanding pemimpin seperti ini akan lantang mempertahankan bangsa dan agamanya ?. Silap haribulan dia kona baring 360 darjah.

Kepada ahli UMNO yang mempunyai hak untuk memilih, pilih la pemimpin yang benar berjuang dan lantang bersuara demi bangsa dan agama tidak kira masa, bukanya pemimpin yang hanya bersuara apabila PAU hampir tiba..

Sumber :
gerakan-anti-pkr.blogspot.com
khairulryezal.blogspot.com

03 August 2013

ADAKAH AH JIB GOR AKAN DITENTANG PADA PAU 2013 NANTI ?

Adakah benar perkara ini akan berlaku ??. Baguskah untuk UMNO dan BN ??.

Kita perlukan pemimpin yang mempunyai jati diri Melayu yang kental, bukannya pemimpin yang seolah malu mahu mengaku yang dirinya Melayu sehinggakan kerana ingin menarik undi kaum lain sanggup diubah namanya ke sebutan bukan Melayu. Bukankah ini sudah membuktikan yang pemimpin itu tidak mempunyai jati diri, kenapa perlu malu dengan nama yang telah diberikan oleh kedua orang tua. Malukah dengan nama Melayunya ??.

Kita perlukan pemimpin yang berani mempertahankan tindakannya, bukannya pemimpin yang berani mencium keris tetapi kemudiannya meminta maaf atas tindakan yang keMelayuannya itu. Ini juga membuktikan yang pemimpin tersebut tidak mempunyai jati diri yang kental. Malukah dengan adat bangsa Melayunya ??.

Kita perlukan pemimpin yang lantang, yang mempunyai idea yang bernas, yang mempunyai keputusan untuk kebaikan agama, bangsa dan negaranya, bukannya hanya sekadar mangharapkan penasihat disekililingnya dan menuruti apa saja kata penasihat tersebut. Adakah pemimpin ini mempunyai jati diri ??.

Diharap pada pemimpin yang tidak mempunyai jati diri ke Melayuannya akan kalah pada PAU 2013 nanti (itupun jika ada pertandingan la). Macam mana ingin memimpin parti Melayu, memperkasakan bangsa Melayu jika pemimpin tersebut malu pada bangsanya sendiri ??.

Ulasan menarik beberapa blog menggenai PAU dan Ah Jib Gor

* Bila Ah Jib Gor nak nasihat supaya Rosmah bertudung ?. Takan isteri sendiri pun tak mampu nak dinasihati ?.
* Raya dah dekat, Ah Jib Gor tak nak ke wat iklan hari raya ?. Sambil anyam ketupat ke ?, kacau dodol ke ?, bakar lemang ke ?. Masa tahun baru cina bleh plak ye.