bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

31 January 2011

ALAHAI NURUL IZZAH


Saya telah menerima sebuah e-mel seperti dibawah:-

30 JAN - Kebangkitan rakyat adalah seperti satu tsunami yang tidak dapat dihalang.

Kebangkitan rakyat adalah menzahirkan jeritan batin akibat “dijajah” di negara sendiri yang sudah melepasi faktor ketakutan kepada kerajaan yang memerintah dengan penggunaan jentera propaganda dan jentera keselamatan berbekalkan gas pemedih mata, meriam air berkimia, peluru getah atau pukulan belantan yang hanya berfungsi untuk  menyelamatkan atau mempertahankan kepentingan golongan pemerintah, bukannya rakyat.

Politik ketakutan bertukar menjadi politik harapan untuk demokrasi sebenar dan bukan demokrasi palsu yang menyekat serta memenjara aspirasi dan hak rakyat untuk hidup didalam kemerdekaan.
Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang Tenang dahulu bangkit?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya kepimpinan Negara tidak korup, tidak zalim serta tidak “membunuh” jiwa dan raga satu atau beratus atau beribu insan biasa  di jalanan , di penjara atau di kawasan terpencil?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak berlaku sekiranya kekayaan Negara diagih secara adil dan bukan dicuri untuk keluarga dan kroni melalui projek mewah, pembelian harta kerajaan berharga tinggi, monopoli perniagaan, komisyen besar tanpa melibatkan keringat sebaliknya menerusi penswastaan harta rakyat yang merugikan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya wanita pertama menjadi “ibu” kepada semua dan bukan menganak-tirikan serta melarikan jongkongan emas milik rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya khazanah Negara mereka digunakan untuk meringankan beban hidup akibat kos yang meningkat dengan tidak memotong subsidi rakyat sedangkan subsidi peniagaan kroni diteruskan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya golongan elit hidup mewah diluar kemampuan dengan rumah ibarat istana, kenderaan ibarat pendati emas dan perbelanjaan melampau ibarat menghidupkan syurga di dunia yang disaksikan rakyat yang semakin hari dimiskinkan?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya hak bersuara termasuk kebebasan media sebagai pengimbang kuasa dan saluran suara demokrasi rakyat tidak disekat?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pemimpin Negara bersedia mendengar keluhan rakyat dan berdebat secara terbuka untuk mencari cara terbaik membangunkan ekonomi Negara untuk kesejahteraan rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pengisytiharan darurat seperti yang wujud di Mesir selama 30 tahun telah dimansuhkan?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya proses pilihanraya tidak dimanipulasikan secara terang-terangan untuk demokrasi palsu melalui penipuan dan sogokan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya Negara kuasa besar ikhlas menggunakan piawaian demokrasi sebenar untuk menilai Negara-negara ini tanpa memberikan subsidi ketenteraan yang sebenarnya digunakan untuk “memerangi” rakyat dan bukan untuk kegunaan pertahanan ancaman luar?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya Demokrasi mereka dipulihkan?
Rakyat Tunisia dan Mesir sudah tidak takut lagi.

Memang benar kata-kata Thomas Jefferson; bila rakyat takut kepada kerajaan, itu adalah penindasan tetapi sebaliknya apabila kerajaan takut (hormat) rakyat, itu adalah kemerdekaan!
Marilah kita memikirkan apa yang dapat dipelajari daripada peristiwa yang sedang berlaku di Tunisia dan Mesir sebagai pembuka mata dan pembuka hati agar kebangkitan rakyat ini menjadi teladan dan sempadan untuk kita segerakan pemulihan demokrasi Negara dengan tenang dan penuh bijaksana.
Semoga Tunisia dan Mesir kembali Tenang dengan kuasa rakyat dan demokrasi sebenar.

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib-presiden PKR.

 Alahai Nurul,...


Adakah anda mahu rakyat Malaysia merusuh lagi seperti yang berlaku pada 98 dengan berlakunya reformasi ?.
Tahukah anda penyebab utama berlakunya rusuhan di sana ?.
Di Mesir berlakunya rusuhan adalah kerana Hosni Mubarak mahu melantik anaknya menjadi timbalannya supaya tradisi kuku besi yang diperintah kaum keluarganya berterusan. Disamping pengganguran yang semakin bertambah. Ini tidak terjadi di Malaysia..
Di Singapura juga boleh dikatakan pemerintahan kuku besi, ini kerana Lee Kuan Yew telah melantik anaknya menggantikan tempat Goh Chok Tong [ GCT hanya sementara menjadi PM sehingga anak LKY  iaitu LHL bersedia menjadi PM ].

Tetapi adakah perkara ini berlaku di malaysia ??. Di dalam kerajaan Barisan Nasional tidak berlaku perkara seperti ini, tetapi di dalam Pakatan Kian Runtuh memang jelas berlaku. Anuwar iaitu papa saudari, melantik dirinya sendiri sebagai ketua umum yang membuat semua keputusan yang dinasihatkan oleh Azmin iaitu kekasih terangannya yang memegang jawatan timbalan presiden. Wan Azizah pula iaitu mama saudari sebagai presiden parti yang tidak boleh membuat keputusan.


Satu keluarga didalam parlimen dan parti boleh la dikatakan juga Parti Keluarga Rakus.
DAP pun sama juga denga bapa dan anak dialam parti dan parlimen serta memegang jawatan tinggi didalam parti.


Jadi sebenanya apakah maksud saudari ??. Jangan asyik terlalu menyalahkan pihak lain, pandanglah pada diri sendiri. Apa perjuagan saudari untuk agama, bangsa dan negara.. Adakah dengan pergi keluar negara dan memburukkan negara sendiri boleh di panggil perjuangan ?.


Rakyat sudah sedar Pembohongan PKR, malahan orang kuat parti yang sanggup ditahan ISA kerana reformasi sudah pun meninggalakn parti  dan ramai lagi yang telah keluar kerana sudah tiada Keadilan di dalam PKR.


Fikirkanlah dengan akal yang waras dan iman yang teguh..
Baik Nurul jadi penyanyi, boleh lawan Ana Raffali he he he..

No comments:

Post a Comment