bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

09 February 2011

KERAJAAN MEMBAZIR WANG RAKYAT ?


Betul ke kerajaan membazir wang rakyat wahai Tony Pua ke ?. Bagaimana plak dengan kerajaan Selangor yang menggunakan duit untuk tolong rakyat selangor. Oppsss silap, untuk tolong wakil rakyat yang dituduh menghina Sultan ? dan juga menggunakan duit rakyat untuk demo dekat masjid negara ?.

Kalau tidak tahu apa - apa tentang pertahanan jangan sibuk hendak tunjuk hero, sekarang sudah ramai bloger memperincikan apa yang Pua dedahkan adalah pembohongan dan menunjukkan kebodohan diri sendiri antaranya sini, sini dan sini.

HMNZS Wellington F69

Ini ke yang Pua maksudkan OPV milik New Zealand ?. Ini adalah OPV milik New Zealand dengan nama HMNZS Wellington (F69),  jika OPV macam ini kita di Malaysia sudah ada 6 buah iaitu Kelas Kedah iaitu KD KEDAH F171, KD PAHANG F172, KD PERAK 173, KD TERENGGANU F174, KD KELANTAN F175 dan KD SELANGOR F176.

KD PERAK F173

Tapi apa yang TLDM ingin beli adalah LCS iaitu Litoral Combat Ship bukanya OPV Offshore Patrol Vessel, dah nama pun tak sama tentulah ciri dan kegunaan pun berlainan dan harganya sudah pasti lagi mahal kerana lebih canggih.

USS FREDOM milik Amerika

USS FREDOM adalah LCS dan kapal ke tiga yang dinamakan didalam perkhidmatan US Navy, kapal seperti inilah yang ingin di beli oleh TLDM.
Menurut Pua harga kapal ini pada 2004 adalah USD 300 juta ( RM 913 juta ) tetapi apa yang Pua tidak bagitahu ataupun tidak tahu adalah harga akhir kapal tersebut apabila sudah siap menjadi sekali ganda sebanyak USD 637 juta ( RM 1.93 Billion ).
Sekarang nie tahun berapa dah ??. Harga barang makin turun ke ?, itu tak kira lagi bajet tambahan.
Perlu diingat, pembelian kapal tersebut bukan saja beli tetapi dengan perpindahan teknologi. Kalau beli dengan amerika memang jangan harapla diorang nak jual sekali teknologi mereka.

Memang dasar tak guna, kau nie spy Singapore ke ?, apa Singapore jeles ke bila tahu Malaysia nak beli kapal baru jadi cucuk kau supaya bangkitkan isu ini. Maafla kenyataan kau ini takan dilayan punya.
Membazir kerajaan dan TLDM layan baik buat persiapan untuk menerima kapal baru.


TLDM
Menjaga Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Malaysia

No comments:

Post a Comment