Peh hebat betul kenyataan Presidan BAM yang baru nie. Dia nie hebat sangat ke ?. Mengikut kenyataan Utusan, klik sini beliau pernah menjadi juara didalam acara perseorangan dan juga beregu. Namun adakah kejuaraan yang dimilikinya itu lebih hebat lagi dari apa yang Rashid miliki ?. Berapa banyak pula pemain yang dilatihnya hingga berjaya membawa pulang pingat ?. Sampai sanggup keluarkan kenyataan bahawa Rashid Sidek tidak sehebat mana.
Hebat mana yang dimaksudkan tu ?. Sebagai seorang pemain atau jurulatih ?. Jika sebagai seorang pemain, kita memang sudah tahu kehebatan Rashid. Piala Thomas, pingat gangsa olimpik dan bermacam lagi, adakah itu dikatakan tidak hebat ?. Bagaimana pula sebagai jurulatih ?. Memang anak didik Rashid belum ada yang boleh dibanggakan, namun kita tidak boleh menyalahkan jurulatih 100%. Kita tidak pasti sekiranya didalam latihan ada campurtangan pihak atasan atau individu yang dilatih itu sendiri samada memberikan 100% tumpuan atau hanya sekadar menghadirkan diri ?.
Apalah nasib BAM pada masa akan datang. Yang boleh dibanggakan sekarang hanyalah Lee Chong Wei, malah hanya tinggal berapa tahun saja LCW boleh bertahan. Kita tunggu dan lihat adakah Mahaleel boleh membuat perubahan dan melahirkan jurulatih dan pemain yang hebat atau pencapainnya lebih teruk lagi dari zaman pimpinan Nadzmi ?.
No comments:
Post a Comment