bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

12 August 2011

ALAHAI NURUL IZZAH 3


Alahai Nurul, bila kau buka je mulut hentam orang la maka ianya akan balik semula ke muka engkau. Nasib la orang lembah pantai dapat wakil macam ini. Untuk lebih lanjut sila ke blog MY MASSA di sini

08 August 2011

HARAMJADAH 1.3


Gambar siapa kah ini ?. Mengikut keterangan yang boleh di percayai, inilah muka haramjadah yang menggelarkan dirinya Hajjah Sitt Al-Wuzara. Nampaknya usaha Hackers GaySec telah berjaya membongkar identiti si Sitt nie dan telah pun membuat laporan polis.

Kita tunggu je apa kesudahan nasib si Sitt ini, jangan pulak Menteri Amaran tidak memberi amaran tetapi nasihat je udah le...

Rujuk ke Blog Brojinggo dan Blog Tinggalkan Satu Peluru..
Fb Hackers GaySec

05 August 2011

HARAMJADAH 1.2


Nampaknya selepas laman wodpressnya di blok oleh kerajaan, makcik gila nie bertwiter plak, namun ada sumber mengatakan akan dapat menjejaki siapa makcik ini sebenarnya.


 

Menurut sumber dia ni merupakan seorang wanita belia yang berasal dari keluarga campuran. Bapanya seorang mualaf Cina dan ibunya seorang Melayu. Pernah mendapat pendidikan di sekolah agama dan pernah juga melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Wajah graduan UUM ini boleh dikategorikan sebagai golongan cantik. Sayangnya, kecantikan anugerah Allah itu disalahgunakan untuk menghina Agamanya sendiri.

Aku dapat dari blog Siasah Kini...

BERBUKA DI GEREJA..


Apakebende la si Khalid nie jadi MB Selangor, duk kalut minta maaf kat pastor gereja kerana 'diserbu' oleh JAIS dan Polis gara-gara ada orang islam berbuka di sana. Dh memang terang la salah, gereja tu tempat ibadat orang kristian, yang sibuk nak berbuka kat sna wat apa ?.

Menurut DARUL EHSAN TODAY majlis tersebut diadakan pada pukul 2200hrs, berbuka apa jadahnya pada waktu tersebut ?. Ke siap wat terawih kat gereja ?. Kat surau dan masjid yang banyak dah tentu ada buat solat terawih dan dah tentu ada moreh, melantak je la kt sana yang gatal pungkok nak jugak gi ke gereja wat pe.

Memang kuar ajar betul, di bulan yang mulia ini diadakan majlis sedemikian rupa, ini bukan majlis berbuka tapi majlis percubaan untuk memurtadkan orang islam.

Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang mempunyai kenalan rapat dengan Khalid Samad MP Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor memaklumkan majlis berbuka puasa di gereja malam semalam setujuan daripada Menteri Besar Selangot.

Paderi Daniel Ho mengutuk keras tindakan JAIS menyerbu majlis yang telah direstui oleh pemimpin Negeri.
 
Kalau dah nama semangat 1Malaysia, kena la prihatan kepada pengunjung orang islam, buat la ditempat yang terbuka. Kalau nak buat di gereja jemput la penganut kristian saja tak perlu la jemput orang islam sekali. Jangan nak menipu la, cakap je korang wat majlis memurtadkan orang islam, tapi bila dah kantol pandai la korang spin balik.

01 August 2011

MV OCEANIA BERLANGAR DENGAN MV XIN TAI HAI


JOHOR BAHRU 30 Julai - Seramai 23 kru kapal MV Oceania terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila karam setelah berlanggar dengan kapal MV Xin Tai Hai di kedudukan lapan batu nautika (14.4 kilometer) Barat Daya Pulau Pisang, Pontian di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, semua mangsa terpaksa menyelamatkan diri dengan berhimpit-himpit menaiki dua rakit penyelamat selama dua jam.
Mereka kemudian diselamatkan oleh sebuah kapal dagang MV Ikaruga yang kebetulan melalui laluan tersebut sebelum kesemuanya dibawa ke Singapura.
Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, kedua-dua kapal itu didaftarkan di Malta dan Panama dan dalam perjalanan ke Singapura.

"Berdasarkan maklumat diterima, kapal MV Oceania berada di hadapan MV Xin Tai Hai. Bagaimanapun MV Oceania dikatakan tiba-tiba memperlahankan kelajuan dan menyebabkan MV Xin Tai Hai tidak dapat mengelak lalu melanggar MV Oceania.

"Difahamkan, MV Xin Tai Hai meneruskan pelayaran selepas pelanggaran dan bersauh di kedudukan 1.5 batu nautika (2.7 kilometer) di selatan Tanjung Piai dan kapal MV Oceania pula tenggelam pada pukul 12.30 tengah malam tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pukul 11.50 malam sebelum menggerakkan dua bot Maritim Malaysia iaitu Petir 51 dan Kilat 18 ke lokasi terbabit.
Tambahnya, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan dan sebuah bot Maritim Malaysia ditempatkan di lokasi bagi memantau keselamatan kapal-kapal lain yang melalui kawasan berkenaan.

Sumber UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Komen:-

Tiba - tiba memperlahankan kelajuan, nie yang musykil nie. Macam mana boleh tiba - tiba pulak ?. Ada berek ke pada kapal tu. Mesti kapal di hadapan memperlahankan kelajuan atau dengan kata lain reduce speed dengan menggurangkan RPM. Mungkin pegawai kapal dibelakang tidak monitor pergerakan kapal tersebut pada radar dan apabila sudah terlalu dekat baru perasan yang kapal di hadapan semakin perlahan, apabila mengelak tetap berlaku pelanggaran.

Pegajaran buat semua watch keeping officer dan assitant watch keeping, nyawa krew lain dan harta kompeni terletak pada bahu anda...

31 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Ramadhan menjelma lagi, maka seluruh umat islam wajib menunaikan rukun islam yang ke empat.. Amal ibadah perlu ditingkatkan, kurangkan dosa lebihkan pahala.. Politik - politik jugak, tapi kena la kurangkan ceramah politik untuk elak kurangkan dosa, baik lebihkan ceramah agama baru tambah pahala.

Tapi jangan pulak ada yang berbuka dan bersahur di kelab malam pulak ye, maklumla ada negeri yang membenarkan kelab malam beroperasi seperti biasa, ada yang bagi syarat orang islam tidak boleh masuk sepanjang bulan yang mulia, tapi dorang tidak tau ke, yang jadi bonsor melayu, yang jadi jaga melayu, yang jadi GRO pun melayu, pelangan lagi la ramai melayu, cuma tauke je bukan melayu. Baik la tutup terus dari membiarkan maksiat berlaku.

Sebelum berkuasa bukan main lagi berkokok, bila sudah dapat, lain pulak jadinya, baru kena sergah dah terkencit tidak berani nak melawan.

'Ngata Dulang Paku Serpih'
'Ngata Orang Dia Yang Lebih'

Apapun Selamat Menyabut Bulan Ramadhan,..

12 July 2011

BERSIH YANG KOTOR 2.0

 Lakonan hebat pelakon undangan...

Memang hebat betul demo BERSIH kali nie, macam - macam watak ada, ada yang jadi Sabu Wilchair, ada yang berbalut leher padahal pada mulanya yang sakit kepala. Sampaikan kematian pun dibohongi jugak, nauzubillah.. Malas nak komen panjang dengan puak yang RAJA SEGALA PEMBOHONG nie, elok klik PAPA GOMO untuk baca lebih lanjut.

Al Fatihah buat Arwah Baharuddin Ahmad yang kembali ke rahmatullah setelah diserang sakit jantung semasa menghadiri perhimpunan haram BERSIH. Semoga dosanya diampuni Allah swt dan di tempatkan di dalam golongan orang yang beriman amin.

09 July 2011

BERSIH YANG KOTOR


BERSIH telah menjadi KOTOR dan kepada Reformasi ( sila klik ), jadi tidak timbul berdemo untuk meminta SPR menerima tuntutan Bersih tetapi telah menjadi medan untuk memperjuangkan al - juburi yang akan membela diri di mahkamah pada 13 julai nanti.
Maka bertempur la si banggang dengan FRU dan di sambut dengan  bom asap semburan semburan air. Suka bebenar gamaknya dapat main air percuma.








Tahniah kepada PDRM kerana dapat mengawal situasi dan telah melakukan tindakan awal dengan menjalakan sekatan jalan dari semalam lagi dan menangkap secara rambang sesiapa yang terlibat serta tidak lupa juga menangkap para pemimpin yang turut serta.

Pemimpin PATRIOT juga tidak ketinggalan di tangkap termasuk KJ sekali. Jumlah tangkapan setakat 1530 seramai 924 dimana 875 lelaki dan 49 perempuan.






Tetapi ada plak pemimpin yang satu nie di bawa ke hospital sampai nak kena wat scan lagi kerana mengalami kecederaan serius. Ish ish ish, xda sapa nak kesian kt al - juburi oii, 1 Malaysia dah tau anda pelakon terbaik, lakonannya sungguh hebat sehingga menyapu BERSIH kesemua katogeri yang di pertandingkan..


 Lakonan Papa Hebat memang hebat ha ha hak ptui.

Gambar di cekup dari pelbagai blog dan dari blog pinkturtle sini, sini, sini dan sini.
Ini bukan kezaliman polis terhadap rakyat, tetapi rakyat yang Bodoh, Bebal, Banggang, Bonggok, Senggal yang menzalimi diri mereka sendiri kerana terlalu Pandai mengikuti demotrasi memperjuangkan si peliwat tegar.

Bila ditahan mendapat layanan istimewa lagi dari pihak polis.



 

 Gambar dari FB PDRM

Pada 1840 jumlah tangkapan adalah 1667 dimana 1500 lelaki 151 perempuan dan 16 kekanak.

09 June 2011

PENJELASAN TENTANG 4 ORANG SAKSI


“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga”: Hj Hadi, Muktamar Tahunan PAS kali ke -57

Jika inilah peganganya, ramai la kaki zina dan liwat merancakkan aktiviti mereka dan tentunya perogol juga tidak melepaskan peluang yang ada kerana apabila ingin dilakukan pertuduhan perlu ada 4 orang saksi. Bukan senang nak cari 4 orang saksi ketika berlaku perzinaan tersebut. Maka Islam akan di cop tidak adil pada penganutnya kerana tidak dapat membela mangsa yang telah dinodai.

Inikah Islam yang igin dibawa oleh PAS ??.

PAS juga sudah mengubah matlamat perjuagan kepad Negara Islam dan hukum hudud kepada Negara Berkebajikan yang rasanya Kerajaan BN sekarang sudah pun melaksanakan kebajikan rakyat dengan baik walaupun tidak sempurna seluruhnya, kerana setiap perkara ada kelemahan dan halangan yang perlu di perbaiki.

Benar seperti kata Tun Mahathir. " Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan ".

Parti Ajaran Sesat yang telah hilang arah perjuangan.

03 June 2011

ADINDA HEBAT


Hebat budak nie, betul orang dulu berkata Berani Kerana Benar tetapi keberaniaanya kerana termakan persoalaan bekas pakwenya membuktikan yang dirinya Berani Tetapi Bodoh. Tidak perlu la menyalahkan orang lain kenapa diri sendiri disalahkan, silap anda jugak kerana memberitahu seluruh dunia tentang status dara anda.

Mungkin benar ramai budak - budak di bukit bintang yang sudah tiada dara tetapi adakah kerana itu maka ianya perlu jadi ikutan ?. Tidak bolehkah difikirkan dengan waras apakah akibatnya di masa akan datang ?.

Anda masih muda dan anda juga berkata bahawa perjalan anda masih panjang, namum tahu ke ajal anda bila ?. Ajal maut tidak kira usia dan kita tidak tahu bila datangnya.

Kalau rasa terseksa sila banyakkan amal ibadat dan bukanya makin melakukan perkara yang dilarang Islam. Anda juga kata hanya bukan Islam di dalam ic, jadi buktikanya dan yang paling mudah berpakaian la menutup aurat.

:- komen blog tinggalkan satu peluru mengenai budak ini sini dan sini.
:- blog adinda BKB dan BTB di sini.

Kalau la BABI seberani macam adinda, dah tentu senang kerja hakim dan sekarang nie sudah mengginap pun di Buloh Inn............