bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

18 October 2013

PENJELASAN MENGGENAI KALIMAH ALLAH S.W.T


Salam 2 all.

Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.
Semuanya akibat mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah mensyirikkan dan mengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.
Antara isu dan persoalan yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah seperti berikut:

1. 'Arab kristian dah lama pakai!

Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.
Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.

Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: الله
Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:
Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.

Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?
Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.
Tetapi bila melihat tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

Bahasa Melayu membezakan 'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.
Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.

Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu:  الله
Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'.
Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.

Itulah perbezaannya. Ini namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.
Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!

Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad.
Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.
Untuk bacaan seterusnya sila ke :-

03 October 2013

TAHNIAH KERANA AKTA PENCEGAH JENAYAH DILULUSKAN


Semalam, ahli parlimen berbahas sehingga awal pagi hanya kerana ingin meluluskan akta pencegahan jenayah yang akhirnya diluluskan dengan 116 menyokong manakala 99 menentang. Selepas ini pihak berkuasa sudah mendapat kembali taringnya, maka bertambah gusarlah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah.

Namun apa yang agak dikesalkan adalah bekas menteri KDN tidak hadir diparlimen, rupanya sibuk berkempen untuk PAU akan datang, sapa lagi jika bukan hisamuddin ckmm. Nampaknya agenda diri sendiri lebih penting dari agenda keselamatan negara. Macam ini ke pemimpin yang perlu disokong pada PAU nanti ?.

Harap pihak perwakilan berfikirlah dengan waras siapa yang akan dipilih nanti. Pilihlah pemimpin yang mengutamakan perjuagan agama bangsa dan negara, bukanya pemimpin yang mengutamakan perut sendiri saja.

Untuk lebih lanjut sila ke:-

theflyingkick.blogspot.com
pendekarawang1.blogspot.com
khairulryezal.blogspot.com

SIAPA DIA OMAR ONG ???.


Apa yang istimewa sangat mamat nie ?. Apa yang telah dia buat sampai bloger the unspinner marah sangat. Sila klik link dibawah untuk lebih lanjut.

Kisah pembatalan ISA
Kisah CEO baru FGV
Kisah Trojan Horse DAP
Kisah Petronas

02 October 2013

DANGA BAY BERMASAALAH ??.


Apa masaalahnya dengan danga bay nie ?. Apa yang istimewa sangat sampai ditegur dalam laporan audit 2012 bagi Kerajaan Johor ?. Nak tahu lebih lanjut boleh la ke:-

dtenggara.blogspot.com

22 September 2013

KRITERIA YANG WAJIB ADA PADA PEMIMPIN YANG AKAN DIPILIH NANTI


Kepada hampir 148 ribu pemilih yang bakal menentukan pemimpin UMNO kelak, tolong gunakan sepenuhnya AKAL yang ALLAH SWT kurniakan untuk memilih pemimpin yang mempunyai kriteria penting seperti dibawah ini :- 

1) Mementingkan urusan dan maruah agama islam.

2) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan islam.

3) Mementingkan urusan dan kepentingan melayu bumiputra.

4) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan bangsa melayu bumiputra.

5) Keputusan dan pendirian politik hendaklah berlandaskan kepada 2 perkara sahaja. YES OR NO.

6) Pemimpin yang dipilih hendaklah tiada mengalami masalah takut, ragu-ragu dan tiada banyak mengamalkan keputusan BISEXSUAL DECISION. biseksual decision itu dimengertikan sebagai pemimpin yang takde pendirian dan takut hilang undi. tiada jati diri dan keyakinan diri. pemimpin kriteria ini WAJIB ditolak. 

7) Pemimpin ini wajar mengutamakan hak dan dasar kepada kepelbagaian kelompok melayu dalam malaysia. melayu bukan sekadar dalam felda,felcra dan kakitangan kerajaan sahaja. sebaliknya kelompok melayu terbanyak sebenarnya berada di kawasan pinggiran dan bandaran yang pada saat ini sedang bertarung hebat dalam sosio ekonomi dan sosialnya.

Baca seterusnya di :-

21 September 2013

SAMBUTAN ULANG TAHUN ATM DAN PENAMAAN CALON UNTUK PAU



Sekitar sambutan hari Angkatan Tentera Malaysia ke 80 di dataran merdeka pagi tadi.

Untuk gambar selebihnya sila ke :-



Majlis penyerahan borang bagi Pemilihan Agung UMNO oktober nanti

Untuk gambar selebihnya sila ke :-

RASHID SIDEK TIDAK HEBAT PUN..


Peh hebat betul kenyataan Presidan BAM yang baru nie. Dia nie hebat sangat ke ?. Mengikut kenyataan Utusan, klik sini beliau pernah menjadi juara didalam acara perseorangan dan juga beregu. Namun adakah kejuaraan yang dimilikinya itu lebih hebat lagi dari apa yang Rashid miliki ?. Berapa banyak pula pemain yang dilatihnya hingga berjaya membawa pulang pingat ?. Sampai sanggup keluarkan kenyataan bahawa Rashid Sidek tidak sehebat mana.

Hebat mana yang dimaksudkan tu ?. Sebagai seorang pemain atau jurulatih ?. Jika sebagai seorang pemain, kita memang sudah tahu kehebatan Rashid. Piala Thomas, pingat gangsa olimpik dan bermacam lagi, adakah itu dikatakan tidak hebat ?. Bagaimana pula sebagai jurulatih ?. Memang anak didik Rashid belum ada yang boleh dibanggakan, namun kita tidak boleh menyalahkan jurulatih 100%. Kita tidak pasti sekiranya didalam latihan ada campurtangan pihak atasan atau individu yang dilatih itu sendiri samada memberikan 100% tumpuan atau hanya sekadar menghadirkan diri ?.

Apalah nasib BAM pada masa akan datang. Yang boleh dibanggakan sekarang hanyalah Lee Chong Wei, malah hanya tinggal berapa tahun saja LCW boleh bertahan. Kita tunggu dan lihat adakah Mahaleel boleh membuat perubahan dan melahirkan jurulatih dan pemain yang hebat atau pencapainnya lebih teruk lagi dari zaman pimpinan Nadzmi ?.



NILAI MELAYU HANYA 5 SEN..


Itulah nilai melayu didalam DAP, rendah sungguh nilainya. Rasanya paling sesuai melayu didalam DAP tiada nilai lansung, satu sen pun tak laku. Sudah terangan DAP itu parti perkauman hanya untuk bangsa cina, yang melayu hidung tak mancung pipi tersorong sapa suruh.

Saya percaya dan yakin, sekiranya satu masa nanti LKS telah tiada dan begitu juga LGE. DAP tetap parti perkauman, kerana itulah perjuangan mereka. DAP memang selamanya parti perkauman yang hanya untuk bangsa cina saja.

Untuk kupasan lanjut sila ke :-
antarapos.com

19 September 2013

ANTARA PENDEDAHAN DINASTI LIM DAP

 

Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.
 
Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
 
Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.
 
Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
 
Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.
 
i)              Cawangan sijil A
ii)            Cawangan sijil B 
 
Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.
 
Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.
 
Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.
 
Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.
 
Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
 
Baca seterusnya di :-

Semakin panas nampaknya isu dalaman DAP nie, kita saksikan saja apa kesudahannya nanti..

05 September 2013

KENAIKAN HARGA MINYAK, PENCACAI DITIPU PENIPU ??.


Manusia yang bernama Rafizi nie memang penipu ke ?. Kalau tidak kenapa fakta yang diberikan tidak menyeluruh ?.

Nak tahu lebih lanjut sila ke :-
novandri.blogspot.com

Untuk kupasan yang menarik mengenai pengurangan subsidi minyak sila ke :-
maelpengerang.blogspot.com

31 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KALI KE 56


Jika tahun sebelumnya ada pihak yang tidak sedar diri dan terlalu bodoh sehingga tidak boleh diajar ingin menukar Jalur Gemilang dengan bendera yang lain, klik sini. Pada tahun ini sekali lagi ada pihak yang pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar ingin mengantikan Jalur Gemilang dengan bendera yang baru.


Mengikut penjelasannya di sini, bendera ini secara rasminya dikibarkan pada tahun 17 mac 1948 ketika kongres Islam di gunung semanggol. Tetapi mengapa mempunyai 12 bintang, sedangkan pada tahun tersebut Malaysia yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari 11 buah negeri iaitu 9 negeri negeri melayu yang mempunyai Sultan dan Yang DiPertuan Besar [ Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang ] serta Pulau Pinang dan Melaka. Rujuk Sini.


Jadi apa motifnya 12 bintang itu ??.


Kalau penjelasan pada print screen diatas memang 100% boleh diterima. Maklumlah syiah nie sebenarnya memang sudah lama bertapak didalam bumi Malaysia, cuma baru - baru ini sahaja kesesatan syiah telah diketahui umum. Kenapa 12, kerana syiah begitu mengagungkan 12 orang imam mereka.

12 orang imam syiah

Didalam syiah rukun Islam mereka sama juga seperti rukun Islam ASWJ tetapi Mengucap Dua Kalimah Syahadah telah digantikan dengan wilayah. Wilayah itulah 12 imam yang mereka agungkan melebihi dari Allah S.W.T. Sebab tu syiah nie bukan Islam, kerana mereka sudah tidak Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Sekiranya mereka berkata masih lagi mengucap, itu bermakna mereka berbohong dan berbohong itu wajib bagi puak syiah ini. Nak tahu dari mana sumbernya, sila lihat penjelasan Ustaz Nasim ini.


Ramai rupanya rakyat di Malaysia ini yang belum Merdeka, dijajah oleh pemikiran dan fahaman ajaran sesat.

MALAYSIAKU BERDAULAT :  TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
MERDEKA !!
MERDEKA !!
MERDEKA !!