Saya telah menerima sebuah e-mel seperti dibawah:-
30 JAN - Kebangkitan rakyat adalah seperti satu tsunami yang tidak dapat dihalang.
Kebangkitan rakyat adalah menzahirkan jeritan batin akibat “dijajah”
di negara sendiri yang sudah melepasi faktor ketakutan kepada kerajaan
yang memerintah dengan penggunaan jentera propaganda dan jentera
keselamatan berbekalkan gas pemedih mata, meriam air berkimia, peluru
getah atau pukulan belantan yang hanya berfungsi untuk menyelamatkan
atau mempertahankan kepentingan golongan pemerintah, bukannya rakyat.
Politik ketakutan bertukar menjadi politik harapan untuk demokrasi
sebenar dan bukan demokrasi palsu yang menyekat serta memenjara aspirasi
dan hak rakyat untuk hidup didalam kemerdekaan.
Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang Tenang dahulu bangkit?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya kepimpinan
Negara tidak korup, tidak zalim serta tidak “membunuh” jiwa dan raga
satu atau beratus atau beribu insan biasa di jalanan , di penjara atau
di kawasan terpencil?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak berlaku sekiranya kekayaan Negara
diagih secara adil dan bukan dicuri untuk keluarga dan kroni melalui
projek mewah, pembelian harta kerajaan berharga tinggi, monopoli
perniagaan, komisyen besar tanpa melibatkan keringat sebaliknya menerusi
penswastaan harta rakyat yang merugikan? Mungkinkah kebangkitan ini
tidak akan berlaku seandainya wanita pertama menjadi “ibu” kepada semua
dan bukan menganak-tirikan serta melarikan jongkongan emas milik rakyat?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya khazanah
Negara mereka digunakan untuk meringankan beban hidup akibat kos yang
meningkat dengan tidak memotong subsidi rakyat sedangkan subsidi
peniagaan kroni diteruskan?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya golongan
elit hidup mewah diluar kemampuan dengan rumah ibarat istana, kenderaan
ibarat pendati emas dan perbelanjaan melampau ibarat menghidupkan syurga
di dunia yang disaksikan rakyat yang semakin hari dimiskinkan?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya hak bersuara
termasuk kebebasan media sebagai pengimbang kuasa dan saluran suara
demokrasi rakyat tidak disekat?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pemimpin
Negara bersedia mendengar keluhan rakyat dan berdebat secara terbuka
untuk mencari cara terbaik membangunkan ekonomi Negara untuk
kesejahteraan rakyat?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya
pengisytiharan darurat seperti yang wujud di Mesir selama 30 tahun telah
dimansuhkan?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya proses
pilihanraya tidak dimanipulasikan secara terang-terangan untuk demokrasi
palsu melalui penipuan dan sogokan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak
akan berlaku seandainya Negara kuasa besar ikhlas menggunakan piawaian
demokrasi sebenar untuk menilai Negara-negara ini tanpa memberikan
subsidi ketenteraan yang sebenarnya digunakan untuk “memerangi” rakyat
dan bukan untuk kegunaan pertahanan ancaman luar?
Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya Demokrasi mereka dipulihkan?
Rakyat Tunisia dan Mesir sudah tidak takut lagi.
Memang benar kata-kata Thomas Jefferson; bila rakyat takut kepada
kerajaan, itu adalah penindasan tetapi sebaliknya apabila kerajaan takut
(hormat) rakyat, itu adalah kemerdekaan!
Marilah kita memikirkan apa yang dapat dipelajari daripada peristiwa
yang sedang berlaku di Tunisia dan Mesir sebagai pembuka mata dan
pembuka hati agar kebangkitan rakyat ini menjadi teladan dan sempadan
untuk kita segerakan pemulihan demokrasi Negara dengan tenang dan penuh
bijaksana.
Semoga Tunisia dan Mesir kembali Tenang dengan kuasa rakyat dan demokrasi sebenar.
* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib-presiden PKR.
Alahai Nurul,.
..
Adakah anda mahu rakyat Malaysia merusuh lagi seperti yang berlaku pada 98 dengan berlakunya reformasi
?.
Tahukah anda penyebab utama berlakunya rusuhan di sana ?.
Di Mesir berlakunya rusuhan adalah kerana Hosni Mubarak mahu melantik
anaknya menjadi timbalannya supaya tradisi kuku besi yang diperintah
kaum keluarganya berterusan. Disamping pengganguran yang semakin
bertambah. Ini tidak terjadi di Malaysia..
Di Singapura juga boleh dikatakan pemerintahan kuku besi, ini kerana
Lee Kuan Yew telah melantik anaknya menggantikan tempat Goh Chok Tong [
GCT hanya sementara menjadi PM sehingga anak LKY iaitu LHL bersedia
menjadi PM ].
Tetapi adakah perkara ini berlaku di malaysia ??. Di dalam kerajaan
Barisan Nasional tidak berlaku perkara seperti ini, tetapi di dalam
Pakatan Kian Runtuh memang jelas berlaku. Anuwar iaitu papa saudari,
melantik dirinya sendiri sebagai ketua umum yang membuat semua keputusan
yang dinasihatkan oleh Azmin iaitu kekasih terangannya yang memegang
jawatan timbalan presiden. Wan Azizah pula iaitu mama saudari sebagai
presiden parti yang tidak boleh membuat keputusan.
Satu keluarga didalam parlimen dan parti boleh la dikatakan juga Parti Keluarga Rakus.
DAP pun sama juga denga bapa dan anak dialam parti dan parlimen serta memegang jawatan tinggi didalam parti.
Jadi sebenanya apakah maksud saudari ??. Jangan asyik terlalu
menyalahkan pihak lain, pandanglah pada diri sendiri. Apa perjuagan
saudari untuk agama, bangsa dan negara.. Adakah dengan pergi keluar
negara dan memburukkan negara sendiri boleh di panggil perjuangan ?.
Rakyat sudah sedar Pembohongan PKR, malahan orang kuat parti yang
sanggup ditahan ISA kerana reformasi sudah pun meninggalakn parti dan
ramai lagi yang telah keluar kerana sudah tiada Keadilan di dalam PKR.
Fikirkanlah dengan akal yang waras dan iman yang teguh..
Baik Nurul jadi penyanyi, boleh lawan Ana Raffali he he he..