13 February 2011

ALAHAI NURUL IZZAH 2


Sudah tiada isu, jejantas pun jadilah, alahai.....

Dulu bawa isu sampai ke Indonesia, dah tu negara sendiri diburukkan, sekarang nie cari pulak isu lain untuk memburukkan kerajaan,. Asyik buruk je kerajaan tiada yang baik langsung ke ?.

Lihat dakwaan Nurul disini dan disini, nampaknya Nurul telah menghantar bola tanggung kepada Datuk Raja Nong Chik dan dibalas dengan pukulan kencang yang tidak dapat dibalas semula disini..

Nanti besok cari isu lain ye, hari - hari ada isu baru popular semula..

12 February 2011

HARI KEKASIH PERLU DI SAMBUT ?.


Memang tepat apabila JAKIM melancarkan kempen Anti Hari Kekasih,.
Sambutan hari kekasih tidak ada apa makna pun dan jika tidak disambut tidak pun merugikan.
Kenapa orang Melayu sekarang sibuk nak ikut budaya yang tidak mendatangkan faedah ?.
Adakah kerana semakin maju maka pemikiran semakin sempit untuk menilai yang mana satu benar dan salah dan tidak berfaedah.

Klik sini dan sini dan untuk mengetahui sejarah valentine's day.

POLITIK KOTOR ANUWAR

 Sewaktu lakonan berjalan lancar

Klik sini ye...

09 February 2011

KERAJAAN MEMBAZIR WANG RAKYAT ?


Betul ke kerajaan membazir wang rakyat wahai Tony Pua ke ?. Bagaimana plak dengan kerajaan Selangor yang menggunakan duit untuk tolong rakyat selangor. Oppsss silap, untuk tolong wakil rakyat yang dituduh menghina Sultan ? dan juga menggunakan duit rakyat untuk demo dekat masjid negara ?.

Kalau tidak tahu apa - apa tentang pertahanan jangan sibuk hendak tunjuk hero, sekarang sudah ramai bloger memperincikan apa yang Pua dedahkan adalah pembohongan dan menunjukkan kebodohan diri sendiri antaranya sini, sini dan sini.

HMNZS Wellington F69

Ini ke yang Pua maksudkan OPV milik New Zealand ?. Ini adalah OPV milik New Zealand dengan nama HMNZS Wellington (F69),  jika OPV macam ini kita di Malaysia sudah ada 6 buah iaitu Kelas Kedah iaitu KD KEDAH F171, KD PAHANG F172, KD PERAK 173, KD TERENGGANU F174, KD KELANTAN F175 dan KD SELANGOR F176.

KD PERAK F173

Tapi apa yang TLDM ingin beli adalah LCS iaitu Litoral Combat Ship bukanya OPV Offshore Patrol Vessel, dah nama pun tak sama tentulah ciri dan kegunaan pun berlainan dan harganya sudah pasti lagi mahal kerana lebih canggih.

USS FREDOM milik Amerika

USS FREDOM adalah LCS dan kapal ke tiga yang dinamakan didalam perkhidmatan US Navy, kapal seperti inilah yang ingin di beli oleh TLDM.
Menurut Pua harga kapal ini pada 2004 adalah USD 300 juta ( RM 913 juta ) tetapi apa yang Pua tidak bagitahu ataupun tidak tahu adalah harga akhir kapal tersebut apabila sudah siap menjadi sekali ganda sebanyak USD 637 juta ( RM 1.93 Billion ).
Sekarang nie tahun berapa dah ??. Harga barang makin turun ke ?, itu tak kira lagi bajet tambahan.
Perlu diingat, pembelian kapal tersebut bukan saja beli tetapi dengan perpindahan teknologi. Kalau beli dengan amerika memang jangan harapla diorang nak jual sekali teknologi mereka.

Memang dasar tak guna, kau nie spy Singapore ke ?, apa Singapore jeles ke bila tahu Malaysia nak beli kapal baru jadi cucuk kau supaya bangkitkan isu ini. Maafla kenyataan kau ini takan dilayan punya.
Membazir kerajaan dan TLDM layan baik buat persiapan untuk menerima kapal baru.


TLDM
Menjaga Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Malaysia

08 February 2011

DAH AGAK DAH


Kali pertama melihat gambar ini, dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena pada mamat yang dalam bulatan. Dari wajahnya kelihatan ada sesuatu yang disembunyikan dan untuk kepentingan sendiri. rupanya memang betul sangkaan saya. Memang dasar pencacai PAS, ada saja idea untuk memburukkan kerajaan. Dasar memang tidak pernah berterima kasih. Itulah Islam yang diterapkan oleh PASesat.

Untuk lebih lanjut klik sini...

07 February 2011

GUAN ENG JILAT LUDAH SEMULA ??.


Siapakah yang keluarkan risalah tersebut ?.. Yang menggeluarkan risalah my balik pulau adalah rasis yang sebenarnya. Mereka menggunakan cara halus untuk meracuni pemikiran anak - anak supaya menerima sejarah ciptaan DAP dan melupakan sejarah yang sebenarnya..

Sungguh jahat cara mereka, dah la tu orang lain pulak yang hendak dipersalahkan. memang haramjadah punya pemimpin. Berani buat berani tanggung la oii.. Dah diri sendiri rasis nak tuduh orang lain pulak.

Tidak mengaku pulak kerajaan beliau yang menggeluarkan risalah tersebut,. Kalau bukan siapa yang keluarkan ?. Risalah itu ada dengan sendirinya ke ?. Siasat lah baru tahu siapa dalanganya. Hendak tahu siapa dalang dibalik risalah tersebut boleh buka blog novandri.blogspot part 1, part 2, part 3, part 4 dan blog sejarahmelayu.blogspot.

* Nak jadi macam orang putih, sudah ludah jilat semula, tapi ludah dekat mana tidak boleh bagitau, xxx.

04 February 2011

KRISIS MESIR, PAS SIBUK BUAT DEMO.


Apa punya haramjadah PAS nie, yang dok sibuk nak buat demo suruh Mubarak berundur buat apa.
Kalau PAS betul anak jantan, apa kata ramai - ramai pergi ke mesir dan buat demo kat sana, ajak sekali pelajar Malaysia yang menyokong PAS. Mesti lagi meriah, ini sikit - sikit buat dekat masjid, sapa yang nak tengok ??. Buat menyusahkan orang awam saja.

 

Kerajaan sibuk nak bawa keluar rakyat Malaysia tapi PAS sibuk wat demo, sibuk dok hentam kerajaan, tu je yang dorang tau.
* Al Baradei pun tajaan Amerika.. Keluar mulut buaya masuk mulut singa.
* Tapi ada berita ramai juga rakyat Mesir yang tidak suka Al Baradei, bagus la kalau macam gitu.