bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

28 March 2017

PERIHAL NASI LEMAK

* Gambar dari steemit.com

Terdapat pelbagai varisai nasi lemak dan juga cara untuk menjualnya. Telah banyak di tularkan di media sosial mengenai penjual nasi lemak. Jika dulu lagi yang paling popular adalah nasi lemak antarabangsa, di zaman belum ada lagi facebook, twitter, whatapp. Namun di zaman sekarang dengan kuasa tular, perlbagai gaya dan nama untuk melariskan jualan nasi lemak.

Antara yang popular nasi lemak anak dara,nasi lemak bujang, nasi lemak spiderman. Tidak kurang juga peniaga nasi lemak di tepi jalan yang di tularkan untuk orang ramai membantu perniagaan nya. 

Nama apa pun dan macam mana rasanya pun tidak kisah lah. Ianya mencari rezeki yang halal. Tetapi ada satu lagi peniaga nasi lemak yang di tularkan, peniagaanya halal namun caranya salah.


Tu dia, nasi lemak pondan. bangga pondan tu nasi lemaknya laku. Meniaga nasi lemak tu tak salah, malah bagus kerana pendapatan yang halal. Namun caranya tu, takut dari halal menjadi haram. Masyarakat kita pulak seolah tidak peka dengan isu pondan nie. Ramai yang mempertahankan tindakan pondan. walau macam mana sekalipun pondan itu tetap haram dan salah. Sekiranya jualan laris kerana nasi lemak yang sedap, tak perlu la di jaja nasi lemak pondan. Letak saja terus namanya yang telah diberikan kedua ibubapanya. Tetapi jika kerana title pondan, bagi saya itu sudah salah.
Pondan tidak diiktiraf di dalam Islam dan juga di negara kita, cuma segelintir masyarakat kita saja yang mengiktiraf nya.


Bangga ke bang dapat bergambar dengan pondan ??.

Lihat 2 gambar di atas, apa motif peniaga tersebut menunjukkan payudaranya, adakah beliau bangga sudah memiliki payudara dengan mengubah ciptaan tuhan. Adakah hasil pendapatan perniagaan nya nanti akan digunakan untuk membuang kemaluanya pula ??. Nauzubillah....

“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Jelas seksyen di atas menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh peniaga tersebut. Apatah lagi di dalam Islam.

Dalil pengharamnya
   
Perbuatan berlagak lelaki atau perempuan haram berdasarkan hadith,


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.


Begitu juga hadith,

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”


Begitu juga hadith,

عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَالمَرْأَةَ تَلْبِسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ.

Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)


Semakin ramai golongan pondan ini menonjolkan diri. Sudah la sekian lama ramai golongan ini bekerja sebagai make up artis, pereka fesyen, ada juga kerja sebagai menjahait baju, mak andam. Perniagaan yang dijalanakan itu tidak salah, tetapi caranya dan pemakaianya itu salah. Kamu lelaki, jadi lah lelaki. Percayalah, rezeki itu ada saja, kita perlu usaha mencarinya.

Tidak perlu hendak mempertikaikan  sapa saya sapa kita yang hendak menghukum, kerana sudah jelas ianya satu kesalahan.

Saya harap kepada kesemua pondan atau bapok yang ada di muka bumi malaysia ini bertaubat la, berubah lah jadi lelaki sejati semula sebelum terlambat.