bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

25 November 2014

MAHUKAH NAJIB BERUNDUR ???.

Wayang cina terangan.

Kerana jika suami Rosmah itu terus berada di takhta Presiden UMNO dan PM, selepas ini kerajaan akan:

1) HAPUSKAN AKTA HASUTAN kerana kerajaan Najib telah berjanji kepada golongan liberal sama ada di dalam atau di luar UMNO.

2) TANDATANGANI TPPA kerana hingga setakat ini pentadbiran Najib hanya membicarakan hal-hal positif saja mengenai jerat ekonomi dari USA itu.

3) SJKC TERUS DIPERKASAKAN kerana itu juga janji Najib kepada MCA.

4) BR1M AKAN DITERUSKAN walaupun terpaksa cekau duit cukai rakyat untuk diberi secara kurang terkawal dan kurang tepat kepada kelompok sasaran, bahkan ianya secara jangka pendek sahaja.

5) IMEJ SERTA KELAKUAN ROSMAH akan terus menjadi bahan modal bukan hanya pembangkang malah Melayu-Islam yang mendukung UMNO sendiri.

6) GOLONGAN LIBERAL dalam UMNO akan terus bermaharajalela terutama dalam kepimpinan sayap Pemuda UMNO kerana Najib tidak berhaluan kanan serta sering tekankan konsep kesederhanaan tafsiran para penasihatnya.

7) PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT NAJIB terus mempengaruhi keputusan kerajaan terutama dalam isu yang melibatkan kepentingan Melayu-Islam-Bumiputera dalam ekonomi serta sosial yang makin terancam dengan KETERBUKAAN kepada pihak asing.

8) SLOGAN 1 MALAYSIA akan terus menjadi duri dalam daging serta modal untuk golongan minoriti menuntut hak kesama-rataan yang akhirnya melanggar PERLEMBAGAAN NEGARA.

9) GAYA UCAPAN NAJIB dengan "irama" nadanya akan terus menghantui telinga-telinga kita yang mendengarnya. And frankly, it is SUCKS!

Diambil dari FB PAS & UMNO Bersatu.

 Komen saya pula..

1) Hapuskan Akta Hasutan. Najib sering berkata mendengar denyut nadi rakyat. Majoriti rakyat TIDAK MAHU Akta Hasutan DIHAPUSKAN. Jadi denyut nadi rakyat mana yang Najib dengar ??. Malah Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana pun tidak bersetuju dimansuhkan. Adakah Najib hanya mendengar pandangan punasihat pemandu disekeliling nya saja atau mendengar denyut nadi Pakatan Rakyat, rakyat juga kan.

2) TPPA. Mustahil tidak ada keburukannya, Amerika tidak pernah menghormati apa saja perjanjian yang telah dipersetujui. Telah banyak terjadi bahawa pihak Amerika melangar perjanjian. Didalam isu ini pula sudah pasti ada jerat yang telah terpasang untuk memerangkap Malaysia.

3) Yang lelain tu malas nak komen, takut terkeluar ayat yang tidak sedap dibaca pula.

4) PAU akan berlangsung, sudah pasti ada pak menteri yang kononya nak jadi wira Melayu, nak mempertahankan Islam di atas pentas. Bila abis je PAU, terus jadi melayu layu, terus jadi islam liberal.

08 November 2014

ADAKAH PONDAN BAKAL DIIKTIRAF ?.


Rasanya semua sudah tahu keputusam mahkamah rayuan terhadap isu lelaki berpakaian wanita. Hari ini diizinkan berpakaian seperti wanita, jadi adakah besok lusa dibenarkan pula menukar jantina terus.

Cuba baca penerangan dari Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia,

KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Berkaitan Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak berperlembagaan)

Bertarikh: 8 November 2014

Kepada semua media
Untuk Siaran Segera

PPMM berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti.

Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan sekyen tersebut tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut: 

“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu. PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan.

Pada kebiasaan hakim-hakim akan membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan mahkamah.

Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.

Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Trengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam.

Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna ‘precepts of Islam’ bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam.

Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.

Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.

Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam.

Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi). Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa.

Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk dipenuhi.

Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya.

Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain.

Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation). Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sesama sendiri.

Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambilkira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan.

Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

Memusnahkan strucktur asas ini akan mengakibatkan jatidiri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah.

Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.

PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan.

PPMM juga mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan itu. PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan “amicus curae” di dalam prosiding tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan di dalam rayuan tersebut.

PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak.

Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja.

Keputusan ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di negeri-negeri lain.

MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada undang-undang di negeri berkenaan.

PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya dalam perkara ini.

PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya.

Adzly Ab.Manas
Setiausaha Agung
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Jadi jika merujuk seksyen 66, memang jelas lelaki bersalah jika memakai atau menyerupai wanita, jadi memang pelik hakim boleh membenarkannya. Semakin hari semakin Malaysia menuju ke arah Liberal.

04 November 2014

SEKOLAH AGAMA SUDAH MULA DIPERSOALKAN


Sumber : http://www.suara.tv

Kalau bodoh bertanya, maka jadilah bodoh sombong. Macam mana la si bodoh nie boleh jadi wakil rakyat. Bangsa Melayu sudah sering dipertikaikan sebagai tuan tanah di bumi Malaysia, sekarang nie sekolah agama pulak nak dipertikaikan.

Memang kafir tidak sedar diri.

06 October 2014

BERANIKAH UMNO ???.


Siapa yang berani membahaskannya ??. Beranikah Najib yang telah memansuhkan beberapa akta untuk menghapuskan pula SJK ???. Tunggu dan lihat saja..

Kalau Najib benar ada telur dan maruah, sila lah ambil tindakan yang berani ini, ini lah kemahuan rakyat. Najib selalu berkata mendengar denyut nadi rakyat, tetapi hanya sekadar mendengar dan tidak mengambil tindakan baik tak payah.

08 September 2014

ADAKAH NAJIB MAHU DIGELAR BAPA PEMANSUHAN ???.


Kita semua sedia maklum bahawa setiap Perdana Menteri yang sudah bersara akan diberi gelaran Bapa.

 
Tunku Abdul Rahman ''Bapa Kemerdekaan''

Tun Abdul Razak ''Bapa Pembangunan''

Tun Hussien Onn ''Bapa Perpaduan''

Tun Dr. Mahathir ''Bapa Permodenan''

Tun Abdullah ''Bapa Modal Insan''

Jadi Adakah Najib apabila bersara nanti akan digelar "Bapa Pemansuhan'' kerana kita tahu telah banyak akta yang telah dimansuhkan oleh beliau atas alasan permintaan rakyat.

Yang peliknya beberapa hari lepas Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan bahawa ahli akar umbi UMNO mahu kekalkan akta hasutan dan kembalikan I.S.A, begitu juga kenyataan Ketua Polis Negara bahawa beliau amat menerima sekiranya I.S.A dikembalikan. Yang meragukan, rakyat mana yang menjadi rujukan Najib untuk memansuhkan kesemua akta. Rakyat Malaysia yang menggundi BN atau Pakatan Rakyat ???.

Kerana selama ini hanya penyokong Pakatan Rakyat saja yang sibuk berdemo meminta kerajaan menghapuskan bermacam akta, supaya senang pemimpin mereka menghasut, memburukkan negara dan bermacam lagi 

Adakah Najib hanya mendengar laporan dari Pemandu yang dilantiknya saja dan juga menteri yang hanya pandai membodek tetapi tidak menggambil tahu kemahuan rakyat ??.

Jangan nanti Najib menyesal dikemudian hari ke atas tindakan yang diambilnya. Jadilah pemimpin yang bebenar mengambil tahu kemahuan dan masalah rakyat, bukan hanya sekadar memberi BR1M dan merasa selesa dengan keadaan tersebut. BR1M tidak menjamin rakyat menyokong BN, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat yang memberi kemenangan kepada kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

19 August 2014

TEGURAN UNTUK NAJIB


1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya. Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”

Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan” 

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

Teguran dari Negarawan Ulung Ayahda Tun Dr. Mahathir di petik dari blognya chedet.

Dengan teguran ini saya berharap agar Najib menerimanya dan melakukan tranformasi keatas dirinya. Jadilah pemimpin yang mempunyai keberanian untuk membuat keputusan demi kebaikan Islam, Melayu dan Malaysia. Bukannya keputusan yang berani dibuat berdasarkan tuntutan pihak pembangkang untuk memansuhkan perlbagai undang - undang yang membuatkan keadaan Negara porak peranda seperti sekarang ini.

Seperti yang kita maklum, selama ini segala keputusan yang dibuat hanya memberi keutamaan kepada kaum yang lain tidak kepada kaum yang sebangsa dengan Najib. Apa yang diberi kepada kaum Melayu hanyalah BRIM yang benar seperti teguran Tun, BRIM hanya akan membuatkan orang menjadi berharap dan malas untuk bekerja lebih.

Semua bangsa menerima BRIM, tetapi bangsa manakah yang paling ramai penerimanya ??.
Jika ingin diteruskan, silalah kaji semula. Berikan kepada yang bebenar memerlukan seperti fakir miskin yang daif.

Najib perlu menjadi Melayu yang sebenarnya, bukanya Melayu hanya diatas pentas semasa Perhimpunan Agung UMNO saja.

* Diharap bukan saja Najib berubah, pemimpin disekeliling Najib juga perlu berubah. Bukan hanya terpekik terlolong mempertahankan Islam dan Melayu diatas pentas saja. Bila turun pentas, diam membisu apabila Islam dan Melayu dipermainkan.

16 July 2014

ISU KAK LONG CDM 25


Isu ini menjadi hangat buat masa ini. Bermacam andaian yang telah dibuat. Pemilik kereta Peugeot CDM 25 Kiki Kamaruddin atau nama sebenarnya SITI FAIRRAH ASYIKIN BINTI KAMARUDDIN terus menjadi carian popular di laman internet.

Ada kenyataan yang menyatakan laporan polis sudah dibuat oleh kedua pihak, malah lelaki yang melanggar Kiki telah disaman manakala lelaki tersebut pula tidak mahu membuat laporan berkenaan sikap Kiki yang menyerang keretanya dengan steering lock walaupun dinasihati oleh pegawai polis untuk membuat laporan. Sumber http://buletinsengal.blogspot.com.

Pada mulanya memang geram juga melihat video tersebut, tetapi tiada gunanya untuk terus menghukum kerana tiada kecederaan jiwa yang berlaku.

Bagi keyboard warrior, tidak usah la hendak memaki sanggat, kamu semua belum tentu baik sanggat pun, perkara sudah berlaku. Kita tenggok saje penghujungya tidak perlu jadi nasi tambah banyak sangat.

Dalam isu ini, saya tidak mahu menyebelahi mana - mana pihak. Walau apa pun yang terjadi, tidak perlu la kita menjadi begitu ganas sekali. Apatah lagi apabila pihak yang satu sudah meminta maaf atas kesalahannya dan dia pula sudah berumur. Biasa la orang yang sudah berumur kekadang pandangannya kurang jelas mengakibatkan salah tindakan, kita yang muda ini pun sering melakukan kesilapan. Masa muda dan kaya nie jangan la sombong sangat. Tunjukkanlah adab yang baik, lagi dibulan yang mulia ini. Kita kan beragama Islam dan berbangsa Melayu yang penuh dengan adat sopan, banyakkan bersabar dan terima segala ketentuannya.

Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.

Jadikan ianya pengajaran, kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Hanya Nabi Muhammad S.A.W saja yang maksum tidak melakukan kesilapan.

Saya cuma mahu melihat Melayu berjaya dalam ekonomi tetapi jangan jadi Melayu yang lupa diri dan sombong apabila sudah berjaya.

Namun apa yang menggecewakan apabila dengan sepantas kilat siasatan akan dijalankan oleh pihak polis terhadap Kiki. Kenapa perkara seperti ini tidak terjadi terhadap bangsa lain dan ahli politik yang sering menghina Islam dan Melayu. Malahan ada yang sehingga beratus laporan Polis dibuat barulah tindakan diambil. Malah kalau ada pun tindakan diambil, akhirnya akan dibebaskan begitu saja dan sekiranya ke mahkamah sekalipun, akan dilepas dan dibebaskan.

Siapa salah tidak kira Agama dan Bangsa, ambil saja tindakan tegas. Jangan sampai rakyat terpekik terlolong buat demo barulah nak gerakan tindakan. Jangan jadi seperti pahat, sekali ketuk sekali bergerak.

Apalah nasib Melayu dibumi Melayu yang penguatkuasanya Melayu dan kerajaanya Melayu.

IDENTITI KAK LONG CDM 25 DIDEDAHKAN


Garang sungguh Kak Long CDM25 nie, takut lihat aksi nya, hu hu hu hu.


Untuk lebih lanjut sila ke :-

http://buletinsengal.blogspot.com


15 July 2014

KHALID SAMAD KENA TEGUR TEPAT KE MUKA


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG
PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam. 
Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.  

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.

Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan agama Islam.

Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat. Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.

Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan. Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.  Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendir?. Fikirkanlah siapa yang akan untung dan dan siapa yang akan rugi.

Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita. Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.  Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar aqidah umat Islam.  Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.  Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi.  Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang “moderate” mengikut fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor ini.

Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS. Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. 

Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.  Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.  

Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam.

Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.  MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.  Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka.
 
Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.

Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di Negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Wata’ala.
Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid. Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.

Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa  kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.
Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Sepang.

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

p.s
Lepas nie apa lagi si khalid tu nak jawab, mungkin akhbar pula yang akan dislahkan.

07 July 2014

JANGAN CABAR MELAYU


Sila ke sini dulu :-

http://www.themalaymailonline.com
http://www.rakyatnews

Amboi kan main lagi yer keluar kenyataan sebegitu, napa nak suruh kerajaan pulak yang memulakan dulu. Kalau berani sangat mulakan la dulu.

Ingat melayu takut ker. Jangan dijolok sarang tebuan, buruk padahnya.

Ini sudah dikira menghasut, pihak berkuasa tunggu apa lagi, tidak berani ke mahu ambil tindakan ?.

Kamu mencabar orang Melayu.
Kalau Melayu sudah membeli, jangan kamu pula lari ke luar negeri.

15 May 2014

MUKA MU CANTIK SEJARAH MU MERENG

 


Hanya kerana titisan air mata Lim Kit Siang, perempuan ini ingin merperjuangkan nasib bangsa cina di Malaysia. Adakah nasib sebangsa LKS tidak terbela selama ini ?. Adakah hanya kerana mereka tidak boleh masuk ke UiTM tempat perempuan ini mendapat kelulusan perundangan, dikira nasib mereka tidak terbela ??.

Adakah kerana sebangsa LKS dikenakan bayaran yuran yang rendah dikira nasib mereka tidak terbela ??.

Bagaimana pula yang sebangsa LKS lebih ramai kaya dan jutawan berbanding kaum lain terutama Melayu. Adakah dalam hal ini nasib mereka juga tidak terbela ??.

Sayang sejuta kali sayang, wajah mu cantik, lulus perundangan tetapi bodoh dalam hal sejarah. Kamu lupa sejarah siapa yang ingin menghapuskan Melayu dibuminya sendiri. Kamu lupa sejarah penubuhan DAP itu sendiri untuk apa ?.

Untuk kupasan lanjut dan lebih menarik sila ke :-

The Unspinners

06 March 2014

ANTARA MELAYU KURANG DIDIKAN AGAMA DAN YANG MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH


Inilah contoh melayu yang kurang didikan agama. Nak mengajar pula tu supaya rujuk Al-Quran. Apa nak jadi dengan melayu sekarang. Belajar agama tidak mahu, dah tu nak tunjuk pandai pulak. Kalau belajar pun mesti salah guru nie. Boleh rujuk ke Darul Ehsan Today dan juga The Unspinners.

Berbanding pula yang mempertahankan kalimah Allah, boleh rujuk ke The Unspinners.



26 February 2014

PUNCA KENAPA PENIAGA MELAYU JUAL HARGA BARANG MAHAL


Inilah punca peniaga melayu menjual harga barang lebih mahal berbanding peniaga lain. Perkara ini memang sudah lama berlaku, memang kita sedar ramai yang kata kedai runcit melayu harganya lebih mahal berbanding kedai runcit bukan milik orang melayu.

Apabila orang sudah tidak datang membeli barang, tiada keuntungan maka tutuplah kedai melayu ini, apabila tutupnya kedai melayu maka dengan angkuhnya bangsa lain memperlekehkan bahawa orang melayu memang tidak pandai berniaga. Sebenarnya permainan mereka inilah yang membuatkan melayu tidak berjaya didalam perniagaan, penipuan ini jugalah yang membuatkan bangsa lain berjaya didalam perniagaan.

Bangsa mereka pandai menipu bukanya pandai berniaga. Dengan tipu helah dan tidak adil di dalam perniagaan membuatkan mereka berjaya.

Ulasan lanjut boleh ke :-

http://www.1peluru.com
http://www.1peluru.com

22 February 2014

SUSPEK SIMBAH CAT PEJABAT TERESSA KOK DIKENAL PASTI !!!!!

 Inilah dia suspek utamanya. Maka dengan ini kes sudah dikira selesai. Hu Hu Hu Hu..

Diambil dari :-

19 February 2014

ISLAM DAN AL-QURAN MAKIN DIHINA


Semakin menjadi serangan ke atas Agama Islam sekarang ini. Sampai tahap ayat Al-Quran pun dipertikaikan. Kitab suci umat Islam pun disalahkan ke, Al-Quran diturunkan melalui malaikat Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W, bukannya dicipta atau diciplak oleh mana - mana manusia.

Apalah nak jadi, malas nak komen panjang - panjang pasal hati tengah marah.

Renungkan dan fikirkanlah wahai umat Islam di Malaysia. Apa akan jadi jika mereka ini memerintah negara ini suatu masa nanti. Aman kah atau huru hara dan berlaku pertumpahan darah ??.

Tepuk dada tanya iman, ambil wuduk solat istikharah minta petunjuk

Sumber:-

FB BBCB
Malaysia Kini
The Malaysia Insider