bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

26 January 2013

KEBERANIAN TUN DR MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohammad

Nak baca apa yang Tun telah lakukan semasa ,enjadi Perdana Menteri, sila klik sini ke Blog Sel13.com.

Bukannya seperti Anu War.. yang pandai bemadah berhelah diatas pentas je, hari - hari jaje cerita kononya dialah yang berani dialah yang hebat dialah yang memajukan negara. Bolah jalan dah....

17 January 2013

POLITIK TONGONG

Saksikan video yang menarik ini..

SESUNGGUHNYA ENGKAULAH ANAK KEPADA ALLAH - MATTHEW 14:33


Saya tabik kepada Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mohammad Shukri Mohammad, Datuk Ismail Kamus, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharuddin Mat Isa, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Datuk Seri Hassan Ahmad, Datuk Abdul Rahman Osman, Datuk Nooh Gadut, dan Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin serta beberapa tokoh yang telah mempertahankan kesucian agama Islam melalui bantahan keras mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. dalam penterjemahan bible ke bahasa Melayu.

Mereka inilah ulama sebenarnya yang tidak gentar untuk menegakkan kebenaran.

Tindakan mereka ini telah menyebabakan para pemimpin Pas lain sama ada bergelar ulama atau tidak terpaksa menarik balik keputusan untuk membenarkannya.

Saranan Lim Guang Eng (dia Kristiankah ?) supaya kalimah Allah S.W.T. itu digunakan sudah pasti sekiranya diikuti, akan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Bagaimanakah para pemimpin ini boleh menyatukan umat kalau dalam hal sifat Allah S.W.T. yang semudah ini pun mereka boleh memberi pedapat yang salah ?.

Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya perkataan ''God'' atau ''Lord'' dalam Bilbe itu diterjemahkan menjadi kalimah ''Alla S.W.T.'' ?

Mari saya tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bilbe yang mengandungi  perkataan ''God'' dan ''Lord''. Saya sertakan terjemahan seperti di dalam kurungan:

1) For God so loved the world, that he gave his only begotten son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting health (John 3:16).
"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan'' (John 3:16).

2) And lo, a voice from heaven, saying ''This is my beloved Son, with whom I am well pleased'' (Matthew 3:17; Mark 1:11).
''Nah, suatu suara dari syurga, berkata ''Inilah anak yang Aku sayangi dan sangat senangi'' (Matthew 3:17; Mark 1:11).

3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).
''Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah'' (Matthew 14:33)

Lihatlah pada tiga ayat Bilbe di atas yang kesemuanya menyatakan bahawa ''God'' mempunyai ''Son''. Bila diterjemahkan perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Alla S.W.T. mempunyai anak. Ini adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam. Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bilbe kepada surah Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa ''Allah S.W.T. tidak beranak dan tiada pula diperanakan''?.

Atau mereka ini sanggup mengadaikesucian agama demi kepentigan diri, mengikut kehendak orang yang bukan Islam?. Bertaubatlah dan mohon keampunan-Nya.

Guang Eng yang menyarankan penggunaan Allah dalam Bilbe tidak akan menanggung apa-apa.

Sebaliknya, orang Islam dibawah pimpinan sesetangah ulama dan bukan ulama telah hampir menyesatkan umat dengan pendapat mereka.

Mereka sanggup membelakangkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Dewan Ulama Pas sendiri.

Tidak takutkah saudara-saudara Islamku apabila melihat kepada tajuk tulisan ini yang menyatakan Alla S.W.T. mempunyai anak ?.

Inilah terjemahan kepada ayat di dalan Bilbe sekiranya kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan ''God'' atau ''Lord''.

Sedarla saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh menyesatkan mereka.

Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah kufur. Sedarlah tenteng bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan Bilbe. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkotak-katikan.

Saya menulis surat ini demi mempertahankan Islam dan bukan atas niat lain. Allahuakbar.

PROF. DATUK DR. HASHIM YAACOB
Mantan Naib Canselor
Universiti Malaya

Di ambil dari Forum, Utusan Malaysia 17.01.2013

Ulama sama ulama bertelagah, sesama umat Islam bertelagah. Lim Guang Eng pula lepas baling batu sorok tanggan. Ini ke Khalifah yang diagungkan oleh pencacai Pas ????????.

SEBAB INIKAH NIK AZIZ PUSING 360 DARJAH ?.


Sebelum tu kita baca dulu kenyataan beliau tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan beragama Islam. Klik sini.

Namum selepas Majlis Syura Ulama PAS, kenapa pendirian Nik Aziz berubah terus ??.. Adakah terdapat unsur ugutan didalam persidangan tersebut ??. Klik sini untuk menggetahui lebih lanjut.

Diambil dari Mael Pengerang

Ada cerita juga yang Presidennya tetiba tidak sihat,, hu hu hu. Malu nk sorok muka la tu..

Untuk baca lebih lanjut sila ke sini, dan sini, dan sini...