bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

30 December 2010

MALAYSIA BOLEH


Akhirnya berjaya juga pasukan Malaysia menjulang piala AFF SUZUKI CUP selepas menanti selama 14 tahun. Walaupun tewas 2 - 0 di Stadium Bung Karno namun Malaysia tetap menang dengan aggregat 4 - 2.
Pemain dapat melakukan dengan baik walaupun menerima bermacam provokasi dari rakyat Indonesia sehinggakan hanya dapat berlatih dikawasan hotel penginapan.
Lebih menarik lagi apabila Safee Sali menjadi penjaring gol terbanyak dengan 5 gol.

Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti
Jaringan gol Safee Sali

27 December 2010

MALAYSIA 3 - 0 INDONESIA






Tahniah tahniah kerana berjaya membenam Indonesia, tapi perjuangan belum selesai. Masiah ada 90 minit lagi di Stadium Bong Karno. Diharapkan pemain dapat meneruskan rentak permainan di tempat lawan nanti. Bagi ingin menonton jaringan gol Malaysia

Gol pertama
Gol kedua
Gol ketiga

Bagi warga Indonesia, anda yang memulakan dulu pancaran laser, sila lihat video ini

MALAYSIA BOLEH !!!!
MALAYSIA BOLEH !!!!
MALAYSIA BOLEH !!!!

19 December 2010

TAHNIAH



Tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak negara kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir piala AFF. Tahniah dan juga terima kasih kepada PM kerana sudi duduk di atas jalan menonton bersama rakyat.
Untuk gambar yang lain disini dan disana.

12 December 2010

PERANGKAP ANWAR


Untuk lebih lanjut tekan sini...

Ha ha ha ha ha ha ha ha..
anuWAR menyalahgunakan anugerah tuhan dengan menjadi 6P
Perasuah Penderhaka Pengkhianat Pembohong Peliwat Penzina..

09 December 2010

KEDAULATAN MELAYU


Patik setuju dengan titah Tuanku supaya ketuanan melayu digantikan dengan kedaulatan melayu..
Klik sini

Dengar cerita si Kj bakal jadi menteri penuh, kemungkinan menteri belia dan sukan. Kalau betul la, Dato Najib dah tiada orang lain ke nak di jadikan menteri, nampak sangat UMNO nie kekurangan pemimpin yang berwibawa. Perlu di ingat bahawa Kj nie adalah antara faktor BN kalah banyak pada pilihan raya lepas. Takan PR 13 nak tengok lagi banyak yang terlepas kot ????.

P.S   Saiful baru pulang dari menunaikan Haji
        ANUwar bila lagi, sibuk ke Australia, USA, Indonesia tapi belum ada seru ye nak pergi Haji....
        Isk isk isk

09 November 2010

MALAYSIA KEKURANGAN PELAUT


Sekarang Malaysia mempunyai seramai 20 000 pelaut tempatan dan bergantung kepada 15 000 pelaut luar terutama dari Indonesia dan Filiphina, kebanyakan nya yang dari luar ini adalah memegang jawatan pegawai di atas kapal samada Kapten, Pegawai Deck dan Pegawai Jurutera. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku ??.

Seperti yang telah saya paparkan sebelum ini. Kos untuk seorang pelaut biasa untuk menjadi pegawai adalah terlalu tinggi, tetapi kos untuk seseorang menjadi pelaut adalah tidak terlalu tinggi, Jika ada yang berminat untuk menjadi pelaut apa yang perlu di lakukan pertama sekali adalah :-
  1. Membuat Passport kosnya rm 100 bagi 2 tahun
  2. Medical Check Up [ rujuk laman web Jabatan Laut bagi senarai klinik ] kosnya antara rm 70 ke rm 200 bergantung klinik.
  3. Membuat Seaman Card dan Seaman Book [ keduanya di buat di Jabatan Laut ] kosnya rm 
  4. Mengikuti Kursus BST Basic Safety Training selama 5 hari kosnya rm 1450 *
  5. Mengikuti Kursus TFA Tanker Familirazation selama 4 hari dan kosnya rm 1300 *
Setelah semua perkara di atas telah di lakukan barulah boleh mencari syarikat perkapalan yang memiliki kekosongan untuk jawatan Deck Crew ataupun Engine Crew.

Sekiranya  bercita ingin menjadi seorang pegawai, perlu ada pengalaman berkerja di atas kapal sekurangnya 3 tahun, setelah cukup 3 tahun dan cukup duit yang dikumpul barulah boleh mendaftarkan diri di institut pelaut yang ada dan mengikuti kursus dan kelas pembelajaran yang diwajibkan serta perlu lulus peperiksaan lisan dengan pegawai Jabatan Laut. Namun ada juga usaha yang dilakukan oleh Universiti menawarkan kursus untuk menjadi pegawai kepada lepasan SPM ( kursus ini diiktiraf Diploma ). Sebenarnya jika ingin bekerja dengan kerajaan adalah tidak menjadi masaalah, tetapi untuk syarikat swasta ianya tidak boleh diterima. Seperti yang telah dinyatakan, seseoarang itu perlu mempunyai pengalaman, sekiranya tidak maka akan jadilah seperti pelaut yang dari Indonesia dan Filipina ( hanya separuh ) yang datang terus menjadi Pegawai tetapi tidak pandai membuat kerja hingga didalam dunia maritim pelaut dari negara ini sudah dianggap tiada kualiti hanya kuantiti.

Namun bagi yang bekerja dengan kerajaan, pihak kerajaan terpaksa menghantar mereka semula mengikuti  kelas pembelajaran untuk menjadi pegawai. Mereka ini tidak memerlukan kursus kerana hanya boleh menaiki kapal kerajaan sahaja. Saya ingin sarankan kepada yang memiliki keputusan SPM yang bagus dan ingin menjadi Pegawai diatas kapal, pohonlah kepada ALAM dan bagi yang tidak menepati kritiria buatlah seperti yang dinyatakan di atas. Tidak perlulah memohon untuk mengikutinya melalui mana - mana Universiti kerana anda akan merasai kerugiannya nanti

Ada pula setenggah syarikat yang suka mengambil Pegawai dari Indonesia kerana dengan alasan mereka tidak melawan apabila diarah dan tidak berani meminta, dan apabila ditanya olah Jabatan Laut kenapa terlalu ramai Pegawai dari Indonesia maka jawapanya mudah tiada orang Malaysia yang mahu bekerja. Sebenarnya di dalam perkapalan tidak boleh 100% mengikuti telunjuk orang yang di pejabat. Perlu ada bantahan sekira ianya tidak menepati peraturan di laut dan juga perlu meminta untuk keselesaan dan kemudahan krew di atas kapal samada untuk bekerja atau beriadah.

* Saya sarankan agar mengikuti kursus di PELITA kerana kosnya murah jika ingin dibandingkan dengan tempat lain.


SALUTE TO SEAFARER'S

13 October 2010

GILA MEROYAN


Nampaknya anuWar meroyan lagi di Indonesia. Kenapa sibuk sangat nak mempromosi diri di sana. Apa masa menggundi nanti rakyat Indonesia ke yang akan menggundi. Tak perlu lah ingin menjadi hero, masalah diri sendiri makin bertambah dan tak selesai lagi asyik tertangguh je ni dok sibuk nak mempromosi diri kononya dapat selesaikan masalah Malaysia Indonesia hanya dalam masa beberapa minggu jika beliau jadi PM Malaysia.

Ha ha ha ha ha, tak habis meroyannya anuWAR nie,. Sudah - sudah la meroyan, pekong semakin banyak terbelah, sudah membusuk bernanah dah satu Malaysia baunya. Asyik selalu saja pergi ke Indonesia, jangan - jangan nak cuba jadi Presiden Indonesia kot ??. Elok jugak rasanya kerana di sana lebih demokrasi sehinggakan anak sendiri boleh pilih nak menganuti agama apa, mak bapak tidak boleh halang. Tu belum lagi masuk bab - bab yang lain, cari la sendiri.

Sumber Utusan Malaysia


SUDAH AJALNYA







Tragedi 10.10.10 di km 223.2 utara selatan 

Takziah kepada keluarga yang terlibat dan sedekah al-fatihah kepada mangsa yang meninggal, semoga roh mereka yang beragama islam berada di samping orang yang beriman dan disisi Allah.... Amin....

Terima kasih kepada pemberi gambar..

10 October 2010

KEBIADAPAN WAYTHA MOORTHY


Sungguh biadab apabila pengerusi hindraf p.waytha moorthy mengeluarkan kenyataan dengan menganggap Sultan Ibrahim adalah jurucakap kepada Perkasa dan juga menuduh baginda mencemar permisahan kuasa dan demokrasi berparlimen. Memang waytha tidak memahami apa saranan yang sebenarnya, apa yang di tahu adalah menghentam sapa saja yang cuba mempertahankan kaum melayu.

Saya memang setuju 100% bahawa dikenekan tindakan supaya waytha tidak dibenarkan kembali lagi ke Malaysia dan juga tarik saja kerakyatan beliau kerana waytha tidak lagi menghormati institusi diraja yang menjadi penaung di bumi Malaysia ini. Orang seperti ini tidak diperlukan di Malaysia, tiada jasa yang dibuat tetapi hanyalah pembuat kacau kepada keharmonian yang telah lama wujud di bumi Malaysia.

Sultan Ibrahim begitu disayanggi oleh rakyat negeri Johor, sesungguhnya rakyat Johor tidak akan dapat menerima kenyataan yang dibuat oleh maytha..



DAULAT TUANKU  !!!
DAULAT TUANKU  !!!
DAULAT TUANKU  !!!

09 October 2010

BOT IKAN DILANGGAR


 
Menurut utusan malaysia sebuah bot nelayan telah dilanggar oleh sebuah kapal dagang, ketika kejadian dikatakan bahawa krew bot ikan tersebut sedang tidur dan bot tersebut dalam perjalanan pulang membawa hasil tangkapan.

Apa yang ingin dikata adalah kita tidak mengetahui perkara sebenar, kerana kita tidak tahu siapa yang bersalah atau siapa yanfg tidak mengikuti Rule Of the Road (ROR). Boleh jadi kapal dagang tersebut yang salah atau mungkin bot ikan tersebut yang bersalah. Situasi di laut tidak sama dengan di darat, jauh bezanya.

Setiap pegawai kapal dagang sudah pastinya megetahui dengan mendalam apa itu ROR dan apalagi pada masa kejadian pada pukul 0340 pagi dimana pegawai yang bertugas adalah 2nd Officer yang boleh dikatogeri pegawai yang berpengalaman dan pastinya dibantu oleh seorang kelasi. Kemungkin pegawai dan kelasi tersebut tidak dapat mengesan kehadiran bot ikan atau pada masa kejadian keduanya tertido hingga tidak sedar apa yang terjadi. Kemungkinan juga mereka sedar kehadiran bot tetapi telah melakukan kesilapan dalam untuk menggelakan berlakunya perlanggaran tetapi sebaliknya berlaku perlanggaran.

Bagi bot ikan pula mungkin ianya tidak mengikuti peraturan - peraturan yang terdapat di dalam ROR, ini kerana ada segelintir nelayan tidak pun mengetahui wujudnya peraturan tersebut, walaupun ada usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan memberi pengetahuan kepada nelayan namun kita tidak dapat pastikan bahawa semasa kejadian adakah kelasi yang dipertanggungjawabkan mengendali bot memahami peraturan di laut ?. Sekiranya beliau memahami peraturan di laut adakah pada waktu itu ianya benar - benar mengikutinya. Ini Kerana ada segelintir bot ikan sengaja tidak mengikuti peraturan tersebut kerana bagi mereka yang besar perlu mengelak yang kecil, tetapi di laut tidak kira besar atau kecil sebaliknya kesemua perlu mengikuti peraturan yang terdapat di dalam ROR.

Ini adalah andain saya sahaja, apap pun saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa..

05 October 2010

BIASISWA PELAUT


Pada 30hb 9 yang lepas bertempat di pejebat jabatan laut wilayah tengah telah di adakan sembutan hari terbuka pelaut malaysia sempena hari raya berserta sambutan pelaut sedunia pada 26 hb 10 2010. Bertemakan "salute to seafarers", mengharapkan supaya pelaut - pelaut di malaysia tidak dipandang remeh oleh setengah pihak yang tidak memahami dengan sebenarnya pengorbanan seorang pelaut.

Pada hari tersebut juga telah disampaikan biasiswa kepada 6 orang pelaut untuk digunakan bagi menampung pembelanjaan mengikuti kursus Officer in Charge of a Navigational Watch 500GT or more in Near Coastal Trade Voyage [ WKO ] di Pelita Akademi yang terletek di Kuala Kubu Bahru. Dalam waktu ini ada seramai 26 pelaut malaysia berbangsa melayu ( termasuk diri saya )sedang mengikuti kursus tersebut. Ada diantara mereka yang di tanggung oleh syarikat tempat berkhidmat dan ada pula yang menggunakan kewaangan sendiri.

Sememangnya kos yang di perlukan bukanlah sedikit,. Kos untuk kursus selama 6 bulan adalah sekitar Rm 10 600 tidak termasuk duit makan dan minum, rumah sewa, bayaran kereta dan bagi yang sudah berumah tangga pula perlu memberi tanggung kepada anak dan isteri, ini kerana 70 % yang mengikuti kursus adalah yang sudah berumah tangga.

Untuk mengikuti kursus ini pula seseorang itu perlulah telah berkhidmat di laut ( atas kapal ) sebagai seorang kelasi sekurangnya selama 3 tahun, kerana pengalaman bekerja perlu, ini kerana apabila selesai menghadiri kursus ini dan setelah lulus peperiksaan oral dengan pegawai jabatan laut, pelaut ini akan menjadi pegawai di atas sebuah kapal. Pengalaman sebagai kelasi amat di perlukan apabila menjadi seorang pegawai.

Dengan ada nya biasiswa ini walaupun buat permulaan hanya 6 orang yang di taja, walaupun maklumat untuk mendapatkan biasiswa bagi tahun 2010 tidak sampai kepada kebanyakan pelaut, hanya segelintir saja yang mengetahuinya. Diharapkan bagi tahun akan datang semakin ramai pelaut memohon untuk mendapatkannya. Supaya semakin ramai pegawai dari rakyat malaysia untuk menggantikan pegawai - pegawai sekarang yang kebanyakkannya dari luar malaysia. Biasiswa ini ditaja oleh Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut ( KWPPL )


Usaha yang dilakukan Pelita Akademi jugak adalah dibanggakan kerana ingin membantu anak bangsa, Pelita Akademi telah menggenekan yuran yang agak murah jika ingin dibandingkan dengan sebuah lagi institut laut iaitu ALAM di melaka. Perbezaan yuran yang begitu ketara menyebabakan Pelita menjadi pilihan pelaut. ALAM pula menumpukan dalam melahirkan kadet - kadet yang berkualiti untuk menjadi pegawai bagi kapal Foreign Going..


SALUTE TO SEAFARER'S

07 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Menyambut Syawal yang akan tiba beberapa hari lagi,. Moga dapat disambut dengan kegembiraan dan keriangan bersama keluarga yang tercinta. Bermaafaanlah kita sesama umat islam dan moga kita dapat bersatu kembali menjadi bangsa melayu beragama islam yang disegani dan tidak dipermainkan oleh puak - puak yang anti perkauman di bumi Malaysia ini..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin....

16 August 2010

NAK GUNA MERIT YE.....


Geram pula bila terbaca permintaan terbaru dari kaum - kaum yang tidak tahu asal usul nie. Sudah la pilihanraya yang lepas pengundi sebangsanya telah memangkah parti lain, hingga sekarang tiada usaha untuk menarik kaum cina supaya kembali menyokong MCA tetapi permintaan pada kerajaan yang bukan - bukan pulak dan ada yang boleh menyebabkan MELAYU semakin terpinggir di Negara sendiri, di sini. 

Apa yang ingin saya sentuh adalah mengenai permintaan Liberalisasi Ekonomi iaitu membenarkan lebih ramai bukan bumiputera menjadi rakan kongsi dan kontraktor dalam kerja - kerja berkaitan dengan sektor minyak dan gas. Selama ini sektor minyak dan gas dipelopori oleh bumiputera dan melayu amnya, ini kerana kerajaan dan Petronas telah menghadkan sektor ini dari diceburi oleh bukan bumiputera.

Pada penghujung tahun lepas Petronas juga ada menyarankan agar syarikat perkapalan tempatan yang terlibat dengan minyak dan gas supaya membanyakkan lagi kapal mereka, ini kerana Petronas tidak mahu menyewa syarikat perkapalan dari luar terutama yang berpengkalan dari singapura. Dasar Petronas yang ingin membantu syarikat tempatan amatlah dihargai. Oleh kerana itu maka banyaklah Syarikat melayu yang semakin maju.

Namun adakah perkara ini akan berkekalan sekiranya tuntutan mereka yang tidak sedar diuntung ini dituruti, apa lagi yang mereka mahukan. Sudah lah di sektor daratan telah dimonopoli oleh puak - puak mereka, ini mahu medengki pula dengan orang melayu lalu mahu menggangu sektor lautan pula. Selepas ini apa pula, sektor udara pun nak dimonopoli ke ?.

Tengok diri dulu baru membuat tuntutan, jangan asyik meminta tapi dibalik tabir bersekongkol dengan DAP keparat. Tidak cukup lagikah jutawan di Malaysia yang rata - ratanya dari kaum mereka ?. Tidak sedar ke yang orang melayu menyebabkan MCA memang di beberapa bahagian pada pilahan raya lepas, lagi mahu tindas ka ?. Ini bukan melayu mudah lupa tetapi cina mudah lupa..

Tak kan Melayu hilang di dunia

14 August 2010

SPY CAM

Ini ada beberapa jenis kamera pengintip atau spy cam yang boleh digunakan untuk kerja - kerja mengintip, tak kira la nak ngintip sesiapa pun yang penting jangan sampai kantoi..

 Jenis pen

 Jenis Jam Tangan

 Samaran pada butang baju


Pada jam dinding

Kamera kecil dipasang di dalam bilik

 Ini pula seperti robot


dan yang paling canggih sekali adalah di bawah ini
v
v
v
v
v
v
v
v


Memang canggih sehingga boleh menggeluarkan bunyi bep..bep dan walaupun diletak dibelakang langsir masih boleh merakam gambar kerana mempunyai lensa x-ray...

Ps...Memang rugi sapa yang bayar kepada si spy leman nie, dah la dibayar mahal, kerja yang dilakukan kantoi pulak, ish ish ish..

Ps... Latuk aa, itu buka spy camera ma, itu digital camera. Ia ya itu pun talak tau ka... Jangan kasi bodoh sama orang lain maa.

13 August 2010

BUANG BAYI


Setiap hari ada saja mayat bayi yang di jumpai atau ada lagi yang masih bernyawa. Yang terbaru mayat bayi peremapuan dijumpai dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama di sebuah kolej di Kelantan.
Mereka yang membuang bayi dan menyebabkan bayi ini meninggal adalah pembunuh yang kejam. Sudahlah dosa berzina di tambah lagi dengan dosa membunuh

Jadi memang tepat lah keputusan kabinet supaya mereka yang didapati bersalah di dalam kes ini akan dijatuhi hukuman mati, serta ujian DNA akan dijalankan supaya jantan - jantan yang tidak berguna dapat ditangkap dan juga didakwa sekali kerana tidak bertanggungjawab, supaya mereka ini tidak terlepas.

Satu lagi saya ingin mencadangkan agar jantan - jantan yang tidak berguna ini apabila dapat dibuktikan bersalah dan sebelum dikenakan hukuman mati atau mana - mana yang tidak dikenakan hukuman mati perlu disebat di khalayak ramai dan disiarankan secara langsung supaya menjadi pengajaran pada yang lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Jika hanya dijatuhi hukuman dan orang ramai tidak melihat hukuman yang dilalui pastinya tidak akan mendatangkan kesan atau tidak akan memberi apa - apa pengajaran kepada yang lain.

Perkara ini memang selalu terjadi pada orang ramai. Pesdulikan bila ada orang memperjuangkan hak asasi ke, tidak mahu keluarga menanggung malu ke, tapi masa buat perkara yang keji tidak pula merasa malu. Jika perkara ini tidak ditanggani maka percaya la satu hari nanti pastinya Malaysia yang tercinta akan dilanda malapetaka yang dasyat. Hukuman perlu setimpal dengan apa yamg dilakukan dam hukuman kepada jantan yang tidak berguna perlu la lebih berat lagi..

Subhanallah....

12 August 2010

PEKERJA BANK DAPAT DURIAN RUNTUH. PELAUT PULA TIADA BELAAN



Beraya sakan la nampaknya pekerja - pekerja bank tahun ini, kerana seramai 4 000 pekerja akan mendapat tunggakan sekitar Rm 3 700 sehingga Rm 12 000. Separuh dibayar sebelum hari raya dan selebihnya dalam masa 60 hari dari tarikh perjanjian iaitu semalam. Tahniah kerana NUBE memang benar - benar memperjuangkan nasib pekerja - pekerja bank di malaysia.

Bagaimana pula nasib pekerja - pekerja lain yang tiada persatuan untuk melindunggi mereka ?...

Inilah yang berlaku kepada pelaut - pelaut di Malaysia kerana tiada persatuan yang dapat mempertahankan hak - hak mereka. Yang ada sekarang adalah ITF iaitu International Transport Workers' Federation yang membantu pekerja - pekerja didalam sektor pengangkutan tidak kira darat, laut dan udara yang beribu pejebat di Unitad Kingdom. Tetapi apa yang kita perlukan adalah Persatuan Pelaut Malaysia sendiri untuk membela nasib pelaut Malaysia.

MV Bunga Pelangi yang dulunya adalah kebanggaan MISC

Sejak penubuhan MISC pada 1968 dan memperolehi kapal pertama dari negara Japan pada 1971 yang diberi gelaran MV Bunga Raya sehingga sekarang pelaut Malaysia tidak ada persatuan, yang hampir adalah sekitar akhir tahun 80 an apabila pelaut - pelaut MISC ingin melancarkan persatuan pelaut kerana terasa di tindas. Tetapi apa yang berlaku adalah apabila MISC melakukan tindakan awal dengan menawarkan kerusi di pejabat dengan gaji yang lumayan kepada ketua pemimpin mereka. Ketua yang diharapkan menjadi pengerusi persatuan telah menerima tawaran tersebut dan dengan itu berkuburlah harapan untuk melihat pelaut mempunyai persatuan.

 MV Bunga Raya di perlabuhan eropah, kapal kontena dikatakan tidak lagi membawa keuntungan kepada MISC

Semenjak dari peristiwa itu maka tiada lagi pelaut yang berminat untuk menubuhkan persatuan kerana kecewa terhadap orang yang di harapkan. Sehingga sekarang walaupun sudah ramai pelaut - pelaut muda dan semakin banyak syarikat perkapalan, namun tidak nampak usaha untuk menubuhkan persatuan. Mungkin sesetengah syarikat menghalangnya seperti apa yang pernah di lakukan oleh MISC.

 MV Seri Alam kapal LNG yang menjadi kebaggaan MISC kerana memperolehi keuntunggan yang tinggi

Sebagai contoh salah satu dari dikriminasi apabila pekerja luar lagi ramai dari pekerja rakyat Malaysia di dalam sesebuah syarikat perkapalan, wal hal Jabatan Laut pernah memberitahu bahawa setiap syarikat perlu melaksanakan format 70 / 30 iaitu bagi setiap syarikat perlu mempunyai 70 % pekerja Malaysia dan selebihnya barulah diberi kepada pekerja luar. Namun oleh kerana belum dikuatkuasakan, perkara seperti ini tidak terjadi tetapi berlaku sebaliknya. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya pelaut mempunyai persatuan kerana persatuan boleh memaksa atau meminta undang - undang yang menguntungkan pelaut dilaksanakan dengan segera.

Satu contoh lagi adalah perlaksanaan MLC2006 yang akan menguntungkan pelaut - pelaut Malaysia kerana
sekiranya dilaksanakan atau apabila pihak Kerajaan menandatanggani perjanjian tersebut, maka secara sendirinya semua syarikat perkapalan yang berdaftar diMalaysia perlu mematuhi kandugan perjanjian tersebut yang antaranya gaji pelaut diselaraskan sama seperti yang diperolehi pelaut - pelaut negara maju. Banyak lagi faedah yang akan dinikmati oleh pelaut. Tetapi perkara ini tidak terjadi apabila dikhabarkan syarikat perkapalan yang besar telah menggunakan pengaruhnya untuk menghalang pihak Kerajaan dari menandatanggani perjanjian tersebut, kerana mereka merasa rugi terpaksa membayar gaji yang lebih dan juga perlu menanggung banyak perbelanjaan untuk keselesaan pelaut.

Kenapa MISC tidak mencontohi syariakat perkapalan MAERSK yang terus membeli kapal yang besar dan memperolehi keuntungan dari membawa kontena ?.

Selepas 2006 tidak ditandatanggani, pihak Kerajaan bercadang menandatanggani perjanjian tersebut pada 2011 yang akan datang. Diharap pihak - pihak yang mementingkan diri tidak menghalang perjanjian tersebut demi untuk keselesaan dan kemajuaan pelaut - pelaut yang telah banyak berkorban masa, tenaga, menggadaikan nyawa mengharunggi badai laut yang ganas demi untuk keuntungaan syarikat tempat berkhidmat.

 Supply Vessel dan Crew Boat menjadi pilihan pelaut kerana perjanjian kerja yang kurang manakala gaji menyamai dari berkhidmat di kapal yang besar.

Hargailah jasa pelaut walaupun mereka tidak pernah meminta untuk dihargai.
Jasa pelaut terlalu besar bagi seluruh rakyat Malaysia.
Tanpa pelaut maka tiadalah sebuah kapal boleh bergerak dengan sendirinya yang memebawa barang - barang keperluan untuk rakyat Malaysia.

11 August 2010

SELAMAT BERPUASA


Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di muka bumi ini, diharapkan umat islam dapat bersatu dalam mengharunggi segala rintangan dan halangan yang melanda..

10 August 2010

OOOOO PKR RUPANYA


Apabila keluar di berita bahawa Sultan Johor murka kerana ada parti politik mempolitikan Tuanku, dihati tertanya parti mana yang berbuat demikian. Selepas dicari rupa - rupanya konco al - juburi punya kerja, iskh iskh ishk. Dah tiada modal lagi ke sehingga pihak istana turut serta di jadikan kempen politik.

Lagi satu gelaran Dato' Seri sudah ditarik, untuk apa di gunakan lagi. Memang tiada perasaan kemaluan langsung penyokong PKR ini.

Memang biadap mereka ini, tapi nak kata macam mana, ketuanya pun sudah berperangai macam gitu, anak buah dan konco - konco yang lain ikut bontot je la dan pasti ada yang merelakan di bontot. Astarfirullah..

Sumber dari http://idealismalaysia.blogspot.com/

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

26 May 2010

MT BUNGA KELANA 3 berlangar dengan MV WAILY

 Kiri MV WAILY di kanan MT BUNGA KELANA 3

Pada 0610 hrs pada tarikh 25 may 2010 sebuah kapal tanker MT BUNGA KELANA 3 yang berdaftar di Malaysia telah berlangar dengan MV WAILY yang berdaftar di St Vincents and The Grenadines yang menyebabkan 2 000 ton crude oil telah tumpah di singapore strait.
Apa yang ingin saya sentuh di sini bagaimana perlangaran boleh berlaku,. Kita sedia maklum bahawa singapore strait adalah laluan yang sempit dan sibuk dengan kapal yang bergerak dan berlabuh. Selalunya apabila di perairan tersebut setiap Kapten akan berjaga dengan lebih perhatian kerana tidak mahu sebarang kemungkinan berlaku tidak kira masa, dan sudah pastinya apbila berlaku perlangaran faktor utamanya adalah human error. Memang benar kerana manusia yang sering tersilap dan bukannya mesin atau faktor lain.
Perlangaran sudah berlaku dan tiada yang hilang nyawa, cuma yang hilang adalah sumber rezeki bagi nelayan yang beroperasi berhampiran tempat kejadian.Saya berharap moga benar la minyak yang tumpah tidak bergerak ke pantai Malaysia,kalau ke pantai singapura bagus jugak.
Apapun pihak yang berwajib sedang berusaha membersihkan tumpahan tersebut dan ianya bukan lah satu tugas yang senang, kerana saya pernah terlibat walaupun tidak secara langsung.

* Sedikit info
Untuk pengetahuan, pada masa berlaku perlangaran tersebut adalah masa bertugas Chief Officer iaitu orang no 2 selepas Kapten.
KAPTEN - Ketua keseluruhan di atas sebuah kapal, selalunya melakukan kerja di pejabatnya,. Sekiranya ada perkara penting atau pegawai yang bertugas memerlukan bantuan di anjungan atau bridge, bolehla meminta bantuan darinya.
CHIEF OFFICER - Pegawai no 2 di atas kapal, tugasnya menjalankan pegawasan selama 4 jam di bridge dari 0400 hrs ke 0800 hrs, dan sebelah petangnya dari 1600 hrs ke 2000 hrs.
SECOND OFFICER - Pegawai no 3 di atas kapal, tugasnya sama tetapi masanya dari 0000 hrs ke 0400 hrs, dan sebelah petangnya dari 1200 hrs ke 1600 hrs.
THIRD OFFICER - Pegawai no 4 di atas kapal, tugas yang sama dan masanya dari 0800 hrs ke 1200 hrs, dan pada malam hari dari 2000 hrs ke 0000 hrs. Yang sebenarnya waktu duty 3rd officer adalah waktu duty kapten, tetapi oleh kerana setiap kapal memang ada 3rd officer, maka duty tersebut diambil oleh beliau.
Pada setiap waktu malam, setiap pegawai yang bertugas ( duty officer ) hanya akan dibantu oleh seorang krew yang bertugas sekali, ini digelar asssitant watchkeeper.

** Info tambahan
MT BUNGA KELANA 3 adalah dioperasikan oleh AET Tanker Holding Sdn Bhd, yang mana ianya telah menjadi anak syarikat kepada MISC. MISC pula telah diketahui umum telah menjadi anak syarikat kepada PETRONAS.
Ada maklumat yang menggatakan, misc membeli aet tanker yang dulunya kepunyaan syarikat america, kesemua kapal tanker dibawah penyeliaan misc dipindahkan di bawah penyeliaan aet kerana sekiranya berlaku pertumpahan minyak kerana perlanggaran dan sebagainya, maka misc tidak akan dipersalahkan,. Kerana setiap kali berlaku perkara tersebut banyak wang digunakan untuk membayar segala kemusnahan yang berlaku.

20 May 2010

Rumah Urut GAY Diserbu



Astarfirullah.... Nauzubillah bila melihat berita rumah urut gay diserbu,.. Lebih hangat lagi apabila 999 pun menyiarkan kisah tersebut. Ada yang masih berbogel ketika serbuan malah pusat urut tersebut telah beroperasi selama 3 tahun ada yang satu lagi telah beroperasi selama 5 tahun. Tetapi akhirnya berjaya diserbu dan ramai juga pelanggan yang di tahan.

Bagi saya mereka ini semuanya harus la dihukum dengan sebatan, dan kalau boleh disebat di khalayak ramai biar gologan tersebut betul - betul insaf akan perbuatan yang amat terkutuk ini.

Sememangnya dunia diakhir zaman.

p.s agaknya anuWAR tengok tak 999 kisah rumah urut GAY diserbu atau sudah pernah menerima perkhidmatan di sana ????.


27 March 2010

ANUAR SUMPAH LAKNAT !!!!!!



Memang ramai pun yang hadir, saya turut hadir kerana nak dengar betul ke anuWAR akan melakukan sumpah laknat untuk membuktikan dia tidak bersalah.. Tunggu punya tunggu anuWAR pun sampai dalam pukul 2300.. Tiba giliran anuWAR berucap mata sudah penat menuggu.. Namun apa yang diucapkan tidak lari dari kisah penjelasan yusuf alqardawi bahawa dia tidak bersalah, kisah altantuya, enjin jet hilang dan kapal selam yang tidak boleh tenggelam.

Riuh jugaklah penonton ketawa apabila anuWAR jadi Pelawak,. Tapi bilanya nak bersumpah ????.

Sampai ke akhirnya tidak ada pun sumpah yang dilakukan. Memang pandai mereka-mereka buat promosi ye.

SELAMATKAN MALAYSIA dari
C.I.F.U.T B.A.B.I PPPPP

18 March 2010

ANUAR PENAKUT


Ketika ditemui di lobi parlimen, Anwar menafikan semua pendedahan dibuat Zahrain bahawa beliau merancang gerakan 16 September bagi menjatuhkan kerajaan BN.
Anwar berkata, dakwaan Zahrain bahawa beliau sudah bertemu dengan tentera dan mendapat sokongan ahli Parlimen BN bagi membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan sedia ada adalah tidak berasas.
"Dia (Zahrain) cakap saya jumpa tentera.... kenapa beliau tidak beritahu tentera mana. Beliau kata saya suruh ahli Parlimen(pembankang) tunggu dalam dewan untuk menumbangkan kerajaan BN, cakap seperti ini adalah cakap orang UMNO",katanya.

sumber Berita Harian


Nampaknya anuWAR telah dimalukan oleh bekas rakan seperjuangan nya, dan nampaknya anuWar memang tidak tahu malu. UMNO pun dikaitkan..

anuWAR masih lagi berbohong dengan mengatakan pendedahan itu tidak benar, rasanya apa yang tidak benar adalah anuWAR tidak pun berjumpa dengan pihak istana atau tentera, tetapi mengatakan beliau sudah berjumpa dan mendapat sokongan, disitulah berlaku pembohongan.

Berani kerana benar, TAKUT kerana salah, pasal takut dan tidak boleh menepis apa yang didedahkan maka untuk mengelak lagi malu anuWAR telah meninggalakn dewan dengan tanpa malunya, rasanya perasaan malu memang dah tiada pada diri anuWAR.

Sudah-sudah la berbohong, tembelang sudah lama pecah dan baunya sudah merebak ke seluruh MALAYSIA, bertaubatlah dari Pembohongan yang dilakukan. Orang yang penakut dan melarikan diri dari masaalah macam gini yang mahu jadi PM, memang lingkup la negara dan rakyat.

anuWAR PPPP
CIFUT BABI....

19 February 2010

BANTUAN DARI AUSSIE


Nampaknya anuWAR telah meminta bantuan dari kangaroo untuk memastikan DNA yang diprolehi dari saiful adalah bukan miliknya. Ini sudah pasti, takan sudah di bawa terbang jauh dari pulau yang besar tetapi tidak memihak kepada anuWAR pulak. Sebelum ini 50 MP kangaroo sibuk meminta kerajaan mengugurkan kes liwatnya,, apa mereka ingat kerajaan malaysia bodoh macam kangaroo ke ?. Lagipun mereka nie tidak tahu ke perjalanan kes di mahkamah, kalau lah kerajaan boleh campur tanggan, dah lama dah kes nie selesai dan anuWAR pastinya sedang gembira menginap di kediaman rasminya dikelilingi besi.

Kebodohan anuWAR makin teserlah dengan meminta bantuan dari bangsa yang menjajah tanah air orang lain dan juga bangsa yang tidak tahu hukum agama islam dan bangsa yang menghalalkan apa yang haram,. Sudah makin terbukti dah sahih anuWAR memang peliwat.

Kesnya di mahkamah asyik diliwat - diliwatkan dan si peliwat sibuk mencari pengaruh di luar negara kononya untuk mencari kebenaran, kebenaran yang dicari tidak berada di luar negara tetapi berada di dalam negara kita sendiri, kenapa perlu takut jika tidak bersalah ???.

Kepada haiwan yang bernama kangaroo, sila jaga pulau anda yang terpingir jauh dan jangan sibuk ingin menunujuk diri itu hero. Cermin diri sendiri dan asal usul anda,, anda tidak layak mencampuri urusan negara yang berdaulat ini..


AAA Aku Anti Australia
CIFUT BABI ....

13 February 2010

AIR ASIA : PERATURAN TERKEJUT


                                                                                                                                                 

Setelah 3 bulan berkhidmat di labuan, pada 13 feb ( hari ini ) saya akan menaiki pesawat air asia untuk pulang ke johor dan bercuti selama 1 bulan ( penjanjian kerja anak kapal dengan kompeni 3 bulan kerja 1 bulan cuti ). Penerbangan dari Labuan pada pukul 1025. Sewaktu ingin mendaftar masuk di labuan airport telah berlaku sedikit kekeliruan mengenai peraturan mengejut,,. Setap penumpang hanya dibenarkan membawa satu beg sahaja kedalam pesawat, beg yang lain perlu dimasukan ke dalam kargo. Pegawai di kaunter menberitahu mereka menerima e mel dari kl yang menyatakan sekiranya penumpang membawa lebaih dari satu beg, beg tersebut akan di tahan [ apa punya peraturan daa ]

Berlaku kekeliruan kerana ada penumpang yang membawa beg sandang lebih dari satu, ingin dimasukakn ke dalam kargo tidak dibenarkan kerana ada barang berharga, tetapi serba salah takut begnya di tahan di LCCT. Saya pula terpaksa membayar wang kerana beg saya lebih dari had yang dibenarkan iaitu 15 kg. Saya membawa 4 beg :-

Beg 01 seberat 16 kg
Beg 02 seberat 05 kg
Beg 03 berisi laptop
Beg 04 berisi sedikit barang dan ringan

Saya ingin membawa beg 02 dan 03 kedalam pesawat tetapi tidak dibenarkan, yang dibenarkan adalah beg 03 dan 04 kerana beg 04 ringan, namun jika dikira berat beg yang boleh di bawa kedalam pesawat adalah maksimum 7 kg. Jika dicampur berat beg 02 dan 03 tidak akan lebih dari 7 kg, malas bertengkar saya telah membayar rm 90 ( rm 15 bagi setiap kilo ). 

Namum apabila sedang menanti untuk menaiki pesawat, ramai penumpang yang daftar masuk di belakang saya membawa lebih beg dari satu dan ada yang besar, rasanya peraturan mengejut itu tidak diendahkan. 

Apabila pesawat telah tiba di LCCT, tidak ada pun pegawai yang menahan penumpang yang membawa beg lebih dari satu, nampak nya peraturan mengejut itu memang tidak boleh diguna pakai. Mungkin e mel yang diterima e mel palsu kot. Sudah melayang rm 90, sepatutnya yang perlu dibayar hanyalah rm 15 sahaja.

NOW EVERYONE CAN FLY
MY MONEY ALSO FLY.