bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

25 January 2010

SULTAN JOHOR MODEN

 Sultan Pertama
Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim
yang diputerakan pada 03 Feb 1833 dan menaiki takhta pada tahun 1802.
Tuanku Sultan mangkat pada 10 Mei 1895.



Sultan Kedua
Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
yang diputerakan pada 17 Sep 1873 dan menaiki takhta pada 10 Mei 1895.
Tuanku Sultan mangkat pada 08 Mei 1959.



 Sultan Ketiga
Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim
yang diputerakan pada 28 Okt 1894 dan menaiki takhta pada 08 Mei 1959.
Tuanku Sultan mangkat pada 10 Mei 1981


Sultan Keempat
Almarhum Sultan Iskandar Al Haj ibni Almarhum Sultan Ismail
yang diputerakan pada 08 Apr 1932 dan menaiki takhta pada 10 Mei 1981.
Di tabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 8 pada 26 Apr 1984 hingga 25 Apr 1989.
Baginda mangkat pada 22 Jan 2010.



 Sultan Kelima
Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al Haj
yang diputerakan pada 22 Nov 1958 dan menaiki takhta pada 23 Jan 2010.
Baginda amat di sayangi rakyat, program kembara mahkota johor sewaktu Baginda menjadi Tengku Mahkota amat dinantikan oleh setiap rakyat johor kerana seluruh rakyat dapat bermesra dengan lebih dekat.
Moga dengan pemerintahan Sultan yang baru negeri johor lebih aman maju dan makmur.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

23 January 2010

KEMANGKATAN SULTAN JOHOR


DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail
telah mangkat pada petang semalam ketika berumur 77 tahun. Baginda mula menaiki tahkta sebagai Sultan Johor pada 10 Mei 1981 apabila ayahdanya Almarhum Tuanku Sultan Ismail mangkat. Baginda juga pernah menjadi Yang DiPertuan Agong ke 8 dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Takziah saya ucapkan kepada seluruh Kaum Kerabat Di Raja Johor dan juga kepada Pemangku Raja Johor.
Semoga ALLAH S.W.T mencucuri rahmat ke atas nya.
 
Al-Fatihah....


09 January 2010

20 SIFAT 'ALLAH SWT'



01 - WUJUD ertinya ada

Dalil aqli : Bukti adanya Allah ialah adanya alam ini dan seluruh isinya. Tidak mungkin ada sesuatu itu tanpa ada yang menjadikanya.

Adapun zat ALLAH itu tiada siapa yang menjadikan malah wujudnya zat Allah tidak dikeranakan oleh sesuatu sebab.

02 - QIDAM ertinya sedia ( tidak ada permulaan )

Wujudnya Allah adalah sedia tanpa ada permulaan dan tiada siapa yang menjadikan-Nya. Mustahil bagi-Nya ada permulaan kerana kalau Ia ada permulaan maka samalah dengan kejadiaan makhluk lain ,maka Ia bukan tuhan.

03 - BAQA' ertinya kekal ( tidak ada kesudahan )

Allah SWT itu bersifat kekal dan tidak berlaku pada-Nya kesudahan. Allah kekal selamanya kerana kewujudan-Nya itu tiada sapa yang menjadikan, maka tentulah tidak ada siapa yang akan memusnahkan-Nya.

04 - MUKHALAFATUHU LIL HAWADIS ertinya bersalahan Allah Taala dengan segala sesuatu yang baru

Tidak sama Allah itu dengan segala yang baru (makhluk) baik dari segi zat, sifat dan perbuatan-Nya. Antara yang menjadikan dengan yang dijadikan sudah tentu berbeza.

05 - QIYAMUHU BINAFSIHI ertinya berdiri Allah Taala dengan sendirinya

Allah SWT tidak memerlukan kepada yang lain selain-Nya kerana jika Ia memerluka kepada yang lain, maka ia adalah lemah, tidak sempurna dan Ia bukan Tuhan.

06 - WAHDANIAH ertinya esa

Allah itu esa atau tunggal pada zat, sifat dan perbuatan-Nya Mustahil bagi-Nya berbilang - bilang kerana sudah tentu akan berlaku berbeza pendapat yang mengakibatkan timbul perselisihan yang membinasakan alam ini.

07 - QUDRAT - ertinya berkuasa

Allah berkuasa ataupun berupaya mengadakan sesuatu dan berkuasa mentiadakan sesuatu. Ertinya Allah berkuasa berbuat apa sahaja yang ia kehendaki.

08 - IRADAT ertinya berkehendak

Allah Taala menetukan segala sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa paksaan dari sesiapa. Mustahil bagiNya dipaksa kerana itu menandakan kelemahan.

09 - ILMU ertinya mengetahui

Allah SWT mengetahui secara jelas dan tepat meliputi segala sesuatu sama ada perkara yang ada atau tiada, yang nyata atau tersembunyi tanpa batasan. Kejadian serta perjalanan alam yang begitu teratur membuktikan ilmu Allah yang tiada bandingan.

10 - HAYAT ertinya hidup

Allah hidup selama - lamanya dan hidupnya Allah itu tidak seperti hidupnya makhluk memerlukan kepada nyawa, nafas, makan dan minum dan sebagainya. Mustahil Ia mati kerana perjalanan alam ini sentiasa teratur mengikut ketetapan-Nya.

11 - SAMA' ertinya mendengar

Allah Taala Maha mendengar dan mendengar Allah itu tidak seperti pendengaran makhluk yang memerlukan telinga, perantaraan suara, dibatasi oleh jarak dan sebagainya.

12 - BASAR ertinya melihat

Allah Taala Maha melihat dan melihatnya Allah itu tidak seperti melihatnya makhluk yang memerlukan perantaraan mata dan sebagainya. Mustahil bagi-Nya buta atau melihat seperti penglihatan makhluk kerana itu merupakan sifat kekurangan.

13 - KALAM ertinya berkata - kata

Allah Taala itu berkata - kata tetapi tidak seperti makhluk, yakni tidak memerluka mulut, tidak berlafaz, tidak ada kalimah, tidak ada dahulu dan kemudian serta tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan.

14 - KAUNUHU QADIRAN ertinya keadaan yang berkuasa ( rujuk dalil sifat QUDRAT )

15 - KAUNUHU MURIDAN ertinya keadaan yang berkehendak ( rujuk dalil sifat IRADAH )

16 - KAUNUHU 'ALIMAN ertinya keadaan yang mengetahui ( rujuk dalil sifat ILMU )

17 - KAUNUHU HAIYAN ertinya keadaan yang hidup ( rujuk dalil sifat HAYAT )

18 - KAUNUHU SAMI'AN ertinya keadaan yang mendengar ( rujuk dalil sifat SAMAK )

19 - KAUNUHU BASIRAN ertinya keadaan yang melihat ( rujuk dalil sifat BASAR )

20 - KAUNUHU MUTAKALLIMAN ertinya keadaan yang berkata - kata ( rujuk dalil sifat KALAM )



Jadi kepada yang beragama kristian saya ingin bertanya '' Adakah tuhan yang kamu ingin panggil ALLAH itu mempunyai sifat - sifat yang di atas ? ''. Tentu sekali jawapanya tidak bukan, kerana tuhan kamu adalah bersifat trinity iaitu tuhan bapa , tuhan anak dan roh kudus. Jadi memang menjadi kesalahan apabila kamu ingin menyamakan tuhan kamu dengan tuhan orang islam dengan menggunakan perkataan yang sama..

05 January 2010

99 NAMA "ALLAH''


99 NAMA ''ALLAH''

Pada setiap manusia terdapat angka 99 pada tapak tangan mereka yang mana bagi umat islam ianya merujuk kepada 99 nama ALLAH SWT.



02 January 2010

ALLAH hanya untuk ISLAM

walaupun saya tidak banyak ilmu agama tapi saya memang 100% tidak dapat menerima keputusan mahkamah yang membenarkan HERALD TRIBUNE mengunakan perkataan ALLAH,.. Semasa saya di luar negara telah banyak kali saya membaca risalah tentang agama kristian, bukan untuk menerima tetapi sekadar ingin mengetahui pembohongan di dalam agama mereka. Memang ada risalah yang menyatakan tuhan itu ALLAH tetapi mereka tidak mengakuinya, sebaliknya menyatakan yesus itu anak tuhan dan perlu di sembah, jadi untuk apa mereka menggunakan nama ALLAH, mereka tiada hak kerena bagi mereka yesus itulah tuhan mereka, ini semua adalah untuk mengaburi bagi mereka yang tidak tahu agama supaya mereka dapat meyakikan bahawa tuhan ISLAM dan kristian sama iaitu ALLAH. Tetapi ada ke mereka mengakuinya di dalam bible, yang saya tahu tiada dan bible sekarang pun telah baanyak di ubah bukannya kitab injil yang asli, hanya kitab suci AL - QURAN sahaja yang tidak di ubah walau sekelumit.

Tapi yang peliknya mana perginya alim ulama ??. Kenapa berdiam diri saja (setakat ini). Padahal yang beragama kristian tidak la ramai mana pun, sekelumit sahaja.

Hal seperti ini lah sepatutnya nik aziz meminta agar pengikutnya berdoa supaya mereka - mereka ini tidak mempermainkan AGAMA ISLAM bukanya berdoa kepada orang yang sesama agama supaya di timpa musibah..