bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

13 October 2010

GILA MEROYAN


Nampaknya anuWar meroyan lagi di Indonesia. Kenapa sibuk sangat nak mempromosi diri di sana. Apa masa menggundi nanti rakyat Indonesia ke yang akan menggundi. Tak perlu lah ingin menjadi hero, masalah diri sendiri makin bertambah dan tak selesai lagi asyik tertangguh je ni dok sibuk nak mempromosi diri kononya dapat selesaikan masalah Malaysia Indonesia hanya dalam masa beberapa minggu jika beliau jadi PM Malaysia.

Ha ha ha ha ha, tak habis meroyannya anuWAR nie,. Sudah - sudah la meroyan, pekong semakin banyak terbelah, sudah membusuk bernanah dah satu Malaysia baunya. Asyik selalu saja pergi ke Indonesia, jangan - jangan nak cuba jadi Presiden Indonesia kot ??. Elok jugak rasanya kerana di sana lebih demokrasi sehinggakan anak sendiri boleh pilih nak menganuti agama apa, mak bapak tidak boleh halang. Tu belum lagi masuk bab - bab yang lain, cari la sendiri.

Sumber Utusan Malaysia


SUDAH AJALNYA







Tragedi 10.10.10 di km 223.2 utara selatan 

Takziah kepada keluarga yang terlibat dan sedekah al-fatihah kepada mangsa yang meninggal, semoga roh mereka yang beragama islam berada di samping orang yang beriman dan disisi Allah.... Amin....

Terima kasih kepada pemberi gambar..

10 October 2010

KEBIADAPAN WAYTHA MOORTHY


Sungguh biadab apabila pengerusi hindraf p.waytha moorthy mengeluarkan kenyataan dengan menganggap Sultan Ibrahim adalah jurucakap kepada Perkasa dan juga menuduh baginda mencemar permisahan kuasa dan demokrasi berparlimen. Memang waytha tidak memahami apa saranan yang sebenarnya, apa yang di tahu adalah menghentam sapa saja yang cuba mempertahankan kaum melayu.

Saya memang setuju 100% bahawa dikenekan tindakan supaya waytha tidak dibenarkan kembali lagi ke Malaysia dan juga tarik saja kerakyatan beliau kerana waytha tidak lagi menghormati institusi diraja yang menjadi penaung di bumi Malaysia ini. Orang seperti ini tidak diperlukan di Malaysia, tiada jasa yang dibuat tetapi hanyalah pembuat kacau kepada keharmonian yang telah lama wujud di bumi Malaysia.

Sultan Ibrahim begitu disayanggi oleh rakyat negeri Johor, sesungguhnya rakyat Johor tidak akan dapat menerima kenyataan yang dibuat oleh maytha..



DAULAT TUANKU  !!!
DAULAT TUANKU  !!!
DAULAT TUANKU  !!!

09 October 2010

BOT IKAN DILANGGAR


 
Menurut utusan malaysia sebuah bot nelayan telah dilanggar oleh sebuah kapal dagang, ketika kejadian dikatakan bahawa krew bot ikan tersebut sedang tidur dan bot tersebut dalam perjalanan pulang membawa hasil tangkapan.

Apa yang ingin dikata adalah kita tidak mengetahui perkara sebenar, kerana kita tidak tahu siapa yang bersalah atau siapa yanfg tidak mengikuti Rule Of the Road (ROR). Boleh jadi kapal dagang tersebut yang salah atau mungkin bot ikan tersebut yang bersalah. Situasi di laut tidak sama dengan di darat, jauh bezanya.

Setiap pegawai kapal dagang sudah pastinya megetahui dengan mendalam apa itu ROR dan apalagi pada masa kejadian pada pukul 0340 pagi dimana pegawai yang bertugas adalah 2nd Officer yang boleh dikatogeri pegawai yang berpengalaman dan pastinya dibantu oleh seorang kelasi. Kemungkin pegawai dan kelasi tersebut tidak dapat mengesan kehadiran bot ikan atau pada masa kejadian keduanya tertido hingga tidak sedar apa yang terjadi. Kemungkinan juga mereka sedar kehadiran bot tetapi telah melakukan kesilapan dalam untuk menggelakan berlakunya perlanggaran tetapi sebaliknya berlaku perlanggaran.

Bagi bot ikan pula mungkin ianya tidak mengikuti peraturan - peraturan yang terdapat di dalam ROR, ini kerana ada segelintir nelayan tidak pun mengetahui wujudnya peraturan tersebut, walaupun ada usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan memberi pengetahuan kepada nelayan namun kita tidak dapat pastikan bahawa semasa kejadian adakah kelasi yang dipertanggungjawabkan mengendali bot memahami peraturan di laut ?. Sekiranya beliau memahami peraturan di laut adakah pada waktu itu ianya benar - benar mengikutinya. Ini Kerana ada segelintir bot ikan sengaja tidak mengikuti peraturan tersebut kerana bagi mereka yang besar perlu mengelak yang kecil, tetapi di laut tidak kira besar atau kecil sebaliknya kesemua perlu mengikuti peraturan yang terdapat di dalam ROR.

Ini adalah andain saya sahaja, apap pun saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa..

05 October 2010

BIASISWA PELAUT


Pada 30hb 9 yang lepas bertempat di pejebat jabatan laut wilayah tengah telah di adakan sembutan hari terbuka pelaut malaysia sempena hari raya berserta sambutan pelaut sedunia pada 26 hb 10 2010. Bertemakan "salute to seafarers", mengharapkan supaya pelaut - pelaut di malaysia tidak dipandang remeh oleh setengah pihak yang tidak memahami dengan sebenarnya pengorbanan seorang pelaut.

Pada hari tersebut juga telah disampaikan biasiswa kepada 6 orang pelaut untuk digunakan bagi menampung pembelanjaan mengikuti kursus Officer in Charge of a Navigational Watch 500GT or more in Near Coastal Trade Voyage [ WKO ] di Pelita Akademi yang terletek di Kuala Kubu Bahru. Dalam waktu ini ada seramai 26 pelaut malaysia berbangsa melayu ( termasuk diri saya )sedang mengikuti kursus tersebut. Ada diantara mereka yang di tanggung oleh syarikat tempat berkhidmat dan ada pula yang menggunakan kewaangan sendiri.

Sememangnya kos yang di perlukan bukanlah sedikit,. Kos untuk kursus selama 6 bulan adalah sekitar Rm 10 600 tidak termasuk duit makan dan minum, rumah sewa, bayaran kereta dan bagi yang sudah berumah tangga pula perlu memberi tanggung kepada anak dan isteri, ini kerana 70 % yang mengikuti kursus adalah yang sudah berumah tangga.

Untuk mengikuti kursus ini pula seseorang itu perlulah telah berkhidmat di laut ( atas kapal ) sebagai seorang kelasi sekurangnya selama 3 tahun, kerana pengalaman bekerja perlu, ini kerana apabila selesai menghadiri kursus ini dan setelah lulus peperiksaan oral dengan pegawai jabatan laut, pelaut ini akan menjadi pegawai di atas sebuah kapal. Pengalaman sebagai kelasi amat di perlukan apabila menjadi seorang pegawai.

Dengan ada nya biasiswa ini walaupun buat permulaan hanya 6 orang yang di taja, walaupun maklumat untuk mendapatkan biasiswa bagi tahun 2010 tidak sampai kepada kebanyakan pelaut, hanya segelintir saja yang mengetahuinya. Diharapkan bagi tahun akan datang semakin ramai pelaut memohon untuk mendapatkannya. Supaya semakin ramai pegawai dari rakyat malaysia untuk menggantikan pegawai - pegawai sekarang yang kebanyakkannya dari luar malaysia. Biasiswa ini ditaja oleh Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut ( KWPPL )


Usaha yang dilakukan Pelita Akademi jugak adalah dibanggakan kerana ingin membantu anak bangsa, Pelita Akademi telah menggenekan yuran yang agak murah jika ingin dibandingkan dengan sebuah lagi institut laut iaitu ALAM di melaka. Perbezaan yuran yang begitu ketara menyebabakan Pelita menjadi pilihan pelaut. ALAM pula menumpukan dalam melahirkan kadet - kadet yang berkualiti untuk menjadi pegawai bagi kapal Foreign Going..


SALUTE TO SEAFARER'S