bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

28 May 2013

BETUL KE ANAK MAHATHIR TAUKE ARAK ???.


01. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

02. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

03. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

04. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

05. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp (,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan. Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.

Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina. Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

06. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

07. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

08. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

09. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”

  
Jadi kepada para pencacai semua, sudah - sudah lah bawak isu ini. Asyik mencari kesalahan orang tapi kain sendiri koyak tidak perasan.

23 May 2013

ALAHAI NURUL IZZAH 6 : NAK JADI MENTERI LUAR PULAK KE ?


* Nak wat pe sibuk - sibuk, memang takkan berhasil punya lah. Sedangkan rakyat Singapore sendiri pun tidak pernah buat demo, kerana takut tindakan tegas. Inikan pulak rakyat luar. Orang bagi masuk negaranya untuk bekerja bukan untuk berdemo.. Hu hu hu hu

20 May 2013

MELAYU SUNGGUH CEO AIR ASIA X NIE...





Orang yang menggaku dirinya lebih melayu dari orang lain sehingga menggata Utusan Malaysia perkauman.

Inilah melayu liberal yang lupa diri. Dalam islam dah terang lagi nyata seorang lelaki tidak boleh menyerupai dan berpakaian seperti seorang wanita. Bila diri sudah kaya, banyak duit, mula la lupa diri dan sibuk nak jadi liberal.


17 May 2013

PERLAWANAN BADMINTON NAJIB LAWAN ANWAR


Diambil dari blog Zulkifli Bin Noordin

Salam 2 all.

Nampak gaya Anwar masih dok meroyan keliling bandar menghasut rakyat yang sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang PRU-13 dan dia yang patut jadi PM. Antara alasannya ialah pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat undi terbanyak, atau dipanggil undi popular.
Ramai jugak rupanya yang sama meroyan macam Anwar dok percaya kelentong dia.
Inilah yang dikatakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar!
Maknanya dema tak faham sistem pilihanraya first past the post yang Malaysia telah diamalkan sejak PRU-1 lagi, yang sama saperti diamalkan oleh banyak negara maju dan moden termasuk Britain dan lain-lain.

Apa makna 'first past the post'?
Maknanya siapa yang dapat kerusi 112 yang pertama dalam PRU akan menjadi Kerajaan Malaysia dan ketuanya Perdana Menteri. Sempoi kan? Senang je nak faham!
Pasal apa?
Pasal Parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Separuh daripadanya ialah 111. Kalau BN 111, pembangkang DAP-PKR-PAS 111, itu namanya 'hung Parliament' - Parlimen tergantung. Dua-dua tidak menang dan tidak kalah. Tapi mana-mana parti dapat 112, iaitu lebih satu daripada lawannya, dia dikira menang dan jadi gomen!
Ada faham yop?

Kita tidak gunakan konsep 'undi popular' sebab kedudukan geo-politik kita tidak sama. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen 108 Shah Alam contohnya, keluasan geografinya kecil tetapi padat, iaitu sebanyak 100,076 pengundi.
Pengundi luar bandar contohnya Parlimen 188 Silam hanya ada 51,590, separuh daripada di Parlimen Shah Alam. Tetapi kawasan geografinya terlalu luas!
Walaupun jumlah pengundi tidak sama, tetapi nilai kerusinya tetap sama - iaitu satu kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen!

Jadi kenyataan Anwar menyatakan pembangkang menang PRU-13 kerana undi popularnya lebih walaupun sedikit kerusi adalah satu kenyataan yang bodoh lagi memperbodohkan rakyat!

Kita ambil contoh begini.
Dalam Final Badminton Piala All-Malaysia diantara Najib -lwn- Anwar, keputusannya saperti berikut:

Set 1: Najib 21 - Anwar 19;
Set 2: Anwar 21 - Najib 3;
Set 3: Najib 21 - Anwar 19.

Mike semua tahu dalam game diatas, juaranya ialah Najib yang menang 2 set menewaskan Anwar yang menang 1 set. Itulah peraturannya, first past the post. Najib melepasi post 2 set, sedangkan Anwar 1 set.

Tapi apa kata kalau Anwar melalak satu kampung kata dia menang sebab jumlah mata poin dia 59, sedangkan Najib 45 mata poin.
Nampak, mike pun dah tersenyum senget. Kalau Anwar kata dia menang, dan mengajak satu kampung pergi berlarak ke jalanraya untuk tuntut kemenangan, tentu mike akan cari wad kosong di Hospital Mental Tanjung Rambutan untuk masukkan Anwar dan para penyokong dia, betul kan yop?

Jadi ringkasnya, janganlah perbodohkan diri sendiri dengan mengikut manusia desperado dan bodoh; yang dek kerana terlalu gila meroyan nak ke Putrajaya, sampai sanggup memperbodohkan rakyat!
Bagitahu Anwar kita tidak sebodoh dia; tolak Anwar seratus satu peratus yop!
Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
05 Rejab 1434
16 Mei 2013

*Ilustrasi badiminton diatas adalah daripada idea kreatif blogger www.rbfonline.net
** Jadi kepada semua pencacai nuar aljub, kenapalah korang meroyan jugak macam nuar aljub yang tak dapat jadi PM. Berfikirla dengan akal fikiran yang matang, terima la keputusan dengan hati terbuka. Ianya adalah takdir yang telah tersurat..

06 May 2013

KEPUTUSAN PENUH PRU 13



INI KALI LAH INNALILLAH
LAIN KALI LAH ALHAMDULILLAH

INI KALI LAH OPSSSS LAIN KALI LAH YER....


Terima kasih kepada pengundi yang mengundi Barisan Nasional. Alhamdullillah Barisan Nasional masih lagi menjadi pemerintah dibumi Malaysia ini. Namun beberapa negeri masih lagi dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat @ Pakatan Haram iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Manakala Kedah kembali ke pangkuan BN.