bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

08 December 2013

BERAKHIRNYA PAU 2013 DAN BANJIR YANG MELANDA


Berakhir sudah Perhimpunan Agung UMNO 2013. Najib juga menggariskan 3 perkara utama iaitu Agama Islam, Ekonomi Bumiputera dan Transformasi.

Diharap apa yang digariskan oleh Najib dapat dilaksanakan dengan sempurna, jangan hanya berkokok diatas pentas saja. Lebihkan bumiputera yang telah memberi banyak undi kepada UMNO dan Barisan Nasional. Untuk piliharan raya umum akan datang dan juga sekiranya ada pilihan raya kecil, tidak perlu lagi memeberi makan kepada kaum cina yang tidak pun memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Seeloknya dana yang ada disimpan untuk kegunaan kecemasan seperti yang berlaku sekarang, negeri pantai timur dan juga Johor dilanda banjir. Bukankah dana tersebut sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban rakyat. Kalau tidak pun dari dibelanjakan makanan kepada yang tidak membantu kerajaan, kan bagus dibelanjakan dengan membeli barangan asas untuk memasak.

Beli dan simpanlah makanan didalam tin yang lain selain dari sardin sahaja, kerana makanan didalam tin boleh kekal lama. Begitu juga dibelanjakan keatas khemah untuk keselesaan mangsa banjir. Kita sebuah negara Islam, ramai mangsa banjir beragama Islam. Jadi sekiranya diberi khemah, anak dara nak tidur pun selesa tidak takut diperhatikan, si ibu hendak menyusukan anak pun selesa tidak takut dijeling, mereka ingin menukar pakain pun senang.

Hanya Islam ASWJ saja yang dibenarkan di Malaysia, maka segera la mengambil tindakan kepada mana - mana penganut ajaran lain terutama Syiah yang memang terbukti kesesatannya.

 Contoh penganut syiah yang sesat
 
UMNO perlu berubah, begitu juga dengan bantuan mangsa banjir. Diharap untuk tahun hadapan dapatla kiranya diberi khemah kepada mangsa banjir dari hanya diberikan tikar saja.

Tahniah kepada UMNO kerana Berani Berubah, diharap Berubah Benar.
Takziah kepada mangsa banjir, diharap bersabar dengan ujian kali ini.

11 November 2013

BUKTI BLOGER PKR YANG AMAT JAHIL


Buktinya printscreen diatas yang menunjukkan betapa jahilnya bloger pencacai nie. Memang dasar pencacai, segala apa yang dilakukan oleh PDRM dan juga Kerajaan semuanya adalah satu kesalahan. Apa yang ada didalam kepala otak mereka tu entahla. Selagi celik je mata sampai tertutup mata, semuanya salah UMNO.

Memang dasar pakatan, penjenayah akan dipertahankan. PDRM lambat bertindak dipersalahkan, PDRM bertindak pun dipersalahkan.

Link ke blog beliau :- negarapakatanrakyat

20 October 2013

TERUSKAN PERJUANGAN


Tahniah kepada yang menang. Untuk Mukhriz, masih ada lagi peluang dimasa akan datang. Walaupun kalah, ianya memberikan saingan yang senggit terhadap Hisam ckmm. Walaupun ckmm mendapat sokongan moral dari sepupunya Najib dan juga ketua wanita dan pemuda UMNO yang mengarahkan ahli meraka menggundinya. Namun ramai yang tidak termakan pujukan tersebut. Mukhriz kalah bermaruh kerana mengharunggi berbagai rintangan. Hisam menang tetapi bacul kerana dibantu sepupunya serta ketua wanita dan pemuda UMNO.

Hisam ckmm dah tak boleh tersenggih je kerana ramai perwakilan yang tidak suka pada beliau. Beliau kena berubah dari lembik kepada keras, dari amaran kepada tindakan. Tapi mampukah beliau ????.

Kupasan dari bloger lain :-

http://medantempurkedah.blogspot.com
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com
http://parpukari.blogspot.com
http://jinggo-fotopages.blogspot.com
http://mstar.com.my

Keputusan rasmi penuh :-

http://aku-tak-peduli.blogspot.com

18 October 2013

PENJELASAN MENGGENAI KALIMAH ALLAH S.W.T


Salam 2 all.

Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.
Semuanya akibat mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah mensyirikkan dan mengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.
Antara isu dan persoalan yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah seperti berikut:

1. 'Arab kristian dah lama pakai!

Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.
Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.

Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: الله
Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:
Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.

Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?
Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.
Tetapi bila melihat tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

Bahasa Melayu membezakan 'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.
Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.

Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu:  الله
Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'.
Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.

Itulah perbezaannya. Ini namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.
Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!

Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad.
Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.
Untuk bacaan seterusnya sila ke :-

03 October 2013

TAHNIAH KERANA AKTA PENCEGAH JENAYAH DILULUSKAN


Semalam, ahli parlimen berbahas sehingga awal pagi hanya kerana ingin meluluskan akta pencegahan jenayah yang akhirnya diluluskan dengan 116 menyokong manakala 99 menentang. Selepas ini pihak berkuasa sudah mendapat kembali taringnya, maka bertambah gusarlah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah.

Namun apa yang agak dikesalkan adalah bekas menteri KDN tidak hadir diparlimen, rupanya sibuk berkempen untuk PAU akan datang, sapa lagi jika bukan hisamuddin ckmm. Nampaknya agenda diri sendiri lebih penting dari agenda keselamatan negara. Macam ini ke pemimpin yang perlu disokong pada PAU nanti ?.

Harap pihak perwakilan berfikirlah dengan waras siapa yang akan dipilih nanti. Pilihlah pemimpin yang mengutamakan perjuagan agama bangsa dan negara, bukanya pemimpin yang mengutamakan perut sendiri saja.

Untuk lebih lanjut sila ke:-

theflyingkick.blogspot.com
pendekarawang1.blogspot.com
khairulryezal.blogspot.com

SIAPA DIA OMAR ONG ???.


Apa yang istimewa sangat mamat nie ?. Apa yang telah dia buat sampai bloger the unspinner marah sangat. Sila klik link dibawah untuk lebih lanjut.

Kisah pembatalan ISA
Kisah CEO baru FGV
Kisah Trojan Horse DAP
Kisah Petronas

02 October 2013

DANGA BAY BERMASAALAH ??.


Apa masaalahnya dengan danga bay nie ?. Apa yang istimewa sangat sampai ditegur dalam laporan audit 2012 bagi Kerajaan Johor ?. Nak tahu lebih lanjut boleh la ke:-

dtenggara.blogspot.com

22 September 2013

KRITERIA YANG WAJIB ADA PADA PEMIMPIN YANG AKAN DIPILIH NANTI


Kepada hampir 148 ribu pemilih yang bakal menentukan pemimpin UMNO kelak, tolong gunakan sepenuhnya AKAL yang ALLAH SWT kurniakan untuk memilih pemimpin yang mempunyai kriteria penting seperti dibawah ini :- 

1) Mementingkan urusan dan maruah agama islam.

2) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan islam.

3) Mementingkan urusan dan kepentingan melayu bumiputra.

4) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan bangsa melayu bumiputra.

5) Keputusan dan pendirian politik hendaklah berlandaskan kepada 2 perkara sahaja. YES OR NO.

6) Pemimpin yang dipilih hendaklah tiada mengalami masalah takut, ragu-ragu dan tiada banyak mengamalkan keputusan BISEXSUAL DECISION. biseksual decision itu dimengertikan sebagai pemimpin yang takde pendirian dan takut hilang undi. tiada jati diri dan keyakinan diri. pemimpin kriteria ini WAJIB ditolak. 

7) Pemimpin ini wajar mengutamakan hak dan dasar kepada kepelbagaian kelompok melayu dalam malaysia. melayu bukan sekadar dalam felda,felcra dan kakitangan kerajaan sahaja. sebaliknya kelompok melayu terbanyak sebenarnya berada di kawasan pinggiran dan bandaran yang pada saat ini sedang bertarung hebat dalam sosio ekonomi dan sosialnya.

Baca seterusnya di :-

21 September 2013

SAMBUTAN ULANG TAHUN ATM DAN PENAMAAN CALON UNTUK PAU



Sekitar sambutan hari Angkatan Tentera Malaysia ke 80 di dataran merdeka pagi tadi.

Untuk gambar selebihnya sila ke :-



Majlis penyerahan borang bagi Pemilihan Agung UMNO oktober nanti

Untuk gambar selebihnya sila ke :-

RASHID SIDEK TIDAK HEBAT PUN..


Peh hebat betul kenyataan Presidan BAM yang baru nie. Dia nie hebat sangat ke ?. Mengikut kenyataan Utusan, klik sini beliau pernah menjadi juara didalam acara perseorangan dan juga beregu. Namun adakah kejuaraan yang dimilikinya itu lebih hebat lagi dari apa yang Rashid miliki ?. Berapa banyak pula pemain yang dilatihnya hingga berjaya membawa pulang pingat ?. Sampai sanggup keluarkan kenyataan bahawa Rashid Sidek tidak sehebat mana.

Hebat mana yang dimaksudkan tu ?. Sebagai seorang pemain atau jurulatih ?. Jika sebagai seorang pemain, kita memang sudah tahu kehebatan Rashid. Piala Thomas, pingat gangsa olimpik dan bermacam lagi, adakah itu dikatakan tidak hebat ?. Bagaimana pula sebagai jurulatih ?. Memang anak didik Rashid belum ada yang boleh dibanggakan, namun kita tidak boleh menyalahkan jurulatih 100%. Kita tidak pasti sekiranya didalam latihan ada campurtangan pihak atasan atau individu yang dilatih itu sendiri samada memberikan 100% tumpuan atau hanya sekadar menghadirkan diri ?.

Apalah nasib BAM pada masa akan datang. Yang boleh dibanggakan sekarang hanyalah Lee Chong Wei, malah hanya tinggal berapa tahun saja LCW boleh bertahan. Kita tunggu dan lihat adakah Mahaleel boleh membuat perubahan dan melahirkan jurulatih dan pemain yang hebat atau pencapainnya lebih teruk lagi dari zaman pimpinan Nadzmi ?.



NILAI MELAYU HANYA 5 SEN..


Itulah nilai melayu didalam DAP, rendah sungguh nilainya. Rasanya paling sesuai melayu didalam DAP tiada nilai lansung, satu sen pun tak laku. Sudah terangan DAP itu parti perkauman hanya untuk bangsa cina, yang melayu hidung tak mancung pipi tersorong sapa suruh.

Saya percaya dan yakin, sekiranya satu masa nanti LKS telah tiada dan begitu juga LGE. DAP tetap parti perkauman, kerana itulah perjuangan mereka. DAP memang selamanya parti perkauman yang hanya untuk bangsa cina saja.

Untuk kupasan lanjut sila ke :-
antarapos.com

19 September 2013

ANTARA PENDEDAHAN DINASTI LIM DAP

 

Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.
 
Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
 
Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.
 
Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
 
Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.
 
i)              Cawangan sijil A
ii)            Cawangan sijil B 
 
Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.
 
Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.
 
Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.
 
Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.
 
Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
 
Baca seterusnya di :-

Semakin panas nampaknya isu dalaman DAP nie, kita saksikan saja apa kesudahannya nanti..

05 September 2013

KENAIKAN HARGA MINYAK, PENCACAI DITIPU PENIPU ??.


Manusia yang bernama Rafizi nie memang penipu ke ?. Kalau tidak kenapa fakta yang diberikan tidak menyeluruh ?.

Nak tahu lebih lanjut sila ke :-
novandri.blogspot.com

Untuk kupasan yang menarik mengenai pengurangan subsidi minyak sila ke :-
maelpengerang.blogspot.com

31 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KALI KE 56


Jika tahun sebelumnya ada pihak yang tidak sedar diri dan terlalu bodoh sehingga tidak boleh diajar ingin menukar Jalur Gemilang dengan bendera yang lain, klik sini. Pada tahun ini sekali lagi ada pihak yang pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar ingin mengantikan Jalur Gemilang dengan bendera yang baru.


Mengikut penjelasannya di sini, bendera ini secara rasminya dikibarkan pada tahun 17 mac 1948 ketika kongres Islam di gunung semanggol. Tetapi mengapa mempunyai 12 bintang, sedangkan pada tahun tersebut Malaysia yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari 11 buah negeri iaitu 9 negeri negeri melayu yang mempunyai Sultan dan Yang DiPertuan Besar [ Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang ] serta Pulau Pinang dan Melaka. Rujuk Sini.


Jadi apa motifnya 12 bintang itu ??.


Kalau penjelasan pada print screen diatas memang 100% boleh diterima. Maklumlah syiah nie sebenarnya memang sudah lama bertapak didalam bumi Malaysia, cuma baru - baru ini sahaja kesesatan syiah telah diketahui umum. Kenapa 12, kerana syiah begitu mengagungkan 12 orang imam mereka.

12 orang imam syiah

Didalam syiah rukun Islam mereka sama juga seperti rukun Islam ASWJ tetapi Mengucap Dua Kalimah Syahadah telah digantikan dengan wilayah. Wilayah itulah 12 imam yang mereka agungkan melebihi dari Allah S.W.T. Sebab tu syiah nie bukan Islam, kerana mereka sudah tidak Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Sekiranya mereka berkata masih lagi mengucap, itu bermakna mereka berbohong dan berbohong itu wajib bagi puak syiah ini. Nak tahu dari mana sumbernya, sila lihat penjelasan Ustaz Nasim ini.


Ramai rupanya rakyat di Malaysia ini yang belum Merdeka, dijajah oleh pemikiran dan fahaman ajaran sesat.

MALAYSIAKU BERDAULAT :  TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
MERDEKA !!
MERDEKA !!
MERDEKA !!

21 August 2013

5 PENJENAYAH DITEMBAK MATI, POLIS DIPERTIKAIKAN

Inilah tahap pemikiran yang baggang dan bebal

Bila jenayah banyak, berlaku pembunuhan, tembak menembak. Kesalahan diletakan pada bahu polis 100%. Namun bila polis mula bertindak, menembak mati penjenayah, pun disalahkan polis juga. Bermacam cacian dan kejian yang dilemparkan. Menunjukkan yang tahap pemikiran mereka berada didalam tempurung

Apa masalahnya jika tiada seorang pun anggota polis yang tidak terkena tembakan. Mungkin semasa serbuan mereka memakai pakaian kalis peluru, jika tidak pun bukankah anggota polis kita terlatih dalam menggendalikan senjata dan juga mahir dalam melakukan serbuan. Mereka memang dilatih untuk menghadapi situasi sedemikian. Namun bagi penjenayah, sudah pastinya mereka tidak terlatih dan hanya pandai menggunakan senjata, main tembak saje. Ini bukan filem setem dimana anggota polis menembak penjenayah yang tidak bersembunyi pun tidak kena.

Semasa serbuan, penjenayah yang ada memang bangsa india. Dah tentulah yang mati kena tembak bangsa tersebut. Takkan la bangsa lain pulak. Apa punya tahap pemikiran la macam gini. Semakin maju makin banyak pulak yang banggang dan bebal tidak boleh berfikir dengan waras sesuatu perkara. Penjenayah ini dari geng 04 yang memang kesemuanya berbangsa india.
 
 





Tahniah PDRM, hapuskan semua penjenayah di bumi Malaysia.

17 August 2013

INI BARU BERANI PUNYA MENTERI


Nampaknya kata memang dikota apabila pemilik resort di sedili yang membiarkan surau digunakan untuk aktiviti agama lain telah ditarik taraf Pemastautin Tetap [PR]. Nampaknya kena balik singapore la ye, tak perlu la nak duduk di Malaysia lagi.

Sumber networkedblogs.com

16 August 2013

SUAMI DAYUS DAN BACUL II


Dah belasah isterinya tak mengaku pulak dia yang buat. Adakah video yang telah tersebar tidak boleh dijadikan bukti kerana video adalah besi dan perlukan saksi 4 orang untuk mengesahkan kejadian tersebut ?.

Atau perlaku didalam video tersebut macam dia tapi bukan dia kerana telah diklon dan dilakonkan oleh orang UMNO semata untuk menfitnah dirinya ?.

Cerita lanjut sila ke.
theflyingkick.blogspot.com
gmc-gunungmatcincang.blogspot
http://www.sinarharian.com.my

15 August 2013

SUAMI DAYUS DAN BACUL


Sungguh dayusnya seorang lelaki apabila memukul isterinya, apatah lagi dihadapan anaknya. Apabila laporan polis sudah dibuat dan sudah keluar berita, menghilangkan diri pulak. Mana perginya kejantanan diri ??. Dengan perempuan berani pulak, dengan polis lari pulak hilang telor dan segala keberanian..

Dibawah adalah pengakuan Isteri yang menjadi mangsa

 

Menurut wanita berkenaan, beliau dan suaminya telah lama tidak berkomunikasi diantara satu sama lain disebabkan masalah rumahtangga. Kejadian tersebut juga dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.

Wanita berkenaan juga turut mengakui bahawa suaminya bertindak sedemikian untuk kali pertama sejak mereka berkahwin.

Akibat kejadian itu, wanita berkenaan kini terpaksa menahan kesakitan apabila mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Suami wanita berkenaan berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang yang dimaklumkan merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang kini masih diburu Polis ekoran tersebarnya rakaman CCTV insiden terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

*Update*

Suami dayus dan bacul telah menyerah diri info

13 August 2013

ADAKAH MUHYIDDIN AKAN BERTANDING PRESIDEN PARTI ?..


Itulah harapan saya pada PAU 13. Diharap Muhyiddin berani menentang Presiden sekarang dan harapan juga agar seramai 150 000 melayu ahli UMNO yang layak menentukan barisan kepimpinan UMNO yang baru, berani membuat perubahan dengan memilih Presiden parti yang baru.

Untuk ulasan lanjut sila ke :-
dinturtle.blogspot.com

09 August 2013

PENAFIAN ALAN TANG


Untuk artikel sebelumnya sila ke sini.

Untuk artikel yang menggenai laporan polis yang beliau buat sila ke novandri.blogspot.com

Kita biarkan pihak polis menjalankan siasatan. Diharap selepas ini jangan ada lagi provokasi melampau seperti ini lagi.

08 August 2013

PAK LAH AWAKENING


Lama sangat tidur, PAU 13 dah dekat baru nak terjaga ye..

Untuk ulasan lanjut sila ke :-
sensecredaccountability.blogspot.com
anotherbrickinwall.blogspot.com

DI PAGI SYAWAL YANG MEMBUATKAN UMAT ISLAM PASTI MARAH


Sekali lagi berlaku penghinaan terhadap umat islam. Kenapa makin hari umat islam makin dihina dan dikeji oleh bangsa yang tidak tahu diuntung ini ?. 

Didedahkan oleh badutrakyat.blogspot.com

link ke facebook beliau https://www.facebook.com/alan.tang.5095

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kepada semua rakyat Malaysia terutama para pelaut yang menyambutnya di atas kapal menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kita juga pelaut yang bekorban demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia..

Maaf Zahir Dan Batin

07 August 2013

IKLAN HARI RAYA AIDILFITRI AH JIB GOR ?.



Nak tengok iklanya ?.
Sila ke the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

* Dengar cite pak lah dah sedar dari tidur ?. Bukunya bakal diedarkan lepas raya nanti. Ada yang kata buku tersebut menghentam Tun M, kita tunggu apa kata Ayahda Tun M pulak. Jangan Pak Lah tak terjawab libasan Tun M sudah la yer.

04 August 2013

NAZRI DULU DAN KINI

Ini duluuuuu.

Ini sekarang.

Ini pemimpin tiada jati diri ke ?. Tiada pendirian. Ini semua kerana PAU bulan oktober, memasing nak tunjuk hero nak tunjuk jaguh. Semuanya nak dapatkan undi perwakilan dari orang Melayu. Boleh percaya ke bila dah menang besok jika bertanding pemimpin seperti ini akan lantang mempertahankan bangsa dan agamanya ?. Silap haribulan dia kona baring 360 darjah.

Kepada ahli UMNO yang mempunyai hak untuk memilih, pilih la pemimpin yang benar berjuang dan lantang bersuara demi bangsa dan agama tidak kira masa, bukanya pemimpin yang hanya bersuara apabila PAU hampir tiba..

Sumber :
gerakan-anti-pkr.blogspot.com
khairulryezal.blogspot.com

03 August 2013

ADAKAH AH JIB GOR AKAN DITENTANG PADA PAU 2013 NANTI ?

Adakah benar perkara ini akan berlaku ??. Baguskah untuk UMNO dan BN ??.

Kita perlukan pemimpin yang mempunyai jati diri Melayu yang kental, bukannya pemimpin yang seolah malu mahu mengaku yang dirinya Melayu sehinggakan kerana ingin menarik undi kaum lain sanggup diubah namanya ke sebutan bukan Melayu. Bukankah ini sudah membuktikan yang pemimpin itu tidak mempunyai jati diri, kenapa perlu malu dengan nama yang telah diberikan oleh kedua orang tua. Malukah dengan nama Melayunya ??.

Kita perlukan pemimpin yang berani mempertahankan tindakannya, bukannya pemimpin yang berani mencium keris tetapi kemudiannya meminta maaf atas tindakan yang keMelayuannya itu. Ini juga membuktikan yang pemimpin tersebut tidak mempunyai jati diri yang kental. Malukah dengan adat bangsa Melayunya ??.

Kita perlukan pemimpin yang lantang, yang mempunyai idea yang bernas, yang mempunyai keputusan untuk kebaikan agama, bangsa dan negaranya, bukannya hanya sekadar mangharapkan penasihat disekililingnya dan menuruti apa saja kata penasihat tersebut. Adakah pemimpin ini mempunyai jati diri ??.

Diharap pada pemimpin yang tidak mempunyai jati diri ke Melayuannya akan kalah pada PAU 2013 nanti (itupun jika ada pertandingan la). Macam mana ingin memimpin parti Melayu, memperkasakan bangsa Melayu jika pemimpin tersebut malu pada bangsanya sendiri ??.

Ulasan menarik beberapa blog menggenai PAU dan Ah Jib Gor

* Bila Ah Jib Gor nak nasihat supaya Rosmah bertudung ?. Takan isteri sendiri pun tak mampu nak dinasihati ?.
* Raya dah dekat, Ah Jib Gor tak nak ke wat iklan hari raya ?. Sambil anyam ketupat ke ?, kacau dodol ke ?, bakar lemang ke ?. Masa tahun baru cina bleh plak ye.

28 July 2013

PENDEDAHAN TUN DR MAHATHIR MENGGENAI UMNO


Ungkapan kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet semalam (26/7/2013) di pejabat nya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti” tambah nya.

“Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi,apa tidak nya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk kedalam UMNO” kata nya.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misal nya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagian nya, jika orang itu guru biasa baru lah di luluskan, begitu seterus nya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk , lama lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan”

“Orang orang  yang dihalang masuk ini akan kemudian nya masuk kedalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebab nya retired general, pensyarah semua masuk kedalam parti lawan” ujar nya.

“Dulu waktu saya jadi Presiden  MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi , isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa” 

“Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.
“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.

“Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

“DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”

“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

“Pemuda UMNO sekarang  tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu. 

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam” kata nya lagi.

“Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya” jelas Tun Mahathir.

“Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantara nya  mencadang kan DS Najib di langgar”.

Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasa kan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.
Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka , tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang melayu.

Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan melayu, sedang itu sahaja yang melayu ada.

“Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. 
“orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

Tun juga memberi contoh antara institiusi milik bukan orang melayu dan apa yang dibuka oleh orang melayu untuk bukan melayu sebagai contoh. 

“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib” kata Tun lagi. 

“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya” kata Tun lagi. 

“Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi” kata Tun. 

“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang cina  ujar nya.

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”. 

Dalam sesi dailog ini nama nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitive maka tidak perlu di perjelas kan di sini. 

KelabCheDet juga telah ditaklimat oleh Tun tentang hal hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu UMNO serta pendapat nya berkenaan tokoh tokoh tertentu.

Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pasti nya NGO seperti KCD akan berusha keras untuk merealisasikan nya demi kepentingan Alif Ba Ta.

Dipetik dari The Chulan

20 July 2013

APABILA MUSLIMAT PAS BERSUARA


Semuanya politik semuanya salah BN. Baca kenyataan dibawah terutama perengan no 7.


RESPON TERHADAP ISU PASANGAN KEKASIH HINA ISLAM

1. Ia adalah satu jenaka yg agak biadab terhadap ummat Islam dan Islam itu sendiri. Tidak wajar dilakukan dan pasangan ini wajib meminta maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam. Mereka perlu disedarkan bahawa ianya melanggar sensitiviti agama dan mereka wajar dibimbing agar faham dan tidak berterusan melakukan kesilapan ini.

2. Walau bagamanapun...dlm bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang sinonim sebagai bulan kasih sayang,bulan kemaafan dan keampunan, adalah wajar kita menangani dan mendepani isu-isu seumpama ini dengan jujur, hikmah dalam berdakwah hatta bersifat pemaaf. Jgn bakar kemarahan kita dan menidakkan kemaafan walaupun yg mlakukn kesalahan adalah daripada mereka yang bukan beragama Islam. Seerah perjuangn Nabi SAW banyak menunjukkan suri teladan tika berhadapan situasi seperti ini. Ia perlu dihadapi secara dakwah, bukannya hukuman kejian kutukan dan celaan. Biasalah mereka tidak atau kurang faham. Maka tugas kita dakwahlah sehingga mereka faham dan berubah.

3. Adalah tidak wajar bila ada pihak yg dilihat sengaja menghangatkan isu ini dan menaikkan kemarahan ummat Islam secara tidak bertanggungjawab. Terus mengapi-apikan semangat permusuhan dan ketegangan agama dan kaum hanya kerana tindakan seorg dua orang bukan Islam yg tidak sensitif dan kurang bijak adalah satu tindakn tidak bertanggungjawab dan merendahkan diri kita sendiri sebagai orang mukmin yang bijak dan pemaaf. Hatta merendahkan kemuliaan bulan kemaafan dan keampunan ini.

4. Jangan lepaskn peluang kita berdakwah terhadap orang bukan Islam hanya kerana kesombongan kita atas keIslaman kita lantas semudahnya memandang orang lain sebagai rendah. Islam bukan agama yg sombong. Islam itu rahmat kpd sekalian alam.

5. Justeru, semua pihak harus menghentikan polemik kebencian ini. Pasangan yang bersalah juga wajib segera sedar insaf dan memohon maaf.

6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn.

7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN!

Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat
** Jahat sungguh BN sehingga diiktiraf diktaktor, dasar otak dah tidak mampu nak berfikir dengan waras. Memang banggang bila Muslimat PAS bersuara. Dulu semasa kes eli kangkang pun disalahkan BN, sekarang pun disalahkan BN jugak.

Kesalahan BN yang paling besar adalah menggagalkan usaha nuar juburi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13 lepas ( dalam hati bang nuar juburi la yer ).

Laikalilah yer...

18 July 2013

PATUT LA PDRM DAH TIADA TARING


Patut lah semenjak ini kebelakanggan ini ramai penjenayah terlepas dari didakwa dan ramai pula yang disoal siasat dan dilepaskan dengan jaminan polis. Rupanya polis dah kehilangan taring. Taringnya telah dicabut oleh menteri KDN yang lepas dengan memansuhkan Ordinan Darurat.

Apabila Menteri KDN baru iaitu Zahid Hamidi memberi penjelasan, baru aku faham yang Ordinan Darurat itu bukan hanya semata untuk waktu darurat, rupanya bersangkut paut dengan penahanan penjenayah.

Untuk keterangan lanjut boleh ke BLOG MIK dan PISAU NET


Apala nasib ATM dapat Menteri Pertahanan baru.. Nasib badan..

16 July 2013

ISU PENGHINAAN CINA TERHADAP MELAYU DAN AGAMA ISLAM



1.Admin terpanggil disini tentang isu penghinaan yang dilakukan oleh rata-rata kaum Cina terhadap Agama Islam baru-baru ini. Melihat pada sejarah, sejak merdeka dari tahun 1957, kesemua bangsa di Malaysia telah duduk bersama dan kenal akan budaya dan agama bagi setiap kaum di Malaysia yang mengamalkannya.

2.Jika dilihat dari sejarah pemerintahan Dr.Mahathir, tahun 1981 - 2003, jarang sekali kita dengar kaum Cina mempersenda mahupun mempermainkan sensitiviti agama Islam pada waktu itu. Keamanan kerjasama oleh kaum Cina pada masa itu memang tidak dinafikan atas dasar hormat terhadap bangsa Melayu, meskipun ada segilintir kaum Cina yang mempraktikkan perkauman tetapi ianya dibuat secara rahsia dan tidak terbuka.

3.Kehormatan orang Cina dengan tidak pernah mempermainkan isu senstiviti agama pada zaman Dr.Mahathir adalah mungkin atas dua sebab iaitu pertama Akta ISA dan kedua nilai budaya hormat dari orang Cina terhadap Melayu adalah tinggi dan ideologi komunis yang pernah ada pada jiwa mereka kian luntur.

4.Memang pada masa dahulu, kaum Cina pernah hormat pada Melayu dan Agama Islam. Ini kerana dapat dibukti oleh admin sendiri bahawa pada satu ketika dahulu di zaman pemerintahan Dr.Mahathir, admin berjalan kaki untuk pulang ke rumah dan pada masa itu adalah bulan puasa. Sedang admin berjalan pulang, admin terlihat seorang pasangan kaum Cina didalam kereta yang sedang meneguk air ketika itu. Dan apabila pasangan kaum Cina ini perasan akan kelibat admin diluar yang sedang berjalan kaki, pasangan kaum Cina itu, lekas-lekas menyorokkan air ditangan mereka, dan mengangkat tangan sebagai tanda hormat atau mohon maaf kepada admin. Jadi ini adalah satu bukti dan pengiktirafan terhadap sesetengah kaum Cina pada waktu dulu.

5.Masa kian berlalu, dan Malaysia terus bergerak maju. Pelbagai ideologi, pola pemikiran dan methodologi yang disebar dengan penuh meluas di tanah melayu yang tercinta ini. Antara ideologi yang paling kuat dan nyata yang dapat diserap disetiap minda rakyat Malaysia baik kaum Melayu atau Cina adalah:
A.Ideologi demokrasi
B.Ideologi liberalisasi.

Dari dua ideologi inilah yang telah melahirkan satu penakrifan baru terhadap definisi perkataan "Hak" dan "Kebebasan".

6.Apabila ideologi demokrasi dan liberalisasi telah berkembang di setiap pelusuk tanah Melayu, mulai kedengaran pula pelbagai slogan yang dilaungkan serta dibincangkan seperti:
A.Hak kebebasan bersuara
B.Hak sama rata
C.Hak rakyat.

7.Ketiga-tiga slogan hak ini telah memainkan peranan dan sentimen yang tinggi pada kaum Cina khususnya. Dan atas slogan Hak kebebasan bersuara, Hak sama rata dan Hak rakyat yang dibawa oleh ideologi demokrasi dan liberalisasi, akhirnya ia telah mengembalikan sifat semulajadi kaum Cina seperti dahulu kembali menjadi sebuah kaum Komunis Moden. Kaum Cina pada masa kini tidak lagi menggunkan kekerasan seperti membunuh dan menembak, tetapi mereka menggunakan kaedah tindasan melalui setiap kuasa yang mereka ada. Tidak kiralah apa jua kuasa seperti:

A.Jika ada kaum Cina berjawatan HR didalam syarikat, maka secara automatiknya, mereka mengenakan syarat wajib bagi Bahasa Mandarin sebagai keutamaan untuk setiap orang Melayu yang meminta jawatan itu.

B.Jika ada produk hasil usahawan melayu yang mahu memasuki pasaran, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghancurkan dengan mengutamakan dan mengajak kaum Melayu yang mahu membeli untuk membeli barangan yang disyorkan oleh mereka.

C.Dengan kuasa duit yang mereka ada, kaum Cina lah adalah kaum pertama yang secara meluas memulakan langkah rasuah di tanah Melayu ini.

Jadi ini secara tak sedar akhirnya telah membawa kepada satu penekanan terhadap kerajaan daripada kaum Cina untuk strategi mereka yang lebih besar iaitu membubarkan Akta ISA.

8.Apabila Akta ISA dimansuhkan, parti DAP telah memainkan peranan mereka dengan menyebarkan dakwah yang memainkan sentimen yang tinggi terhadap kaum Melayu seperti memberitahu hak kaum Cina tertindas, mengapa perlu ada jurang seperti Bumiputera dan non-bumiputera, kenapa perlu ada keistimewaan orang melayu sedangkan kaum Cina yang meningkatkan ekonomi dan banyak lagi.

9.Dakwah ini sangat berhasil oleh kerana kaum Cina kerana kaum Cina sememangnya adalah sebuah kaum yang:
A.Materialistik
B.kurang nilai belas kasihan
C.sentiasa mengharapkan balasan
D.suka menyimpan dendam

10.Selepas Akta ISA dimansuhkan, ketua tertinggi dan ahli ahli DAP telah menjadi peneraju utama dalam menghina Melayu, Agama Islam, Sultan dan hak bumiputera. Akhirnya idelogi demokrasi dan liberalisasi yang dicampur bersama idelogi asal mereka iaitu sebagai komunis telah membuatkan mereka menjadi sangat lantang dan boleh berkata apa sahaja dengan mempergunakan alasan "Hak Kebebasan Bersuara"

11.Ramai orang melayu yang tidak percaya tentang kaum Cina di Malaysia ini akan menjadi pengkhianat terhadap Sultan sehingga tidak memikirkan perasaan kaum asal di tanah ini iaitu Melayu. Kemelut ini telah sampai kemuncaknya pada PRU13 yang berjaya membuka mata kaum Melayu bahawa 97% populasi kesuluruhan kaum Cina di Malaysia ini telah bersatu untuk memihak kepada DAP yang mahu membubarkan hak Melayu, Sultan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

12.Untuk mengatasi masalah penindasan dan penhinaan yang dilakukan oleh kaum Cina ini. Kerajaan dan semua pemimpin didalam kabinet Malaysia perlu menghentikan sikap neutral mereka yang kononya memberi peluang dan ruang supaya kaum Cina akan berubah dan boleh bekerjasama dengan Melayu. Ini sama sekali tidak akan membantu untuk melawan ideologi komunis moden masa kini.

13.Pemimpin yang ada didalam kerajaan perlulah mengenepikan segala wang dan rasuah yang disuap oleh kaum cina untuk menjaga mereka dan perlulah menjadi seorang yang sayang kepada bangsanya seperti Dr.Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zulkifli Noordin dan beberapa tokoh Ultra-Melayu yang lain.

14.Secara asasnya melayu bukanlah seorang yang bersikap perkauman, tetapi mereka adalah satu bangsa yang tahu akan sopan santun, yang tahu mengenang budi, dan tahu bersyukur. Cuma satu kelemahan Melayu ini adalah mereka mudah lupa. Lupa pada asal-usulnya, lupa apabila senang, lupa dari setiap segi.

15.Kelemahan kempimpinan Dato Seri Najib telah disuarakan dari segenap melayu yang masih menyokong dan mengundi UMNO, ramai ahli UMNO masih sayang, taat setia dan bersyukur terhadap beberapa langkah Dato Seri Najib dalam memimpin Melayu. Tetapi kebanyakan diantara kami merasakan ianya tidak cukup kerana kurangnya sifat kekerasan dan berani dalam mengambil tindakan.

16.Kita tidak boleh menyalah Dato Seri Najib semata-mata, kerana dia telah menempuh banyak kesusahan baik dari dalam dan luar yang mahu melihatnya jatuh. Ramai yang rapat diantara Dato Seri Najib yang hanya mengipas dan hanya memuji kesemua tindakan dia. Sikap beliau yang sentiasa mengambil kira pendapat semua pihak, cadangan orang lain dan sikap toleransi nya yang sangat tinggi akhirnya sedikit telah memberi impak besar untuk kaum Cina mengambil kesempatan. Dato Seri Najib adalah orang yang baik dan berjaya membuat beberapa perubahan, tetapi untuk melawan situasi yang berlaku didalam tanah Melayu ini, kami sangat memerlukan tonggak pemimpin yang betul-betul mempunyai semangat Melayu atau Ultra-Melayu yang tinggi bagi menjamin masa depan anak cucu kami dari penindasan komunis moden masa kini.
 SUMBER FB BOIKOT BARANGAN CINA DAP

CARA NAK ATASI MASAALAH AYAM


Ini caranya selesaikan masalah harga ayam sejak 1993 ini. Hari ini, 15 Julai 2013 harga ayam daging bulat dengan (taik@isi perut dalam perut) dengan kaki dan kepala ialah RM8.00. Ayam daging bersih tanpa kepala,kaki, bersih dalamnya (hati dan hempedal) ialah RM9.00-RM10.00. 

Apa penyelesaiannya:

1. Jangka pendek, bolehle kempen berikan permit kepada 32 syarikat atau kepada 60 buah syarikat untuk import ayam. Persoalan seterusnya, tahap HALALAN TOYYIBAN ayam-ayam import. Tahap kesihatan ayam import ini, sebagainya?

Untuk jangka sederhana dan panjang:

1. Felda Poultry Farm mesti diwujudkan di semua wilayah yang besar dan utama. Secara langsung dengan program contract farming & vendor farming melalui FELDA, boleh ternak sebanyak 10 juta ekor ayam di satu wilayah. Dengan adanya 9 wilayah, maka, ayam pedaging keluaran FELDA sebanyak 90 juta ekor dapat dihasilkan.

2. TH Poultry Farm boleh diwujudkan. TH melalui TAHA punya aset hartanah yang berlambak. Minta daripada semua Negeri Beraja untuk wujudkan Kluster Usahawan Siswa Ayam secara raksasa. Bina 1000 orang Usahawan Ayam Siswa, yang setiapnya menjadi Induk Ternak (Tauke Chicken Farm) kepada 1 juta ekor ayam.

3. MARA boleh wujudkan MELAYU CHICKS FARM, dengan sasaran sebanyak 100 juta ekor.

4. Semua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri menjadikan Program Central Chicken Farming secara vendor-groom big yang mensasar kepada pembentukan 1000 orang usahawan ayam pedaging, yang masing-masing menternak sebanyak 100,000 ekor.

5. KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) menjadikan ladang ternakan ayam sebagai projek ekonomi terbesar, yang akan menjadi pembekal paling konsisten kepada senario kartel baru. KIMMA pun khabarnya Ahli Bersekutu UMNO.
Semua program ini khas untuk orang Melayu semata-mata. Semua jaringan nilai bekalan ayam daripada penghasilan anak ayam-makanan ayam-sebagainya MESTI dalam kawalan MELAYU.
Harga ayam di pasaran akan jatuh ke RM5.00 sekilo pada 2015 (dengan syarat program ini dimulakan pada 31 Ogos 2013). Maka, ayam pedaging ternakan Melayu Islam ini mesti dikordinasi dengan baik oleh MoA, KPDNKK, HDC untuk pasaran Negara-negara Timur Tengah dan Arab. Pasaran makanan berasaskan Ayam amat besar di luar. Maka, pasukan penternak yang terbina ini MESTI menjadi sebahagian daripada statistik pengeksport bekalan ayam daging mentah ke Negara-negara Eropah, Islam dan sebagainya. Nilai pasaran 2013 ialah USD 40 billion setahun.

Kelapa sawit dan kenaf boleh diproses menjadi dedak terbaik kepada ayam. Banyak jenis dedak ayam boleh dicipta. Teknologi ternakan ayam ada 4 teknik. Kaedah reban tradisional. Kaedah 100% hawa dingin. Kaedah semi automasi. Kaedah 100% automasi dengan 3 tingkat.

Ladang ternakan ayam terbaik masih belum ada di Malaysia. Iaitu reban ayam moden-siap dengan audio seperti ternakan lembu Kobe-sistem pembungan najis-sistem makanan terbaik-sistem sembelihan bukan/separa mekanikal. Sistem sembelihan ayam mekanikal 100% masih diragui "taraf" HALAL ayam ini.

Ayam ini dimakan oleh semua rakyat Malaysia. Bohong kalau dikatakan ayam ini tiada kartel. Masa Tahun Baru Cina berapa harga ayam sekilo? Apasal boleh tak melambung-lambung sampai pecah siling harga kawalan Kerajaan Persekutuan Malaysia? Bila Ramadhan dan Raya 1 Syawal maka harga akan melompat paling tidak RM1.00-RM1.50, yang begitu sekali ganasnya. Bila musim cuti sekolah, sebab ramai orang buat kenduri kahwin, akan jejak harga siling tak turun-turun, sehingga selesai cuti sekolah.

Trend manipulasi harga ini bukan perkara BARU. Jawapan budak tadika, seperti "jangan makan ayam, banyak lagi yang boleh makan sebagai pengganti1", "boikot makan ayam", ini semua alasan-alasan BANGANG. Siapa yang mampu boikot, sebutkan mana tempat tak beli ayam sebagai bahan utama/bahan tambahan/bahan sampingan dalam masakan sebagainya.

Sebutkan masa mana dalam majlis Jamuan Berbuka Puasa rumah PM, TPM, MB, KM sesiapa sahaja "boikot makan AYAM"! Mesti ayam sebagai sebahagian daripada MENU UTAMA HIDANGAN. Sudahlah ini alasan bebudak lopong boleh la...bongkar lah lobai, kito belum selesai urusan SOLUSI MAKANAN AYAM DAGING HALAL untuk ummat.

Ramai orang ambil enteng perihal ini. Malulah sikit, dah memerintah 56 tahun, tapi bab makanan rugi-bahan utama masih "mengemis". Takko dibacokan olen Pendeta Za'aba bahawa Kita Miskin Ilmu, Miskin Hayat dan Roh. Atau tak pernah ambil peduli siapa Zainal Abidin Ahmad.

Strategi penternak Cina bila tahu Melayu boikot besar-besarkan. Maka, berikan racun dalam makanan ayam. Jadi ayam di reban mampus habis. Boleh juga, dibuatkan kubur gergasi kemudian ditolak semua ayam ke dalam, disimbah petrol dan dibakar, lepas mampus semua di kambus. Boleh juga, dikerah rumah hasilan anak ayam supaya hentikan pengeluaran selama 1 minggu. Dengan hentikan pengeluaran anak ayam selama 1 minggu, maka, penawaran ayam daging hidup di pasaran akan berkurang sebanyak 25%. Banyak kaedah untuk penternak Cina "urus harga ayam" untuk naik gila babi atau turunkan sehingga mereka tidak langsung rugi. Ayam ladang siapa yang keluar dari Malaysia ke Singapura? Ayam ladang siapa yang menjadi transit ayam-ayam hidup atau sejuk beku dari Thailand? Pedulikanlah kerana semua ini hanyalah cerita Pak Sedaro. Takdo kono mengono dengan den. Tapi inilah ilmu berhargo Pak Sedaro selama 30 tahun bergelumang dengan tahi ayam hingga tuo bangko. Bisnes ayam tak perlu ado PhD, tak perlu Dato', Dato' Seri, Tan Sri atau Tun. Tapi untuk menipu pegawai Melayu, aristokrat Melayu, Birokrat Melayu, political animal Melayu perlu ada PhD sebagainya. Sedih-simpati-empati. Mudah-mudahan Allah buka pintu rahman dan rahimnya kepada orang Melayu.

Kita kena ingat Ayam ialah Menu Utama. Daging Lembu, Daging Kerbau dan Daging Kambing ialah pilihan-pilihan yang ramai memilih dalam menu mereka atas pelbagai sebab.
Persoalan pundaknya apakah pegawai MOA dan KPDNKK yang bangang? atau Pengurusan Tertinggi dan Anggota Pentadbiran Kementerian-kementerian ini yang BANGANG?
Kenapalah hidup dalam tanahair sendiri, menjadi DAYUS dan BACUL kepada kehebatan Bangsa Malayuwiyah yang sohor dan terhormat. Berani Transformasi. Ayuh Transformasi Usahawan Ayam Melayu Terbesar menjelang 1 April 2014.

Inilah Fisabilillah Umat Melayu.
Diambil Dari PANEH MIANG