bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

15 August 2013

SUAMI DAYUS DAN BACUL


Sungguh dayusnya seorang lelaki apabila memukul isterinya, apatah lagi dihadapan anaknya. Apabila laporan polis sudah dibuat dan sudah keluar berita, menghilangkan diri pulak. Mana perginya kejantanan diri ??. Dengan perempuan berani pulak, dengan polis lari pulak hilang telor dan segala keberanian..

Dibawah adalah pengakuan Isteri yang menjadi mangsa

 

Menurut wanita berkenaan, beliau dan suaminya telah lama tidak berkomunikasi diantara satu sama lain disebabkan masalah rumahtangga. Kejadian tersebut juga dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.

Wanita berkenaan juga turut mengakui bahawa suaminya bertindak sedemikian untuk kali pertama sejak mereka berkahwin.

Akibat kejadian itu, wanita berkenaan kini terpaksa menahan kesakitan apabila mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Suami wanita berkenaan berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang yang dimaklumkan merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang kini masih diburu Polis ekoran tersebarnya rakaman CCTV insiden terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

*Update*

Suami dayus dan bacul telah menyerah diri info

No comments:

Post a Comment