bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

21 May 2015

KRISIS TOP-UP, PENGGUNA JUGA YANG KENA


Macam mana la rakyat tak marah, inilah mentaliti menteri yang ada sekarang ini. Takut sangat dengan syarikat telekomunikasi. Apa yang rakyat nak Beli Rm 10 Dapat Rm 10, Bukanya Beli Rm 10.60 dapat Rm 10 atau Beli Rm 10 dapat Rm 9.40. Pusing sana pusing sini pengguna juga yang kena.

Kenapa masa SST dulu boleh pulak beli Rm 10 dapat Rm 10 ???. Bukankah formulanya buang SST ganti GST, sama saja. Menteri takut sangat nak bertegas, pecat saja menteri macam gini, lebih mementingkan syarikat telekomunikasi dari kepentingan rakyat yang memberi undi.

14 May 2015

DUA BULAN SELEPAS PELAKSANAAN GST P 2


Kesalah fahaman menggenai GST terhadap pengeluaran wang di mesin ATM yang berlainan kerana berpunca dari hanya dengar cakap orang yang tidak memahami dan tidak merujuk dari sumber yang tepat. Sehingga kan saya sendiri terpedaya dengan cakap orang bahawa GST dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan, maka dengan itu saya adalh mengulas bahawa GST tidak patut dikenakan terhadap pengeluaran wang bagi berlainan mesin ATM.

Semalam baru saya berkesempatan menggeluarkan duit di mesin ATM yang berlainan dan apa yang saya dapati rupanya cas yang dikenakan hanyalah Rm 0.06 iaitu cas 6% dari Rm 1.00 yang memang sudah dikenakan sebelum ini. Jadi sekiranya ini lah cas GST yang dikenakan, rasanya tidak la perlu di kecohkan sangat. Anggap la saja ianya satu amal jariah 6 sen itu.

10 May 2015

DUA BULAN SELEPAS PELAKSANAAN GST




Terus terang saya katakan yang saya memang setuju GST ini dilaksanakan, namun ada banyak kelemahan yang perlu segera diperbaiki dan dikaji semula. Bagi saya apa yang perlu dikaji ada lah seperti teguran Sultan Johor sebelum ini bahawa perkhidmatan PBT dikenakan GST. Bukankah PBT itu perkhidmatan kerajaan, kenapa dikenakan GST juga. Setakat ini yang saya tahu hanya kerajaan Negeri Johor saja menanggung GST yang dikenakan.

Dua bulan pelaksanaanya masaalah tambah nilai prabayar masih tidak selesai lagi. Setahu saya sebelum terlaksananya GST, setiap tambah nilai yang kita beli sudah dikenakan SST 6 %. Tetapi kenapa setelah terlaksananya GST harganya perlu ditambah 6% pula. Bagi saya disini berpunca dari ketamakan syarikat komunikasi untuk menggaut keuntungan, malahan menteri yang terlibat pula nampak sangat lembik tidak boleh menggarahkan syarikat komunikasi supaya menggekalkan harga sedia ada.

Apa yang saya ingin tambah lagi adalah GST dikenakan terhadap pengeluaran wang dari mesin ATM yang berlainan. Begitu juga pemindahan wang ke bank yang lain juga dikenakan GST. Kenapa perkhidmatan ini dikenakan GST sedangkan yang dikeluarkan dan dipindahkan itu adalah duit rakyat hasil titik peluh bekerja. Disini nampak sangat yang kerajaan kemaruk mahu makan duit rakyat. Kenapa saya tidak setuju kerana setiap bandar kecil atau kampong belum tentu memiliki kesemua perkhidmatan ATM. Untuk pergi ke bandar lain sudah tentu melibatkan kos, walaupun GST hanya 6%, tetapi rakyat akan terasa ditindas kerana duit mereka dicuri didepan mata.

Saya berharap agar kaji sebaiknya apa lagi yang tidak perlu didalam pelaksaan GST ini. Memang benar dalam masa tiga atau empat tahun baru nampak kesan baiknya GST, GST juga dapat menggelakan peniaga, pemborong dan pembekal yang tamak dan lari dari cukai. Namun tidak perlu rasanya duit hasil titik peluh yang dimasukkan ke dalam bank dan ketika ingin dikeluarkan di ATM yang berlainan dikenakan GST atau ingin dipindahkan ke akaun isteri yang berlainan bank dikenakan GST juga.

29 March 2015

INILAH WARGA NEGARA MALAYSIA


Habis diborongnya kerana tidak memahami perlaksanaa sebenar GST. Tauke jugak yang untung kerana rakyat Malaysia memang mudah ditipu mendengar cakap orang yang bukan pakar dari menerima cakap orang yang pakar dan sah.



Kenapa Al-Ikhsan dan pasaraya Mydin boleh promosi macam gini ??. Kerena mereka jujur dalam perniagaan, bukannya seperti tauke sepet kulop yang tamak haluba, bila ada peluang untuk menipu dan membohong memang tidak akan dilepaskan. Orang Malaysia pun memang suka kena tipu.


Ini pun salah satu cara mahu menipu dan menggelirukan rakyat. Mana yang kurang cerdik akan percaya bulat - bulat. Nanti kerajaan jugak yang disalahkan.


Bagaiman pula Domino boleh mengumumkan akan menurunkan harga atau sama harganya sebelum dan selepas pelaksanaan GST ??. Kerana mereka jujur dan tidak mahu menggelirukan rakyat. Mereka tidak mahu mempolitikkan isu GST ini.


Lagi satu isu top up. Bukankah selama ini top up yang kita beli memang sudah dikenakan cukai yang jumlah nya 6%. Bila GST dilaksanakan, cukai yang dikenakan juga 6%, jadi dimana pula harga top up akan naik. Jangan mudah tertipu, kita perlu gunakan hak kita 3M Memilih, Melapor, Memboikot.

13 March 2015

KENAPA MENTERI KDN SELALU BEGINI ??.


Kenapa sekarang nie Menteri KDN terlalu berlembut dengan pembangkang ??. Semenjak Hisammudin menjadi Menteri KDN dan sekarang disusuli Zahid, nampak sangat terlalu memberi keistimewaan kepada puak pembangkang. Kalau dulu Hisammudin terkenal dengan cium keris minta maaf, kini zahid semakin parah lagi.

Sewaktu pemilihan UMNO yang lepas bukan main lagi berapi ingin mempertahan Agama Islam yang berpaksikan ASWJ. Ingin menghapuskan syiah, ingin menangkap mat sabu keranan ada bukti mat sabu penggamal syiah, tetapi sampai sekarang tiada pun tindakan yang diambil terhadap mat sabu..

 Apatah lagi sewaktu beliau ke pulau pinang, bukan main lagi berpelukan dengan lim guang eng yang telah jelas terang terbukti yang guang eng itu musuh Islam dan Melayu. Kalau ingin berbaik pun takkan sampai nak berpeluk bagai. Kini zahid menawarkan pula PPS yang penubuhannya haram untuk diserapkan ke dalam RELA.

Aduhai,, kalau mereka betul mahu mengikut peraturan, sudah tentu dari awal lagi mereka ini semua sudah menyertai RELA. Kenapa mereka tidak mahu meyertai RELA dan menubuhkan pasukan sendiri, sudah tentulah mereka ada niat yang jahat. Kalau pun mereka bersetuju untuk diserapkan kedalam RELA, sudah pasti akan berlaku perkara yang buruk. Didalam PPS itu ada penjenayah, pasti berlaku pula perebutan kuasa ingin menjadi ketua didalam RELA nanti. Lagi memalukan puak KDN nanti.

Saya pernah memuji beliau di sini, namun kini rasanya pujian itu perlu ditarik semula..

Pelik pelik, mungkin kah memang itu sumpahan Menteri KDN, akan berlaku baik sangat dengan pembangkang.