bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

10 May 2015

DUA BULAN SELEPAS PELAKSANAAN GST




Terus terang saya katakan yang saya memang setuju GST ini dilaksanakan, namun ada banyak kelemahan yang perlu segera diperbaiki dan dikaji semula. Bagi saya apa yang perlu dikaji ada lah seperti teguran Sultan Johor sebelum ini bahawa perkhidmatan PBT dikenakan GST. Bukankah PBT itu perkhidmatan kerajaan, kenapa dikenakan GST juga. Setakat ini yang saya tahu hanya kerajaan Negeri Johor saja menanggung GST yang dikenakan.

Dua bulan pelaksanaanya masaalah tambah nilai prabayar masih tidak selesai lagi. Setahu saya sebelum terlaksananya GST, setiap tambah nilai yang kita beli sudah dikenakan SST 6 %. Tetapi kenapa setelah terlaksananya GST harganya perlu ditambah 6% pula. Bagi saya disini berpunca dari ketamakan syarikat komunikasi untuk menggaut keuntungan, malahan menteri yang terlibat pula nampak sangat lembik tidak boleh menggarahkan syarikat komunikasi supaya menggekalkan harga sedia ada.

Apa yang saya ingin tambah lagi adalah GST dikenakan terhadap pengeluaran wang dari mesin ATM yang berlainan. Begitu juga pemindahan wang ke bank yang lain juga dikenakan GST. Kenapa perkhidmatan ini dikenakan GST sedangkan yang dikeluarkan dan dipindahkan itu adalah duit rakyat hasil titik peluh bekerja. Disini nampak sangat yang kerajaan kemaruk mahu makan duit rakyat. Kenapa saya tidak setuju kerana setiap bandar kecil atau kampong belum tentu memiliki kesemua perkhidmatan ATM. Untuk pergi ke bandar lain sudah tentu melibatkan kos, walaupun GST hanya 6%, tetapi rakyat akan terasa ditindas kerana duit mereka dicuri didepan mata.

Saya berharap agar kaji sebaiknya apa lagi yang tidak perlu didalam pelaksaan GST ini. Memang benar dalam masa tiga atau empat tahun baru nampak kesan baiknya GST, GST juga dapat menggelakan peniaga, pemborong dan pembekal yang tamak dan lari dari cukai. Namun tidak perlu rasanya duit hasil titik peluh yang dimasukkan ke dalam bank dan ketika ingin dikeluarkan di ATM yang berlainan dikenakan GST atau ingin dipindahkan ke akaun isteri yang berlainan bank dikenakan GST juga.

1 comment:

  1. Fantastic blog you have here. Great article. please keep it up such great work.
    Kindly have a look on below link i hope it will be very useful for you.GET STARTED CROSS-PLAY IN FORTNITE: BATTLE ROYALE

    ReplyDelete