bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

16 August 2010

NAK GUNA MERIT YE.....


Geram pula bila terbaca permintaan terbaru dari kaum - kaum yang tidak tahu asal usul nie. Sudah la pilihanraya yang lepas pengundi sebangsanya telah memangkah parti lain, hingga sekarang tiada usaha untuk menarik kaum cina supaya kembali menyokong MCA tetapi permintaan pada kerajaan yang bukan - bukan pulak dan ada yang boleh menyebabkan MELAYU semakin terpinggir di Negara sendiri, di sini. 

Apa yang ingin saya sentuh adalah mengenai permintaan Liberalisasi Ekonomi iaitu membenarkan lebih ramai bukan bumiputera menjadi rakan kongsi dan kontraktor dalam kerja - kerja berkaitan dengan sektor minyak dan gas. Selama ini sektor minyak dan gas dipelopori oleh bumiputera dan melayu amnya, ini kerana kerajaan dan Petronas telah menghadkan sektor ini dari diceburi oleh bukan bumiputera.

Pada penghujung tahun lepas Petronas juga ada menyarankan agar syarikat perkapalan tempatan yang terlibat dengan minyak dan gas supaya membanyakkan lagi kapal mereka, ini kerana Petronas tidak mahu menyewa syarikat perkapalan dari luar terutama yang berpengkalan dari singapura. Dasar Petronas yang ingin membantu syarikat tempatan amatlah dihargai. Oleh kerana itu maka banyaklah Syarikat melayu yang semakin maju.

Namun adakah perkara ini akan berkekalan sekiranya tuntutan mereka yang tidak sedar diuntung ini dituruti, apa lagi yang mereka mahukan. Sudah lah di sektor daratan telah dimonopoli oleh puak - puak mereka, ini mahu medengki pula dengan orang melayu lalu mahu menggangu sektor lautan pula. Selepas ini apa pula, sektor udara pun nak dimonopoli ke ?.

Tengok diri dulu baru membuat tuntutan, jangan asyik meminta tapi dibalik tabir bersekongkol dengan DAP keparat. Tidak cukup lagikah jutawan di Malaysia yang rata - ratanya dari kaum mereka ?. Tidak sedar ke yang orang melayu menyebabkan MCA memang di beberapa bahagian pada pilahan raya lepas, lagi mahu tindas ka ?. Ini bukan melayu mudah lupa tetapi cina mudah lupa..

Tak kan Melayu hilang di dunia

14 August 2010

SPY CAM

Ini ada beberapa jenis kamera pengintip atau spy cam yang boleh digunakan untuk kerja - kerja mengintip, tak kira la nak ngintip sesiapa pun yang penting jangan sampai kantoi..

 Jenis pen

 Jenis Jam Tangan

 Samaran pada butang baju


Pada jam dinding

Kamera kecil dipasang di dalam bilik

 Ini pula seperti robot


dan yang paling canggih sekali adalah di bawah ini
v
v
v
v
v
v
v
v


Memang canggih sehingga boleh menggeluarkan bunyi bep..bep dan walaupun diletak dibelakang langsir masih boleh merakam gambar kerana mempunyai lensa x-ray...

Ps...Memang rugi sapa yang bayar kepada si spy leman nie, dah la dibayar mahal, kerja yang dilakukan kantoi pulak, ish ish ish..

Ps... Latuk aa, itu buka spy camera ma, itu digital camera. Ia ya itu pun talak tau ka... Jangan kasi bodoh sama orang lain maa.

13 August 2010

BUANG BAYI


Setiap hari ada saja mayat bayi yang di jumpai atau ada lagi yang masih bernyawa. Yang terbaru mayat bayi peremapuan dijumpai dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama di sebuah kolej di Kelantan.
Mereka yang membuang bayi dan menyebabkan bayi ini meninggal adalah pembunuh yang kejam. Sudahlah dosa berzina di tambah lagi dengan dosa membunuh

Jadi memang tepat lah keputusan kabinet supaya mereka yang didapati bersalah di dalam kes ini akan dijatuhi hukuman mati, serta ujian DNA akan dijalankan supaya jantan - jantan yang tidak berguna dapat ditangkap dan juga didakwa sekali kerana tidak bertanggungjawab, supaya mereka ini tidak terlepas.

Satu lagi saya ingin mencadangkan agar jantan - jantan yang tidak berguna ini apabila dapat dibuktikan bersalah dan sebelum dikenakan hukuman mati atau mana - mana yang tidak dikenakan hukuman mati perlu disebat di khalayak ramai dan disiarankan secara langsung supaya menjadi pengajaran pada yang lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Jika hanya dijatuhi hukuman dan orang ramai tidak melihat hukuman yang dilalui pastinya tidak akan mendatangkan kesan atau tidak akan memberi apa - apa pengajaran kepada yang lain.

Perkara ini memang selalu terjadi pada orang ramai. Pesdulikan bila ada orang memperjuangkan hak asasi ke, tidak mahu keluarga menanggung malu ke, tapi masa buat perkara yang keji tidak pula merasa malu. Jika perkara ini tidak ditanggani maka percaya la satu hari nanti pastinya Malaysia yang tercinta akan dilanda malapetaka yang dasyat. Hukuman perlu setimpal dengan apa yamg dilakukan dam hukuman kepada jantan yang tidak berguna perlu la lebih berat lagi..

Subhanallah....

12 August 2010

PEKERJA BANK DAPAT DURIAN RUNTUH. PELAUT PULA TIADA BELAAN



Beraya sakan la nampaknya pekerja - pekerja bank tahun ini, kerana seramai 4 000 pekerja akan mendapat tunggakan sekitar Rm 3 700 sehingga Rm 12 000. Separuh dibayar sebelum hari raya dan selebihnya dalam masa 60 hari dari tarikh perjanjian iaitu semalam. Tahniah kerana NUBE memang benar - benar memperjuangkan nasib pekerja - pekerja bank di malaysia.

Bagaimana pula nasib pekerja - pekerja lain yang tiada persatuan untuk melindunggi mereka ?...

Inilah yang berlaku kepada pelaut - pelaut di Malaysia kerana tiada persatuan yang dapat mempertahankan hak - hak mereka. Yang ada sekarang adalah ITF iaitu International Transport Workers' Federation yang membantu pekerja - pekerja didalam sektor pengangkutan tidak kira darat, laut dan udara yang beribu pejebat di Unitad Kingdom. Tetapi apa yang kita perlukan adalah Persatuan Pelaut Malaysia sendiri untuk membela nasib pelaut Malaysia.

MV Bunga Pelangi yang dulunya adalah kebanggaan MISC

Sejak penubuhan MISC pada 1968 dan memperolehi kapal pertama dari negara Japan pada 1971 yang diberi gelaran MV Bunga Raya sehingga sekarang pelaut Malaysia tidak ada persatuan, yang hampir adalah sekitar akhir tahun 80 an apabila pelaut - pelaut MISC ingin melancarkan persatuan pelaut kerana terasa di tindas. Tetapi apa yang berlaku adalah apabila MISC melakukan tindakan awal dengan menawarkan kerusi di pejabat dengan gaji yang lumayan kepada ketua pemimpin mereka. Ketua yang diharapkan menjadi pengerusi persatuan telah menerima tawaran tersebut dan dengan itu berkuburlah harapan untuk melihat pelaut mempunyai persatuan.

 MV Bunga Raya di perlabuhan eropah, kapal kontena dikatakan tidak lagi membawa keuntungan kepada MISC

Semenjak dari peristiwa itu maka tiada lagi pelaut yang berminat untuk menubuhkan persatuan kerana kecewa terhadap orang yang di harapkan. Sehingga sekarang walaupun sudah ramai pelaut - pelaut muda dan semakin banyak syarikat perkapalan, namun tidak nampak usaha untuk menubuhkan persatuan. Mungkin sesetengah syarikat menghalangnya seperti apa yang pernah di lakukan oleh MISC.

 MV Seri Alam kapal LNG yang menjadi kebaggaan MISC kerana memperolehi keuntunggan yang tinggi

Sebagai contoh salah satu dari dikriminasi apabila pekerja luar lagi ramai dari pekerja rakyat Malaysia di dalam sesebuah syarikat perkapalan, wal hal Jabatan Laut pernah memberitahu bahawa setiap syarikat perlu melaksanakan format 70 / 30 iaitu bagi setiap syarikat perlu mempunyai 70 % pekerja Malaysia dan selebihnya barulah diberi kepada pekerja luar. Namun oleh kerana belum dikuatkuasakan, perkara seperti ini tidak terjadi tetapi berlaku sebaliknya. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya pelaut mempunyai persatuan kerana persatuan boleh memaksa atau meminta undang - undang yang menguntungkan pelaut dilaksanakan dengan segera.

Satu contoh lagi adalah perlaksanaan MLC2006 yang akan menguntungkan pelaut - pelaut Malaysia kerana
sekiranya dilaksanakan atau apabila pihak Kerajaan menandatanggani perjanjian tersebut, maka secara sendirinya semua syarikat perkapalan yang berdaftar diMalaysia perlu mematuhi kandugan perjanjian tersebut yang antaranya gaji pelaut diselaraskan sama seperti yang diperolehi pelaut - pelaut negara maju. Banyak lagi faedah yang akan dinikmati oleh pelaut. Tetapi perkara ini tidak terjadi apabila dikhabarkan syarikat perkapalan yang besar telah menggunakan pengaruhnya untuk menghalang pihak Kerajaan dari menandatanggani perjanjian tersebut, kerana mereka merasa rugi terpaksa membayar gaji yang lebih dan juga perlu menanggung banyak perbelanjaan untuk keselesaan pelaut.

Kenapa MISC tidak mencontohi syariakat perkapalan MAERSK yang terus membeli kapal yang besar dan memperolehi keuntungan dari membawa kontena ?.

Selepas 2006 tidak ditandatanggani, pihak Kerajaan bercadang menandatanggani perjanjian tersebut pada 2011 yang akan datang. Diharap pihak - pihak yang mementingkan diri tidak menghalang perjanjian tersebut demi untuk keselesaan dan kemajuaan pelaut - pelaut yang telah banyak berkorban masa, tenaga, menggadaikan nyawa mengharunggi badai laut yang ganas demi untuk keuntungaan syarikat tempat berkhidmat.

 Supply Vessel dan Crew Boat menjadi pilihan pelaut kerana perjanjian kerja yang kurang manakala gaji menyamai dari berkhidmat di kapal yang besar.

Hargailah jasa pelaut walaupun mereka tidak pernah meminta untuk dihargai.
Jasa pelaut terlalu besar bagi seluruh rakyat Malaysia.
Tanpa pelaut maka tiadalah sebuah kapal boleh bergerak dengan sendirinya yang memebawa barang - barang keperluan untuk rakyat Malaysia.

11 August 2010

SELAMAT BERPUASA


Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di muka bumi ini, diharapkan umat islam dapat bersatu dalam mengharunggi segala rintangan dan halangan yang melanda..

10 August 2010

OOOOO PKR RUPANYA


Apabila keluar di berita bahawa Sultan Johor murka kerana ada parti politik mempolitikan Tuanku, dihati tertanya parti mana yang berbuat demikian. Selepas dicari rupa - rupanya konco al - juburi punya kerja, iskh iskh ishk. Dah tiada modal lagi ke sehingga pihak istana turut serta di jadikan kempen politik.

Lagi satu gelaran Dato' Seri sudah ditarik, untuk apa di gunakan lagi. Memang tiada perasaan kemaluan langsung penyokong PKR ini.

Memang biadap mereka ini, tapi nak kata macam mana, ketuanya pun sudah berperangai macam gitu, anak buah dan konco - konco yang lain ikut bontot je la dan pasti ada yang merelakan di bontot. Astarfirullah..

Sumber dari http://idealismalaysia.blogspot.com/

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku