bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

05 October 2010

BIASISWA PELAUT


Pada 30hb 9 yang lepas bertempat di pejebat jabatan laut wilayah tengah telah di adakan sembutan hari terbuka pelaut malaysia sempena hari raya berserta sambutan pelaut sedunia pada 26 hb 10 2010. Bertemakan "salute to seafarers", mengharapkan supaya pelaut - pelaut di malaysia tidak dipandang remeh oleh setengah pihak yang tidak memahami dengan sebenarnya pengorbanan seorang pelaut.

Pada hari tersebut juga telah disampaikan biasiswa kepada 6 orang pelaut untuk digunakan bagi menampung pembelanjaan mengikuti kursus Officer in Charge of a Navigational Watch 500GT or more in Near Coastal Trade Voyage [ WKO ] di Pelita Akademi yang terletek di Kuala Kubu Bahru. Dalam waktu ini ada seramai 26 pelaut malaysia berbangsa melayu ( termasuk diri saya )sedang mengikuti kursus tersebut. Ada diantara mereka yang di tanggung oleh syarikat tempat berkhidmat dan ada pula yang menggunakan kewaangan sendiri.

Sememangnya kos yang di perlukan bukanlah sedikit,. Kos untuk kursus selama 6 bulan adalah sekitar Rm 10 600 tidak termasuk duit makan dan minum, rumah sewa, bayaran kereta dan bagi yang sudah berumah tangga pula perlu memberi tanggung kepada anak dan isteri, ini kerana 70 % yang mengikuti kursus adalah yang sudah berumah tangga.

Untuk mengikuti kursus ini pula seseorang itu perlulah telah berkhidmat di laut ( atas kapal ) sebagai seorang kelasi sekurangnya selama 3 tahun, kerana pengalaman bekerja perlu, ini kerana apabila selesai menghadiri kursus ini dan setelah lulus peperiksaan oral dengan pegawai jabatan laut, pelaut ini akan menjadi pegawai di atas sebuah kapal. Pengalaman sebagai kelasi amat di perlukan apabila menjadi seorang pegawai.

Dengan ada nya biasiswa ini walaupun buat permulaan hanya 6 orang yang di taja, walaupun maklumat untuk mendapatkan biasiswa bagi tahun 2010 tidak sampai kepada kebanyakan pelaut, hanya segelintir saja yang mengetahuinya. Diharapkan bagi tahun akan datang semakin ramai pelaut memohon untuk mendapatkannya. Supaya semakin ramai pegawai dari rakyat malaysia untuk menggantikan pegawai - pegawai sekarang yang kebanyakkannya dari luar malaysia. Biasiswa ini ditaja oleh Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut ( KWPPL )


Usaha yang dilakukan Pelita Akademi jugak adalah dibanggakan kerana ingin membantu anak bangsa, Pelita Akademi telah menggenekan yuran yang agak murah jika ingin dibandingkan dengan sebuah lagi institut laut iaitu ALAM di melaka. Perbezaan yuran yang begitu ketara menyebabakan Pelita menjadi pilihan pelaut. ALAM pula menumpukan dalam melahirkan kadet - kadet yang berkualiti untuk menjadi pegawai bagi kapal Foreign Going..


SALUTE TO SEAFARER'S

1 comment:

  1. Saya seorang pelaut, disini saya ingin memberikan satu cadangan untuk biasiswa pelaut itu dan pertimbang untuk pemberian allowance kepada perserta untuk menampung pebelanjaan untuk anak dn isteri serta pembayaran bulan perserta selama mana perserta itu mengikuti kursus tersebut, jika di kira secara kasar jika pihak kwppl menanggung perserta itu selama kursus rasanya tidak lah sebanyak mana pun pihak kerajaan akan megeluarkan dana untuk pelaut, jika tidak dengan cara itu, pihak kwppl dengan pihak peserta boleh berbincang berkenaan pembiayaan yang mana peserta berkemungkinan memerlukan pembiayaan yang lebih oleh kerana pekerjaan tidak begitu mengalakkan atau tidak cukup untuk simpan untuk persedian dana kursus tersebut, pihak kwppl boleh membuat satu surat perjanjian sebagai pinjaman pembiayaan peribadi peserta itu untuk penampungan pebelanjaan rumah serta pembayaran bulan pada harta harta perserta dan pihak peserta wajip membayar balik pinjam peribadi tersebut kepada kwppl sesudah peserta tamat dan bekerja di atas kapal,

    Saya dangat berharap dengan cadangan saya di atas sedekit sebanyak dapat membuka atau boleh memberikan idea yang baik untuk membantu pelaut yang bermasalah dengan kewangan,

    ReplyDelete