bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

09 January 2010

20 SIFAT 'ALLAH SWT'



01 - WUJUD ertinya ada

Dalil aqli : Bukti adanya Allah ialah adanya alam ini dan seluruh isinya. Tidak mungkin ada sesuatu itu tanpa ada yang menjadikanya.

Adapun zat ALLAH itu tiada siapa yang menjadikan malah wujudnya zat Allah tidak dikeranakan oleh sesuatu sebab.

02 - QIDAM ertinya sedia ( tidak ada permulaan )

Wujudnya Allah adalah sedia tanpa ada permulaan dan tiada siapa yang menjadikan-Nya. Mustahil bagi-Nya ada permulaan kerana kalau Ia ada permulaan maka samalah dengan kejadiaan makhluk lain ,maka Ia bukan tuhan.

03 - BAQA' ertinya kekal ( tidak ada kesudahan )

Allah SWT itu bersifat kekal dan tidak berlaku pada-Nya kesudahan. Allah kekal selamanya kerana kewujudan-Nya itu tiada sapa yang menjadikan, maka tentulah tidak ada siapa yang akan memusnahkan-Nya.

04 - MUKHALAFATUHU LIL HAWADIS ertinya bersalahan Allah Taala dengan segala sesuatu yang baru

Tidak sama Allah itu dengan segala yang baru (makhluk) baik dari segi zat, sifat dan perbuatan-Nya. Antara yang menjadikan dengan yang dijadikan sudah tentu berbeza.

05 - QIYAMUHU BINAFSIHI ertinya berdiri Allah Taala dengan sendirinya

Allah SWT tidak memerlukan kepada yang lain selain-Nya kerana jika Ia memerluka kepada yang lain, maka ia adalah lemah, tidak sempurna dan Ia bukan Tuhan.

06 - WAHDANIAH ertinya esa

Allah itu esa atau tunggal pada zat, sifat dan perbuatan-Nya Mustahil bagi-Nya berbilang - bilang kerana sudah tentu akan berlaku berbeza pendapat yang mengakibatkan timbul perselisihan yang membinasakan alam ini.

07 - QUDRAT - ertinya berkuasa

Allah berkuasa ataupun berupaya mengadakan sesuatu dan berkuasa mentiadakan sesuatu. Ertinya Allah berkuasa berbuat apa sahaja yang ia kehendaki.

08 - IRADAT ertinya berkehendak

Allah Taala menetukan segala sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa paksaan dari sesiapa. Mustahil bagiNya dipaksa kerana itu menandakan kelemahan.

09 - ILMU ertinya mengetahui

Allah SWT mengetahui secara jelas dan tepat meliputi segala sesuatu sama ada perkara yang ada atau tiada, yang nyata atau tersembunyi tanpa batasan. Kejadian serta perjalanan alam yang begitu teratur membuktikan ilmu Allah yang tiada bandingan.

10 - HAYAT ertinya hidup

Allah hidup selama - lamanya dan hidupnya Allah itu tidak seperti hidupnya makhluk memerlukan kepada nyawa, nafas, makan dan minum dan sebagainya. Mustahil Ia mati kerana perjalanan alam ini sentiasa teratur mengikut ketetapan-Nya.

11 - SAMA' ertinya mendengar

Allah Taala Maha mendengar dan mendengar Allah itu tidak seperti pendengaran makhluk yang memerlukan telinga, perantaraan suara, dibatasi oleh jarak dan sebagainya.

12 - BASAR ertinya melihat

Allah Taala Maha melihat dan melihatnya Allah itu tidak seperti melihatnya makhluk yang memerlukan perantaraan mata dan sebagainya. Mustahil bagi-Nya buta atau melihat seperti penglihatan makhluk kerana itu merupakan sifat kekurangan.

13 - KALAM ertinya berkata - kata

Allah Taala itu berkata - kata tetapi tidak seperti makhluk, yakni tidak memerluka mulut, tidak berlafaz, tidak ada kalimah, tidak ada dahulu dan kemudian serta tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan.

14 - KAUNUHU QADIRAN ertinya keadaan yang berkuasa ( rujuk dalil sifat QUDRAT )

15 - KAUNUHU MURIDAN ertinya keadaan yang berkehendak ( rujuk dalil sifat IRADAH )

16 - KAUNUHU 'ALIMAN ertinya keadaan yang mengetahui ( rujuk dalil sifat ILMU )

17 - KAUNUHU HAIYAN ertinya keadaan yang hidup ( rujuk dalil sifat HAYAT )

18 - KAUNUHU SAMI'AN ertinya keadaan yang mendengar ( rujuk dalil sifat SAMAK )

19 - KAUNUHU BASIRAN ertinya keadaan yang melihat ( rujuk dalil sifat BASAR )

20 - KAUNUHU MUTAKALLIMAN ertinya keadaan yang berkata - kata ( rujuk dalil sifat KALAM )



Jadi kepada yang beragama kristian saya ingin bertanya '' Adakah tuhan yang kamu ingin panggil ALLAH itu mempunyai sifat - sifat yang di atas ? ''. Tentu sekali jawapanya tidak bukan, kerana tuhan kamu adalah bersifat trinity iaitu tuhan bapa , tuhan anak dan roh kudus. Jadi memang menjadi kesalahan apabila kamu ingin menyamakan tuhan kamu dengan tuhan orang islam dengan menggunakan perkataan yang sama..

No comments:

Post a Comment