bis

bis

penguna bijak

penguna bijak

13 February 2010

AIR ASIA : PERATURAN TERKEJUT


                                                                                                                                                 

Setelah 3 bulan berkhidmat di labuan, pada 13 feb ( hari ini ) saya akan menaiki pesawat air asia untuk pulang ke johor dan bercuti selama 1 bulan ( penjanjian kerja anak kapal dengan kompeni 3 bulan kerja 1 bulan cuti ). Penerbangan dari Labuan pada pukul 1025. Sewaktu ingin mendaftar masuk di labuan airport telah berlaku sedikit kekeliruan mengenai peraturan mengejut,,. Setap penumpang hanya dibenarkan membawa satu beg sahaja kedalam pesawat, beg yang lain perlu dimasukan ke dalam kargo. Pegawai di kaunter menberitahu mereka menerima e mel dari kl yang menyatakan sekiranya penumpang membawa lebaih dari satu beg, beg tersebut akan di tahan [ apa punya peraturan daa ]

Berlaku kekeliruan kerana ada penumpang yang membawa beg sandang lebih dari satu, ingin dimasukakn ke dalam kargo tidak dibenarkan kerana ada barang berharga, tetapi serba salah takut begnya di tahan di LCCT. Saya pula terpaksa membayar wang kerana beg saya lebih dari had yang dibenarkan iaitu 15 kg. Saya membawa 4 beg :-

Beg 01 seberat 16 kg
Beg 02 seberat 05 kg
Beg 03 berisi laptop
Beg 04 berisi sedikit barang dan ringan

Saya ingin membawa beg 02 dan 03 kedalam pesawat tetapi tidak dibenarkan, yang dibenarkan adalah beg 03 dan 04 kerana beg 04 ringan, namun jika dikira berat beg yang boleh di bawa kedalam pesawat adalah maksimum 7 kg. Jika dicampur berat beg 02 dan 03 tidak akan lebih dari 7 kg, malas bertengkar saya telah membayar rm 90 ( rm 15 bagi setiap kilo ). 

Namum apabila sedang menanti untuk menaiki pesawat, ramai penumpang yang daftar masuk di belakang saya membawa lebih beg dari satu dan ada yang besar, rasanya peraturan mengejut itu tidak diendahkan. 

Apabila pesawat telah tiba di LCCT, tidak ada pun pegawai yang menahan penumpang yang membawa beg lebih dari satu, nampak nya peraturan mengejut itu memang tidak boleh diguna pakai. Mungkin e mel yang diterima e mel palsu kot. Sudah melayang rm 90, sepatutnya yang perlu dibayar hanyalah rm 15 sahaja.

NOW EVERYONE CAN FLY
MY MONEY ALSO FLY.

No comments:

Post a Comment