30 July 2012

MANGSA TERAKHIR MT BUNGA ALPINIA DIJUMPAI


Mangsa terakhir Mt Bunga Alpinia telah pun dijumpai, mayatnya berada didalam kapal, di bahagian mana tidak pasti. Allahyarham Muhammad Nazrin Khamsani berusia 20 tahun berasal dari Kuala Lumpur, rank Deck Cadet..

Takziah kepada keluarganya dan Al Fatihah kepada mangsa.......................Amin.

29 July 2012

TRAGEDI MT BUNGA ALPINIA

MT Bunga Alpinia
 
Pada 0230 bertarikh 26.07.12, penduduk pulau Labuan dikejutkan dengan gegaran yang amat kuat sehingga ada yang menyangka gegaran adalah kerana gempa bumi, namun sangkaan mereka meleset kerana ianya berpunca dari letupan tangki kapal MT Bunga Alpinia.

Ada sumber menggatakan letupan tersebut berpunca dari panahan kilat yang mengenai deck kapal tersebut, namun belum ada pengesahan dari pihak berwajib apakah puncanya.

rakaman kilat pada pukul 0230 dari taman mutiara labuan, mungkinkah kilat ini yang menghentam deck kapal ?.

Berhampiran PML Jety ( Petronas Methanol Labuan ), terdapat 3 buah harbour tug longside ketika tidak melakukan operasi, tug tersebut adalah Badang 9, Piranha dan Barakuda. Kawan saya yang berada di salah satu tug tersebut yang mendengar letupan dan melihat ianya terbakar terus mengarahkan krewnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan dan terus menghidupkan enjin tug. Dia terus menggemudi tug kearah kapal dan sampai berhampiran, ia melihat krew Bunga Alpinia berkumpul di deck belakang sambil melambai meminta tolong.

Kawan saya datang menghampiri dan memberi bantuan. Setelah kesemua krew berada di atas tug, mereka melakukan pengiraan dan hanya terdapat 20 crew saja dimana krew keseluruhan seramai 29 orang. Kesemua crew yang terselamat di hantar ke jety Amstell dan rakan saya terus memulakan operasi memadam kebakaran.


di awal kebakaran hanya Badang Sembilan saja yang memadamkan kebakaran dan kapal masih lagi terikat di jety PML 1.

 gambar diambil pada waktu pagi dan kelihatan 2 supply tug memberi bantuan iaitu Pacific Hawk dan Lewek Petrel. Kelihatan kedudukan kapal telah berubah kerana hanyut dibawa arus.

menerima bantuan dari sebuah lagi supply tug.

 antara krew yang terselamat

Namun hanya 5 crew saja yang hilang dan 4 telah dijumpai dan telah terkorban, mereka adalah

Allahyarham Shahril Azmi Baharuddin Greaser 28 tahun dari Melaka
Allahyarham Mohd Hanafi Khalil O.S 24 tahun dari Melaka
Allahyarham Zahari Hasim Pumpman 46 tahun dari Negeri Sembilan
Colanggoy Errol Calaluan A.B 22 tahun dari Filipina

Seorang lagi yang masih hilang ialah Muhammad Nazrin Khamsani Deck Cadet dari Kuala Lumpur 20 Tahun.

Setelah 3 hari terbakar dan usaha memadam kebakaran, barulah api dapat dipadamkan dan pihak Bomba baru dapat naik ke Bunga Alpinia untuk melakukan siasatan lanjut.

Bomba menggunakan bot Jabatan Laut untuk menghampiri kapal

Apa yang saya ingin nyatakan dan kesali adalah kenapa apabila berlaku bencana terhadap kapal terutama yang melibatkan kompeni besar seperti MISC dan PETRONAS, berita atau info yang sampai kepada masyarakat adalah tidak berapa tepat. Sebagai contoh BH 27.07.12 kenyataan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menyatakan Jabatan Laut telah menunda kapal tersebut untuk langkah keselamatan supaya tangki minyak diterminal tidak terjejas, namun hakikatnya pada waktu berlaku kebakaran, kesemua tali yang digunakan untuk longside kapal telah terbakar dan terputus mengakibatkan kapal tersebut hanyut dan terkandas dikawasan cetek.

Malah  keterangan bergamabr yang dipaparkan oleh BH salah dan tidak tepat seperti di bawah


Sebenarnya No 2 itu adalah Jety PML 1 dimana kapal tersebut meletup dan terbakar, manakala No 1 adalah ram jety lama yang sudah tidak digunakan lagi dan digunakan pula oleh harbour tug untuk longside sekiranya tidak ada operasi. Kapal Alpinia hanyut dan terkandas berhampiran kawasan No 1.

Saya tidak menyalahkan wartawan, kerana wartawan mendapat maklumat dari pihak berkuasa, tapi adakah pihak berkuasa jujur dalam menyampaikan maklumat ?. Adakah satu kesalahan menyampaikan maklumat yang tepat ?.

Dalam kenyataan lain pula kenapa hanya diberikan kredit kepada Jabatan Kerajaan saja ?. Walaupun siasatan masih lagi dijalankan, apa salahnya diberikan kredit sekali kepada pihak swasta yang terlibat terutama kepada harbour tug dan supply tug yang bersusah payah memadam kebakaran.

Saya juga kesal kenapa tidak banyak pendedahan dari berita baik RTM dan Media Prima mengenai mayat yang telah dijumpai. Sedangkan ada mayat yang telah selamat dikebumikan. Ini berbeza apabila berlaku kemalangan kenderaan sama ada di darat atau udara seperti helikopter, bukan main lagi pihak wartawan mendedahkan temuramah dengan pihak keluarga dan sanak saudara serta kenalan rapat yang megenali mangsa. Tetapi kenapa ini tidak berlaku apabila mangsa adalah pekerja kapal ?..

Malah rakan saya yang membantu dalam operasi ini telah dihubungi pihak atasan supaya jangan menerima sebarang temuramah dari wartawan. Adakah atas alasan kerana masih lagi dalam siasatan atau ada pula pihak lain yang tidak mahu berita ini diperbesarkan.

Sampai bila PELAUT MALAYSIA diperlakukan sedemikian, hak mereka untuk bersuara seperti dihalang oleh pihak tertentu. Adakah jasa mereka semua selama ini tidak dihargai ?.

Jabatan Laut sibuk mempromosi supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia menyertai bidang perkapalan, tetapi usaha ini seperti sia - sia apabila ada isu seperti ini tidak didedahkan. Sekurangnya dengan pendedahan besaran, maka akan timbul lagi minat untuk menjadi pelaut.

Wartawan juga perlulah berilmu mengenai laut supaya berita yang disampaikan tidaklah menunjukan kebodohan wartawan tersebut. Tidak tahu sila tanya orang yang terlibat dengan perkapalan. Maka tidaklah terjadi pangkat salah seorang mangsa 'tukang grease', kalau tukang masak boleh juga diterima.

Tahniah kepada para pelaut yang membantu dalam usaha menyelamat dan memadamkan kebakaran.


Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam................Amin