22 September 2013

KRITERIA YANG WAJIB ADA PADA PEMIMPIN YANG AKAN DIPILIH NANTI


Kepada hampir 148 ribu pemilih yang bakal menentukan pemimpin UMNO kelak, tolong gunakan sepenuhnya AKAL yang ALLAH SWT kurniakan untuk memilih pemimpin yang mempunyai kriteria penting seperti dibawah ini :- 

1) Mementingkan urusan dan maruah agama islam.

2) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan islam.

3) Mementingkan urusan dan kepentingan melayu bumiputra.

4) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan bangsa melayu bumiputra.

5) Keputusan dan pendirian politik hendaklah berlandaskan kepada 2 perkara sahaja. YES OR NO.

6) Pemimpin yang dipilih hendaklah tiada mengalami masalah takut, ragu-ragu dan tiada banyak mengamalkan keputusan BISEXSUAL DECISION. biseksual decision itu dimengertikan sebagai pemimpin yang takde pendirian dan takut hilang undi. tiada jati diri dan keyakinan diri. pemimpin kriteria ini WAJIB ditolak. 

7) Pemimpin ini wajar mengutamakan hak dan dasar kepada kepelbagaian kelompok melayu dalam malaysia. melayu bukan sekadar dalam felda,felcra dan kakitangan kerajaan sahaja. sebaliknya kelompok melayu terbanyak sebenarnya berada di kawasan pinggiran dan bandaran yang pada saat ini sedang bertarung hebat dalam sosio ekonomi dan sosialnya.

Baca seterusnya di :-

21 September 2013

SAMBUTAN ULANG TAHUN ATM DAN PENAMAAN CALON UNTUK PAU



Sekitar sambutan hari Angkatan Tentera Malaysia ke 80 di dataran merdeka pagi tadi.

Untuk gambar selebihnya sila ke :-



Majlis penyerahan borang bagi Pemilihan Agung UMNO oktober nanti

Untuk gambar selebihnya sila ke :-

RASHID SIDEK TIDAK HEBAT PUN..


Peh hebat betul kenyataan Presidan BAM yang baru nie. Dia nie hebat sangat ke ?. Mengikut kenyataan Utusan, klik sini beliau pernah menjadi juara didalam acara perseorangan dan juga beregu. Namun adakah kejuaraan yang dimilikinya itu lebih hebat lagi dari apa yang Rashid miliki ?. Berapa banyak pula pemain yang dilatihnya hingga berjaya membawa pulang pingat ?. Sampai sanggup keluarkan kenyataan bahawa Rashid Sidek tidak sehebat mana.

Hebat mana yang dimaksudkan tu ?. Sebagai seorang pemain atau jurulatih ?. Jika sebagai seorang pemain, kita memang sudah tahu kehebatan Rashid. Piala Thomas, pingat gangsa olimpik dan bermacam lagi, adakah itu dikatakan tidak hebat ?. Bagaimana pula sebagai jurulatih ?. Memang anak didik Rashid belum ada yang boleh dibanggakan, namun kita tidak boleh menyalahkan jurulatih 100%. Kita tidak pasti sekiranya didalam latihan ada campurtangan pihak atasan atau individu yang dilatih itu sendiri samada memberikan 100% tumpuan atau hanya sekadar menghadirkan diri ?.

Apalah nasib BAM pada masa akan datang. Yang boleh dibanggakan sekarang hanyalah Lee Chong Wei, malah hanya tinggal berapa tahun saja LCW boleh bertahan. Kita tunggu dan lihat adakah Mahaleel boleh membuat perubahan dan melahirkan jurulatih dan pemain yang hebat atau pencapainnya lebih teruk lagi dari zaman pimpinan Nadzmi ?.



NILAI MELAYU HANYA 5 SEN..


Itulah nilai melayu didalam DAP, rendah sungguh nilainya. Rasanya paling sesuai melayu didalam DAP tiada nilai lansung, satu sen pun tak laku. Sudah terangan DAP itu parti perkauman hanya untuk bangsa cina, yang melayu hidung tak mancung pipi tersorong sapa suruh.

Saya percaya dan yakin, sekiranya satu masa nanti LKS telah tiada dan begitu juga LGE. DAP tetap parti perkauman, kerana itulah perjuangan mereka. DAP memang selamanya parti perkauman yang hanya untuk bangsa cina saja.

Untuk kupasan lanjut sila ke :-
antarapos.com

19 September 2013

ANTARA PENDEDAHAN DINASTI LIM DAP

 

Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.
 
Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
 
Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.
 
Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
 
Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.
 
i)              Cawangan sijil A
ii)            Cawangan sijil B 
 
Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.
 
Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.
 
Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.
 
Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.
 
Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
 
Baca seterusnya di :-

Semakin panas nampaknya isu dalaman DAP nie, kita saksikan saja apa kesudahannya nanti..

05 September 2013

KENAIKAN HARGA MINYAK, PENCACAI DITIPU PENIPU ??.


Manusia yang bernama Rafizi nie memang penipu ke ?. Kalau tidak kenapa fakta yang diberikan tidak menyeluruh ?.

Nak tahu lebih lanjut sila ke :-
novandri.blogspot.com

Untuk kupasan yang menarik mengenai pengurangan subsidi minyak sila ke :-
maelpengerang.blogspot.com