Ikon baru kartun Malaysia, Mr Mansuh,,,, hu hu hu hu....
bis
penguna bijak
12 March 2013
MR MANSUH.. PENYELAMAT ATAU PEMUSNAH ????
04 March 2013
GILIRAN TENTERA MENYERANG BALAS
Perarakan penembak tepat Tentera Darat sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke 80 di Port Dickson. Gambar diambil dari laman web rasmi ATM
Setakat ini seramai 8 anggota polis telah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Lahad Datu dan Semporna Sabah.
Mereka yang terkorban di Lahad Datu :-
1. Inspektor Zulkifli Mamat
2. Koperal Sabaruddin Daud
Allahyarham adalah ahli pasukan Komando Polis VAT69
Manakala yang terkorban semasa serangan hendap di Samporna
1. Supt Ibrahim Lebar [ Pegawai Caw Khas Bukit Aman ]
2. Asp Michael Padel [ Ketua Caw Khas IPD Semporna ]
3. Sjn/D Baharin Hamit [ Pegawai Caw Khas IPK Sabah ]
4. Sjn Aziz Sarikun [ PGA Batilion 14 Tawau ]
5. Kpl Salam Togiran [ IPD Tawau ]
6. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran [ PGA Batilion 14 Tawau ]
Al-Fatihah kepada semua para pejuang yang telah terkorban.....Amin dan R.I.P bagi yg bukan beragama Islam..
Kini giliran Angkatan Tentera pula mengambil tindakan keatas penceroboh, masa rundingan telah pun tamat. Yang ada adalah masa untuk menghapuskan kesemua penceroboh.. Marilah kita berdoa semoga pencerobohan ini dapat ditamatkan denga segera, inilah saja bantuan yang dapat kita berikan.
01 March 2013
TIAN CHUA MEMBUKTIKAN YANG DIRINYA MEMANG CELAKA
Malas nak komen banyak, dah memang dasar pengkhianat negara. Segala apa semuanya disalahkan UMNO.. Dasar tidak sedar diuntung.
Link beberapa blog yang marah dengan si chua celaka nie, sila klik Gerakan Anti PKR, House PK, Kem Balak Enterprise.
Ini pula link beberapa blog yang mendedahkan bahawa anuar aljuburi adalah dalang didalam pencerobohan dilahad datu, sila klik Wira Kenyalang, Gelombang Wangsa Maju, Semut Hitam.
Ini pula kronologi pencerobohan tersebut, sila ke Melanau Bloger.
26 January 2013
KEBERANIAN TUN DR MAHATHIR
Tun Dr Mahathir Mohammad
Nak baca apa yang Tun telah lakukan semasa ,enjadi Perdana Menteri, sila klik sini ke Blog Sel13.com.
Bukannya seperti Anu War.. yang pandai bemadah berhelah diatas pentas je, hari - hari jaje cerita kononya dialah yang berani dialah yang hebat dialah yang memajukan negara. Bolah jalan dah....
17 January 2013
POLITIK TONGONG
Saksikan video yang menarik ini..
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH ANAK KEPADA ALLAH - MATTHEW 14:33
Saya tabik kepada Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mohammad Shukri Mohammad, Datuk Ismail Kamus, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharuddin Mat Isa, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Datuk Seri Hassan Ahmad, Datuk Abdul Rahman Osman, Datuk Nooh Gadut, dan Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin serta beberapa tokoh yang telah mempertahankan kesucian agama Islam melalui bantahan keras mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. dalam penterjemahan bible ke bahasa Melayu.
Mereka inilah ulama sebenarnya yang tidak gentar untuk menegakkan kebenaran.
Tindakan mereka ini telah menyebabakan para pemimpin Pas lain sama ada bergelar ulama atau tidak terpaksa menarik balik keputusan untuk membenarkannya.
Saranan Lim Guang Eng (dia Kristiankah ?) supaya kalimah Allah S.W.T. itu digunakan sudah pasti sekiranya diikuti, akan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.
Bagaimanakah para pemimpin ini boleh menyatukan umat kalau dalam hal sifat Allah S.W.T. yang semudah ini pun mereka boleh memberi pedapat yang salah ?.
Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya perkataan ''God'' atau ''Lord'' dalam Bilbe itu diterjemahkan menjadi kalimah ''Alla S.W.T.'' ?
Mari saya tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bilbe yang mengandungi perkataan ''God'' dan ''Lord''. Saya sertakan terjemahan seperti di dalam kurungan:
1) For God so loved the world, that he gave his only begotten son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting health (John 3:16).
"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan'' (John 3:16).
2) And lo, a voice from heaven, saying ''This is my beloved Son, with whom I am well pleased'' (Matthew 3:17; Mark 1:11).
''Nah, suatu suara dari syurga, berkata ''Inilah anak yang Aku sayangi dan sangat senangi'' (Matthew 3:17; Mark 1:11).
3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).
''Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah'' (Matthew 14:33)
Lihatlah pada tiga ayat Bilbe di atas yang kesemuanya menyatakan bahawa ''God'' mempunyai ''Son''. Bila diterjemahkan perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Alla S.W.T. mempunyai anak. Ini adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam. Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bilbe kepada surah Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa ''Allah S.W.T. tidak beranak dan tiada pula diperanakan''?.
Atau mereka ini sanggup mengadaikesucian agama demi kepentigan diri, mengikut kehendak orang yang bukan Islam?. Bertaubatlah dan mohon keampunan-Nya.
Guang Eng yang menyarankan penggunaan Allah dalam Bilbe tidak akan menanggung apa-apa.
Sebaliknya, orang Islam dibawah pimpinan sesetangah ulama dan bukan ulama telah hampir menyesatkan umat dengan pendapat mereka.
Mereka sanggup membelakangkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Dewan Ulama Pas sendiri.
Tidak takutkah saudara-saudara Islamku apabila melihat kepada tajuk tulisan ini yang menyatakan Alla S.W.T. mempunyai anak ?.
Inilah terjemahan kepada ayat di dalan Bilbe sekiranya kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan ''God'' atau ''Lord''.
Sedarla saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh menyesatkan mereka.
Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah kufur. Sedarlah tenteng bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan Bilbe. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkotak-katikan.
Saya menulis surat ini demi mempertahankan Islam dan bukan atas niat lain. Allahuakbar.
PROF. DATUK DR. HASHIM YAACOB
Mantan Naib Canselor
Universiti Malaya
Di ambil dari Forum, Utusan Malaysia 17.01.2013
Ulama sama ulama bertelagah, sesama umat Islam bertelagah. Lim Guang Eng pula lepas baling batu sorok tanggan. Ini ke Khalifah yang diagungkan oleh pencacai Pas ????????.
SEBAB INIKAH NIK AZIZ PUSING 360 DARJAH ?.
Sebelum tu kita baca dulu kenyataan beliau tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan beragama Islam. Klik sini.
Namum selepas Majlis Syura Ulama PAS, kenapa pendirian Nik Aziz berubah terus ??.. Adakah terdapat unsur ugutan didalam persidangan tersebut ??. Klik sini untuk menggetahui lebih lanjut.
Diambil dari Mael Pengerang
Ada cerita juga yang Presidennya tetiba tidak sihat,, hu hu hu. Malu nk sorok muka la tu..
Untuk baca lebih lanjut sila ke sini, dan sini, dan sini...
17 November 2012
PAS MEMANG HAMPAS !!!!!!
Memang tidak patut doa yang diminta oleh penyokong PAS ketika melakukan solat hajat.
Sementara tadi dalam Buletin Utama, ketika wartawan bertanya kepada Abdul Hadi, beliau memberitahu bahawa doa tersebut tidak salah kerana rakyat ditindas oleh kerajaan BN..
Nampaknya ahli PAS semakin rosak fikirannya kerana sanggup mendoakan kemusnahan sesama Islam. Bukankah bagus sekiranya doa kemusnahan itu ditujukan kepada Israel yang sekarang sedang seronok membunuh penduduk Islam di Semenanjung Gaza..
Untuk lebih jelas lagi sila ke jinggo-fotopages..
14 November 2012
SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH
1 Muharram 1434H
Sempena tahun baru ini, semoga negara kita aman damai, maju dan makmur. Dilindunggi oleh manusia perosak agama dan negara yang bercita ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia..
Demi politik segalanya diketepikan
Amin....
05 November 2012
ALAHAI NURUL IZZAH 5 : VIDEO BESI SAKSINYA
Anak kesayangan anugerah tuhan
Apa kena dengan si nurul anak kesayangan nuar nie. Memang ikut perangai papanya cakap macam orang tidak ada akal fikiran. Bila sudah kecoh, mulala tuduh orang lain putarbelit kenyataanya.
Akhirnya Utusan pulak yang mahu disaman kerana putar belitkan fakta. Kenapa tidak saman malaysiakini sekali yang terdahulu menggeluarkan kenyataan tersebut, manakala Utusan hanya merujuk berita dari malaysiakini.
Saksikan video dibawah dimana kenyataan yang keluar dari mulut nurul sendiri tanpa paksaan sesiapa dan dibayar oleh sesiapa.
19 October 2012
BULAN BAHASA KEBANGSAAN
Bulan Bahasa Kebangsaan
Sekali lagi kita rakyat Malaysia menyabut bulan bahasa kebangsaan, ianya disambut setiap tahun.
Namun apa yang saya ingin ulas disini adalah penggunaan bahasa didalam pengiklanan media elektronik yang selalu kita tonton. Sebagai contoh satu iklan biskut yang mana ianya menggunakan harimau sebagai lambang. Dengan tema ''sekuat tiger'', iklanya sering keluar dikaca television, adakah setiap iklan tidak melalui pemantauan dari pihak berkuasa atau dari Dewan Bahasa dan Pustaka.. Bukankah tiger itu bahasa english, kenapa tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan nama harimau atau sekiranya sebutan terlalu panjang, gantikan dengan rimau, maka jadilah ''sekuat rimau''
Yang peliknya pula perkataan ''baharu'' yang telah digantikan dengan ''baru'' telah digunakan kembali didalam setiap iklan dikaca television dan juga akhbar tempatan, termasuk juga perkataan yang dicedok dari negara jiran iaitu ''parkir''. Sebagai contoh, pembaca berita selalu menyebut '' sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan '', bukankah elok kita menggunakan bahasa asal '' sebuah kereta yang diletak ditepi jalan ''. Bukankah ''parkir'' itu berasal dari perkataan english iaitu parking.
Yang terbaru adalah iklan Lipton Ice Tea, ini pula cubaan melacurkan bahasa english. perkataan yang diucapkan adalah '' be cool LAH '' dan '' you got lipton ice tea WHAT ''. Bukankah perkataan ''LAH'' itu dari bahasa pasar melayu. Macam mana pula boleh perkataan what di akhir percakapan, apakah maksudnya ??. Ayat tersebut satu pertanyaan atau pun satu kenyataan ????.
link ke video iklan di you tube
link ke video iklan di you tube
Akhir kata, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bertindak dalam menggawal bahasa yang digunakan didalam setiap iklan dan juga perlu mencari perkataan baru bagi menggantikan perkataan lama yang agak panjang untuk disebut. Syarikat pengiklanan juga perlu bertanya pada DBP perkataan apa yang perlu digunakan untuk iklan mereka..
Link ke Dewan Bahasa dan Pustaka
Subscribe to:
Posts (Atom)










